Wednesday 8 April 2020

Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Anda pernah tak terfikir cara nak dapat duit dalam sehari saja. Boleh ke dapat duit dalam sehari. Biar betul?

Haa percaya atau tidak ada caranya. Dalam artikel ni saya akan bocorkan rahsia bagaimana saya jana pendapatan online hanya guna smartphone sahaja dan dapat duit dalam masa sehari, Ya 24 jam sahaja!


Sebelum tu, jom saya kasi penerangan ringkas tentang cara ni. Kalau nak dapat duit percuma sekarang, boleh baca di sini.

Banyak tips cara cari duit online ni, korang jumpa cara susah sebenarnya.

Kebanyakan tips yang anda dapat adalah tulis blog, jual di shopee, dropship lah, dll.

Korang tau tak cara tu adalah cara yang lambat. Anda perlukan masa dan kerah tenaga yang banyak.

Kalau blog anda susah nak nampak hasil kalau anda mula hari ni. Ia ambil masa lebih kurang 6 bulan ke setahun baru blog anda dapat trafik dari Google.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

"Tahu tak yang tulis blog tu anda kene tulis sekurang-kurangnya 30 artikel dan lebih kurang 2000 patah perkataan setiap artikel. Lepas setahun baru anda dapat tengok hasilnya."

Itu memang game blogging dengan Google. Anda setup dan biarkan saja artikel anda di ranking google selepas berbulan-bulan lamanya.


Itu pun kalau anda dapat ranking yang baik di Google. Dan keyword anda pun dapat capaian dari trafik dari sana. Dan artikel anda tadi kenalah lebih baik dari artikel di page pertama Google.

Nanti saya ajar cara blogging yang betul. Dalam artikel yang lain la. Untuk artikel yang ni saya akan tunjukkan cara untuk anda nak dapat duit mudah dalam sehari sahaja.

Baca juga cara cari duit lebih untuk student hingga jana RM1000 sebulan.

Jual di shopee? Hmm.. Kesian saya tengok penulis-penulis artikel yang cadang cara begitu buat newbie yang nak duit cepat. Memang lambat guys. Sama la juga jual di Lazada ke dan lain-lain Ecommerce store ye.


Untuk berniaga shopee, korang perlu upload dalam 1000 produk dan description, bukan senang tu. Itu belum lagi kira pesaing korang. Saya dah jual di Shopee saya tahu apa yang susahnya untuk newbie mulakan kedai online mereka.

Korang kena luangkan masa yang banyak, belajar teknikal lagi untuk mulakan kedai shopee.

Bagi newbie korang perlukan rating untuk yakinkan pembeli. Macam mana korang nak dapat pembeli kalau rating takde, rating dan likes tu penting untuk dapat pelanggan di shopee.

Sebab tu kalau anda nak mula berniaga di shopee dan kedai online anda belum dapat pelanggan lagi, korang kena guna teknik 'Loss Leader'.

Maknanya korang akan rugi untuk satu produk, jual bawah harga pasaran, dapatkan like yang banyak, rating dari pembeli dulu, lepas tu kaut untung untuk produk lain. Dengan cara ni, pelanggan akan rasa kedai online korang mempunyai harga produk yang murah dan lebih yakin untuk beli barang lain.

Dan newbie yang buat dropship di shopee memang susah nak lawan harga pembekal-pembekal yang dah kawal pasaran di shopee.

Baiklah, kali ni saya nak ajar anda cara anda boleh dapat duit dalam sehari saja. Sangat praktikal untuk anda.

Anda tak perlu promosi produk, anda tak perlu tunggu berbulan-bulan baru dapat hasilnya. Anda boleh mula harini, dan esoknya dah dapat tengok duit di deposit ke akaun bank anda.

Ada yang boleh teka ke? Apa yang anda perlu hanyalah smartphone sahaja, dan masa 1 jam sehari.

Walaupun bermodalkan smartphone dan handphone sahaja, anda boleh jana RM100 ke atas dalam 24 jam. Anda boleh juga jana 4 angka sehari.

Ini bukan tipu ya. Cara tersebut adalah 'Trading'.

Haa? Ya. Trading. Dalam dunia trading ni korang kena tahu 2 benda, Forex dan Saham.

Kalau nak trade saham korang perlukan modal minima dalam RM500 ke RM1000 untuk lepaskan caj broker, gst, duti stamp dll. Baru pembelian saham korang berbaloi.

Setiap jual beli saham, korang akan kena caj dalam RM10. So kalau nak untung, korang perlu dapat kenaikan harga lebih RM20 untuk tampung kos dan caj-caj tersebut.

Saya ada beli saham juga. Sempena Corona Virus ni banyak saham yang jatuh mendadak. Maka saya sambar lah saham Air Asia dengan harga RM1000 untuk 1200 share...hehe.

