Sunday 3 January 2021

Cara Menjadi Jutawan Senyap - RM5,000 Sebulan

Korang tercari-cari cara nak jadi jutawan senyap ke?

Kenapa nak jadi jutawan senyap? Sebab tak nak orang lain tahu korang banyak duit?

Dalam entri kali ni, kami nak cerita cara langkah demi langkah untuk korang jadi jutawan senyap. Kami betulkan mindset korang dahulu.

Nak kaya tanpa orang tahu, tetiba korang ada duit RM100,000 dalam bank akaun? Best kan!

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Atau income sebulan korang RM20,000 tanpa korang tunjuk muka dekat internet.

Tak perlu jadi youtuber, nanti kalau jalan pergi pasar, orang tegur, nak kaya nak rilek2 je kan, orang tak tahu.



Tak perlu kerja makan gaji hari-hari dan boleh enjoy sesuka hati? Haa.

Korang dengar macam scam kan bunyinya.

Tapi hakikatnya, sudah ramai orang yang dah jadi jutawan senyap. Dan InsyaAllah, kami sikit masa lagi hehe.

Baca : Calculator Loan Rumah Malaysia | Kira Installment Bulanan

Korang kena tanam mindset bahawa usaha korang kalau betul, korang boleh capai cita-cita jadi jutawan senyap tu.

Ok, apa tu jutawan? Ada RM1,000,000 dalam akaun bank ke? Cash berkepuk-kepuk?

Naik Ferrari merah, awek keliling pinggang?

Rileks bro! Jutawan tu adalah beza hutang dan aset lebih RM1,000,000! Dengan kata lain adalah ASET - LIABILITY > RM1juta.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Maknanya kalau korang ada rumah harga RM1,000,000 tapi korang ada 4 buah kereta ferrari yang belum habis bayar, total RM800,000, korang belum jutawan.

Korang ada net worth RM200,000 selepas ditolak aset tadi. Kalau networth bersih korang RM1,000,000 barulah korang layak bergelar jutawan.

Tak campur lagi nilai aset dan liabiliti yang lain, macam cash di bank, nilai saham yang korang ada, tanah ke, credit card ke, hutang kahwin ke.

Haa semua ni kena kira sampai lah korang dapat networth bersih lebih RM1juta, baru lah korang dikira jutawan.

Ada satu cara lagi kalau korang nak capai aset sejuta. Aset sejuta tu tak semestinya, nilainya betul-betul sejuta.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Tak semestinya korang kena ada aset tu untuk capai nilai aset sejuta.

Tips di sini adalah CASHFLOW!

Katalah korang ada sijil ASB RM200k, setahun pulangan ASB korang RM10,000 sebab 5% daripada 200k adalah 10k.

So sebulan pendapatan korang adalah RM833.33.

Maknanya kalau korang ada RM200k, sebulan income korang RM833.33.

Kalau korang ada CASHFLOW RM833.33 sebulan, korang ada aset RM200k!

Faham ke idok?

Kalau korang ada Cashflow pasif bulanan dari business korang sebanyak RM5,000, korang darab dengan 12 bulan, korang dapat RM60,000 setahun, darabkan dengan 100 dan bahagi dengan 5 (5% yield dari aset), maka korang ada aset bernilai RM1,200,000!

Ringkasnya, kalau korang ada aset pasif yang beri korang income RM5,000 sebulan tanpa korang perlu buat kerja keras, aset tu beri income secara autopilot, dan korang tak ada liabiliti lain, korang adalah jutawan!

Jadi, mana korang pilih, kumpul aset 1.2 juta atau bina bisnes pasif sampai income bulanan korang RM5,000?

Kalau dari pandangan Prof Duit, korang bina pendapatan pasif RM5,000 lebih mudah dari korang kumpul duit/aset RM1.2 juta.

Sebab, kalau korang kejar aset sebanyak 1.2juta tu akan ambil masa selama 30 tahun. Ya! Kebanyakan orang akan potong gaji mereka sedikit, katalah 20% dari gaji, dan simpan di ASB, saham, hartanah dan lain-lain.

Cara ni bagus, tapi korang kena cermat-cermat belanja memandangkan kita ni kerja gaji pun bukan lah besar sangat kan.

Kalau pilihan kedua tu, iaitu bina cashflow RM5,000 sebulan tu, korang boleh capai dengan cepat, selalunya dalam masa setahun dua sahaja!

Tapi ada caranya kalau korang nak tahu. Korang kena gunakan internet untuk bina bisnes ni.

Cara pertama dengan blogging, cara ke dua dengan Youtube channel. Dua cara ni kalau korang nak bina pendapatan pasif dengan cepat.

Ada cara lain kalau korang ni memang glamour, artis, muka hensem, hidung mancung macam leonardo di caprio, korang boleh guna instagram.

Tak ramai yang boleh kaya kecuali mereka jual produk di instagram dengan hari-hari buat review, dengan follower yang ramai.

