Tuesday 5 January 2021

99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Korang tengah cari tips nak kaya ke?

Kami nak share kat korang cara paling berkesan untuk jadi kaya.

Tips ni memang berkesan sejak zaman berzaman. Tapi tak ramai yang orang tahu.

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Lagi-lagi tak ramai yang gunakannya. Lepas kami belajar teknik rahsia ni, kami dah slow-slow ke arah level kaya.

Apa maksud kaya dalam konteks kami ni?

Pada kami, seseorang itu dikira kaya kalau pendapatan pasif melebihi belanja bulanan.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Katalah korang ada pendapatan pasif RM5,000 sebulan, dan korang boleh hidup selesa dengan RM4,000 sebulan, korang sudah level kaya.

Kalau tetiba korang kena buang kerja, korang boleh hidup!

Tak sama dengan orang ada Cash RM50,000 dalam bank. Katalah dia ada cash RM50k, tapi tak de cashflow bulanan yang pasif dari aset mereka.

Tiba-tiba mereka kena buang kerja. Apa jadi? Katalah mereka belanja sebulan RM4,000.

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

RM50k tadi bahagi dengan RM4k sebulan, bersamaan 12.5 bulan!

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Maknanya mereka hanya boleh hidup selama 12.5 bulan sebelum savings mereka jadi kosong, illek, telur ayam.

Dan mereka kena mula semula dari zero.

Kekayaan bukan diukur dengan berapa banyak cash kita ada, tetapi dalam bentuk masa!

Ya! Kaya ke tidak kita adalah berapa lama kita boleh hidup tanpa bekerja.

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Kalau korang ada pendapatan pasif RM5,000 dan korang belanja RM4k sahaja, korang boleh sustain lifestyle korang selama mana korang hidup, sampai ke tua pun boleh.

So, korang kaya! Dan kekayaan korang adalah infiniti, sebab korang tak akan jatuh miskin selepas takde kerja.

Lainlah kalau tetiba korang buat dosa kewangan beli kereta sport, beli rumah macam villa dato'.

Itu lain cerita, secara teori korang tak akan jatuh miskin kalau korang maintain cashflow tersebut.

Ok, kami bahagikan rahsia menjadi kaya ni kepada 3 bahagian.

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Bahagian 1 Tanam

Tanam? Haa! Kami suka guna bahasa mudah, senang korang nak faham konsep ni. Tanam ni sama macam kalau korang jadi petani.

Korang akan fokus kerja harian korang tanam sayur!

Yes guys, tanam sayur. Korang tak akan sibukkan diri korang dengan perkara selain tanam.

Sama juga macam online business ke, offline business ke. Fokus pada memanam!

Apa pulak menanam dalam online business ni?

Ok kami listkan beberapa contoh 'menanam' dalam online business.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Korang buat youtube video, korang spend masa edit video korang, korang brainstorming apa video nak buat.

Itu kira menanam! Kalau blogging pula, korang habiskan masa tulis blog, create content yang bagus untuk blog korang. Itu menanam.

Korang jangan sibukkan masa dengan menunggu, contohnya korang refresh page youtube korang, kalau blogging pulak asyik sibuk modify theme blog, tukar sana sini untuk cantikkan blog.

Perkara ni bukan menanam! Korang kene fokus kt tanam sahaja kalau nak bisnes korang grow dan berkembang.

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Tanam aset, masa korang. Setiap masa korang sejam ke dua jam sehari ke, gunakan untuk aktiviti menanam.

Tanam dan tinggal. Setup and Go. Contohnya, kalau kami sedang berblogging ni, kami perlu tunggu 8 ke 12 bulan untuk artikel kami dirank di Google.

Maknanya, selepas 8 ke 12 bulan, barulah kami dapat ranking yang paling tinggi yang artikel tu mampu capai, rank maksimum yang artikel tu mampu capai berdasarkan kemantapan content artikel tu.

Buat-buat faham lah ye!

Kami tak buang masa tunggu sahaja, tapi kami sentiasa menanam aset di blog ni. Kami makin banyak hasilkan content.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Kalau korang perasan, kebanyakan orang yang berjaya di dunia internet ni, mereka fokus pada aktiviti-aktiviti yang membina aset.

Kalau korang ada Shopee store, korang kena fokus pada upload produk baru dengan gambar yang cantik hari-hari.

Dalam kes tu, itulah aktiviti menanam yang korang kena buat selalu.

Ingat, setiap apa yang korang tanam, akan growkan bisnes korang, dari pendapatan RM0 sebulan kepada RM10,000 sebulan.

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Semua tu tidak mustahil kalau korang habiskan masa untuk 'menanam' aset korang.

Setiap kali korang ulang aktiviti tanam tu, korang akan improve skill, akan bertambah lah smart video korang selepas 1 tahun vlogging kan.

Polish your skills guys!

Bahagian 2 Tunggu

Haa, kalau petani, lepas dia tanam, dia akan tunggu ke? Ini adalah bahagian yang buang masa. Korang kena kurangkan masa menunggu ni, tukar dengan aktiviti menanam lagi!

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Kalau korang jadi petani, lepas korang tanam, korang tunggu ke pokok tu membesar. Tak kan. Korang akan pergi ke tanaman ke-2.

Terus menanam lagi. Lepas korang buat youtube video atau blog post, adakah korang akan tengok-tengok balik stats korang?

Berapa banyak view hari ni ya? Berapa orang klik post aku ni ya?

Aktiviti ni tak perlu pun, korang perlu teruskan usaha di bahagian 1 tadi, iaitu move forward. Tambah lagi youtube videos, tambah lagi upload produk, tambah lagi content blog korang.

Bahagian 3 Tuai

Ok, kalau aktiviti tanam tadi, korang dah buat berulang-ulang kali, lepas tu korang tukar mindset menunggu tu, dengan penuhi tempoh menunggu tu menanam juga.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Kami yakin akan tiba masa korang tuai hasil.

Tuai ni, kalau bahasa mat salleh nya adalah 'monetization'.

Iaitu cari jalan untuk buat duit dengan trafik yang korang ada. Untuk dapatkan trafik, korang perlukan aktiviti menanam yang lama.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Tapi takpe, korang buat je, ini cara paling cepat korang boleh kaya kalau korang nak tahu.

Lebih cepat dari korang labur di ASB, di Saham, Forex, ETF dan lain-lain.

Beri masa setahun! Korang akan nampak hasil dalam setahun.

Kami bukan main cakap, kami dah buat.

Kami habiskan masa setahun, sejam sehari untuk aktiviti menanam aset. Dan kami nampak hasil trafik yang mencanak-canak lepas setahun.

Trafik yang kami dapat adalah exponential, bukan linear tau.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Lepas korang dapat rank yang baik dari Google, Youtube atau ecommerce korang tu, korang akan nampak senangnya nak buat duit dengan trafik yang korang ada.

Contohnya di blog Prof Duit ni, kami hanya pasang link je untuk buat jualan.

Kami selitkan link-link affiliate klikjer, atau iklan adsense untuk jana pendapatan pasif.

Ya, guys, kami sudah sampai tahap menuai!

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Korang yang baru nak mula perlukan masa dalam setahun untuk nampak hasil.

Tapi takpe korang teruskan menanam content di internet ni. Mulakan hasilkan content yang genuine dan unik untuk followers korang.

Kalau korang mulakan bisnes IG, korang perlu ulang-ulang promote dekat audiens korang.

Tapi kalau blogging atau Youtube, korang tak perlu ulang-ulang promote untuk buat jualan.

Korang boleh je pasang iklan dan selitkan link affiliate untuk buat duit.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Tapi syaratnya, trafik korang kena tinggi dan stabil!

Dan kami dapati, melalu Google dan Youtube adalah cara terbaik untuk korang dapat trafik percuma, stabil dan banyak.

Setelah korang sampai tahap menuai ni, korang akan nampak bisnes korang fully automated, bisnes yang autopilot.

Contohnya di blog Prof Duit ni, kalau kami biarkan sahaja blog ni selepas ni, akan tetap ada orang beli dari link affiliate kami dan akan ada orang yang klik iklan kami ni.

Setelah kami publish content bertahun-tahun, masih lagi content tu compound kan pendapatan harian kami.

Ini rahsia kekayaan, korang buat aktiviti harini, tapi lagi 5 ke 10 tahun, aktiviti korang harini memberi impak pada korang di masa hadapan.

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Bayangkan harini, income korang adalah berdasarkan hari-hari yang lepas, 10 tahun lepas, sudah tentu korang masyukkan, hehe.

10 tahun darab 360 hari darab RM0.20. Katalah impak korang sehari adalah 20 sen. Maknanya setiap hari yang dah lepas 10 tahun, korang sumbang 20 sen income pada bulan ni.

So income harian korang akan jadi RM720 sebulan. Katalah lebih dari 20 sen, contohnya RM1, korang dah boleh dapat RM3,600 secara pasif.

Korang buat benda lain boleh, korang bercuti boleh, tapi pendapatan pasif yang korang usahakan 10 tahun lepas masih ada lagi sampai sekarang.

Inilah rahsia kekayaan sejak dari dulu lagi.

Pastikan korang sentiasa tanam aset untuk masa depan, setiap jam korang fokus untuk tanam aset ya.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...