Dah naik dan dapat untung RM50 dalam masa sehari. Fuh. Tapi ada cara yang lebih berbaloi untuk buat duit dalam masa sehari.

OK, bagi yang nak tahu cara nak dapat duit dalam sehari yang paling praktikal, sebenarnya adalah Forex Trading.


Untuk forex trading, anda boleh deposit hanya RM60 sahaja. Tapi apa yang saya buat, selalunya saya akan dapat doublekan duit modal saya dalam 2 minggu.

Forex ni tak boleh hentam sahaja. Korang kena ada disiplin. Tak susah pun serius.

Kenapa saya sangat cadangkan Forex ni untuk yang nak dapat duit cepat dalam masa sehari? Sebab memang ia sangat praktikal.

Saya pernah buat duit beratus-ratus ringgit dalam sehari hanya dengan tekan beberapa butang di smartphone sahaja. Deposit hari ni RM60 untuk akaun micro, trade sekejap guna candlestick 1 Jam. Dalam masa 7 ke 15 jam akan dapat profit.

Kalau skill trade anda tahap Legend, anda boleh saja deposit RM60 dan dapat sekitar RM1000. Sangat lumayan. Golongan ni dipanggil 'Scalper'.

Betul, RM60 tu anda buat akaun micro dengan broker XM sahaja. Install Metatrader 5 di smartphone anda. Ambil yang islamik tiada swap bagi broker XM.

Lepas tu trade dengan risk/reward yang betul, maknanya, anda letak Take Profit sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari Stop Loss.

Buka lot size kecil saja dalam 0.10 lot dan open lebih kurang 10 trade.

Dengan teknik ni, risiko anda loss akan minima. Dan jika trade anda betul anda akan dapat RM4 dan jika salah anda hanya rugi RM2 (contoh).

Maknanya risk reward ration anda adalah 1:2. Dan kalau anda menang 50% dan salah 50%, anda masih buat untung.

Sentiasa ulang proses trade tu. Cari saja yang uptrend atau downtrend. (Trend naik dan trend turun).

Kalau skill trading saya, yang sideways saya tak akan trade. Saya ambil trend yang naik dan turun dan ada momentum sebab trade tu lebih selamat.

Beli dan jual ketika harga matawang pantul pada resistant dan support line.

Cara ni saja anda sudah dapat untung dengan konsisten. Ini adalah cara nak dapat duit dalam sehari yang mudah, cepat, dan praktikal.

Ala tapi modal kene ada boss. RM60 tu adalah minimum deposit untuk XM. Saya tak jumpa lagi broker yang boleh beri kita peluang mula trade lebih rendah dari itu.

Baiklah, cuba anda bayangkan kalau anda mula bisnes. Katalah dropship di facebook kan. Untuk Facebook, anda nak promote macam mana?

Nak post di wall anda? Spam kawan-kawan anda untuk beli produk anda? Atau anda nak guna iklan berbayar FB tu anda tahu ke untung ruginya?

Cuba anda anggap forex trading ni seperti bisnes. Anda boleh ukur bisnes anda naik dan turun guna berapa peratus akaun anda berkembang atau berkurang modalnya.

Kalau dropship, anda kena test banyak kali. Try and error berkali-kali sampailah anda jumpa iklan yang menjadi, produk yang tiptop boleh jual. Bukan senang tau nak untung dari FB ni dengan dropship.

Anda perlu ada proses jualan yang mantap. Benda ni yang ramai orang tak cakap bila cadangkan cara nak dapat duit dalam sehari di blog-blog dan page-page buat duit ni.

Sebab tu saya jujur, saya dah buat semua tu. Saya nak bantu anda untuk buat duit dalam masa sehari saja. Anda deposit harini, mula lah trading dan dalam masa sehari sahaja anda boleh profit.

Kalau rugi macam mana? Ada cara yang akan buatkan modal RM60 anda tadi berkembang secara konsisten dan selamat.

Ikut formula yang saya sudah terangkan tadi. Anda kene disiplin untuk trading ni. Memang tak mustahil. Bayangkan anda boleh grow kapital anda sehari 2% je.

Kalau anda simpan duit di ASB pun setahun baru dapat dividen 5.5% tau, Tabung haji lagilah 1.25% je tahun lepas haha.

Kompoundkan akaun forex trading anda sehari 2% sahaja pun dan konsisten dalam sebulan. Cuba anda guna compound interest calculator. Haa? Ape tu? Google ye.

Lagi best kalau anda buka akaun baru dengan XM anda akan dapat USD30 free bonus duit untuk mula trading.


So hari pertama anda dah untung dalam RM120 lebih kurang kan. Oklah, korang boleh lah cuba start trading forex untuk pastikan anda dapat duit dalam masa yang singkat.

Inilah cara paling cepat nak dapat duit dalam masa sehari saja.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...