Kalau korang jenis macam kami ni, suka jadi senyap-senyap je kaya, korang boleh guna cara blogging.

Bina content yang bagus untuk korang dapat trafik dari Google.

Bina blog korang selama setahun, buat 100 artikel yang sangat bermanfaat dan menjawab persoalan-persoalan di Google.

Dalam masa setahun, kami boleh beri jaminan, blog korang akan dapat trafik percuma dari Google minimum 10,000 sebulan!

Sama juga youtube, korang kena rajin bina content yang bagus di internet ni. Nanti Google dan Youtube akan hadiahkan korang dengan trafik yang banyak.

Banyak lagi cara lain nak bina Cashflow bulanan RM5,000 sebulan ni.

Korang boleh baca entri kami yang lain.

Kami ajar cara buat dropship di Shopee, masyuk beb. Income kami dah cecah 4 angka sebulan dengan Shopee. Dan blog kami pun dah nak meletup dengan trafik dari Google ni.

Sebab tu kami excited nak share ilmu-ilmu kami ni supaya ramai lagi dapat manfaat.

Blog ni selepas setahun kami biar, blog Prof Duit mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kami tak buat apa-apa promosi pun untuk promote blog ni.

Kami tak post ke Facebook ke Instagram ke. Kami hanya tulis artikel yang bermanfaat untuk korang jadikan inspirasi.

Okay, banyak cara lagi untuk korang jana Cashflow RM5,000 sebulan ni.

Korang boleh juga berniaga dropship dengan Amazon, Ebay, Shopify dan korang juga boleh cuba guna trading platform seperti forex dan saham.

Ramai jutawan senyap muda yang lahir dari platform-platform ni.

So korang jangan tertinggal kapal.

Mudah sahaja, korang ikut sahaja top seller atau youtuber yang berjaya, cuba korang ikut langkah mereka masa mula-mula dulu.

Contohnya, kalau korang nak tengok apa rahsia mereka buat masa mula-mula dulu, korang scroll lah video pertama yang youtuber upload di channel mereka.

Masa tu takde orang tengok lagi video mereka tu. Time tu korang akan dapat inspirasi untuk mulakan Youtube Channel.

Antara blogging dan youtube, kami lebih suka blogging, sebab kami tak perlu tunjuk muka kami, dan kami boleh jadi jutawan senyap tanpa orang kenal siapa kami.

Kalau youtube tu, ya! Memang ada cara korang boleh bina youtube channel yang berjaya tanpa tunjuk muka korang.

Tapi kami lebih suka berblogging, kami suka menulis daripada buat video, kami tak pandai sangat buat video!

Macam lagi susah je, berbanding tulisan ni, kami hanya tulis apa yang kami rasakan perlu untuk korang dan biarkan sahaja ia masak di internet.

Google akan beri kami trafik percuma 8 bulan dari sekarang lepas setiap entri kami siap ditulis.

Berbalik kepada cara nak jadi jutawan senyap tu, korang boleh tiru cara kami, kami fokus kepada bina Cashflow RM5,000 sebulan dahulu.

Macam mana kami nak capai objektif tu? Kami ada Shopee store yang sudah pun jana lebih RM1,000 sebulan!

Dan kami cabangkan pula ke blog Prof Duit ni.

Macam mana kami nak jana duit dari blog ni? Kami hanya akan selit-selitkan link affiliate kalau blog ni dapat trafik yang tinggi lagi setahun.

Untuk masa sekarang, kami tak ada buat sebarang promosi untuk blog ni.

Kami hanya fokus bina content yang membantu korang semua, pembaca-pembaca yang dahagakan ilmu buat duit online ni.

Kami sajikan apa yang korang nak tu, kami share pengalaman kami secara telus untuk korang ikut jejak langkah kami!

Dan kami target untuk publish 100 artikel di blog ni. Setiap satu artikel tu kami akan tulis sepanjang 1000 hingga 2000 patah perkataan. Ini target kami.

Kami nak publish selama setahun. Sebab kami tahu, Google akan hargai content kami di blog ni.

Lagi setahun kami yakin pelawat blog ni akan meningkat dengan mencanak.

Di samping tu, kami ada blog lain juga dan kami try and error blog tu.

Memang kami dah buktikan yang penulisan santai ni, Google akan beri kami trafik yang banyak kalau tulisan blog ni membantu korang semua.

Inilah cara terbaik untuk kami jana Cashflow bulanan secara pasif sebanyak RM5,000, yang mana bersamaan dengan aset bernilai RM1,2000,000!

Tanpa kami tunjuk muka kami, so, inilah cara kami menjadi jutawan senyap.

Selamat Mencuba!

2 comments:

Osman Salleh said...

nak tahu...

shah perak said...

Sy Shaari hutang keliling pinggang hampir rm50000... Duit x ada langsung kat dalam poket ni kosong...
Wasap sy 0185758342

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT