Monday 11 October 2021

7 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan - Betul-Betul Padu!


Hai semua…

Korang pernah terfikir tak…

Nak mulakan perniagaan makanan…

Tapi tak tahu jenis makanan macam mana yang laku untuk jual???

Sekarang ni macam-macam jenis makanan…

Yang peniaga keluarkan…

Tapi laku ke??

 


Perniagaan makanan ni boleh bawak keuntungan tau…

Sebab selalu ada permintaan…

Ye la manusia kan memang perlukan makanan untuk terus kan hidup….

Kalau nak tahu..

Korang boleh mula perniagaan ni dari dapur je….

Tak perlu modal yang besar…

Tak perlu buka restoran pon…

 Baca : 11 Jenis Perniagaan Modal Kecil (Masyukk)

Tapi sebelum tu..

Korang kena fikir siapa pelanggan korang…

Kepada siapa Korang nak jual makanan tu…

 

Korang kena tahu tau siapa sasaran korang…

Memang banyak makanan yang laris..

Tapi tak semestinya kalau kita jual makanan yang sama…

Pernigaan kita akan laku macam mereka…

  Baca : Cara Bisnes Di Rumah Buat RM2000 Sebulan

Sebab tu kena kaji dulu siapa target pelanggan korang…

Contohnya…

Ibu yang ada anak kecil…

Mereka yang bekerja…

Pelajar…

Ataupun orang tua…

  Baca : Cara Tengok Youtube Dapat Duit RM100 Sehari

Kawasan juga main peranan tau..

Contohnya kawasan kampung…

Makanan western macam spaghetti mungkin kurnag sambutan…

Tapi..

Kalau korang jual roti jala mungkin akan dapat sambutan…

  Baca : Peluang Perniagaan RM100 Sehari (Modal Kecil)

Ye laa…

Kadang mereka tak biasa dengan makanan tu..

Yang muda mungkin boleh terima…

Tapi yang tua susah sikit laa…

 

Sini saya nak kongsi jenis perniagaan yang paling menguntungkan…

 

  Baca : 10 Bisnes Modal Kecil Paling Untung

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #1

Bermusim…

Makanan bermusim…

Korang tahu tak apa makanan bermusim tu..

Makanan ni antara yang jarang-jarang ada dekat pasaran tau…

Korang kena tunggu musim dia dulu…

Baru ramai orang akan jual…

  Baca : 10+ Idea Bisnes Makanan Viral (Senarai Penuh)

Contoh makanan bermusim ni…

Kuih raya atau biskut raya….

Korang akan dapat jumpa aneka kuih atau biskut ni…

Bila musim raya je kan…

Ramai yang cari tau…

 

Musim-musim ni..

Memang korang boleh buat duit…

Ada yang boleh dapat keuntungan berlipat ganda tau…

  Baca : 4 Petua Wajib Nak Buat Bisnes Online

Tapi…

Sebabkan ramai yang hanya buat pada musim tu…

Korang boleh je teruskan pada waktu biasa…

Sebab biskut ni boleh makan bila-bila je…

Sebagai kudapan….

Dan pembeli pula..

Akan beli bukan pada musim raya sahaja…

Jadi…

 Baca : Semua Tentang LOAN ASB [Panduan Lengkap]

Korang tak ada ramai pesaing sangat…

 

Untuk biskut raya ni..

Korang kena buat dalam kuantiti yang banyak…

Tapi tak ada masalah…

Sebab sekarang banyak kilang yang mengeluarkan biskut raya…

Boleh je buat tempahan dengan kilang…

Lepastu korang buat jenama sendiri…

  Baca : Cara Claim E Dompet RM50 - [Panduan Lengkap]

Contoh lain makanan bermusim ni…

Buah-buahan kampung….

Macam durian…

Langsat, duku, rambutan, cempedak…

Dan banyak lagi…

  Baca : 10 Youtuber Malaysia Terkaya - Senarai Lengkap

Korang boleh tengok sendiri..

Macam mana permintaan pelanggan..

Dan harga yang peniaga jual…

Memang mengguntungkan...

Rata-rata pembeli tidak kisah pasal harga…

Ini kerana…

Baca : Aplikasi Buat Duit RM100 Sehari - SERIUS JADI

Mereka tahu buah ni hanya ada pada musimnya sahaja..

Jadi..

Mereka tak kisah nak spend duit mereka….

Kalau tak belii..

Terpaksa laa tunggu musim akan datang…

Mungkin tahun depan…

  Baca : Cara Dapat E Tunai Rakyat RM30 - Panduan Lengkap

Tapi…

Sebagai peniaga buah…

Tak ada masalah pon korang nak jual buah bermusim ni…

Sebab…

Lepas habis musim buah kampung ni…

Korang boleh terus jual buah lain..

Yang tak bermusim..

Macam epal, anggur, pisang….

Buah-buah ni tetap dapat sambutan…

 Baca : Cara Tebus E Wallet RM50 - Panduan Lengkap

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #2

Frozen atau sejuk beku..

Ni antara perniagaan yang paling menguntungkan tau…

Pernigaan ni juga berisiko rendah..

Sebabnya…

Makanan ni boleh tahan lama..

Dan tak rosak kalau tak laku dalam sehari tu..

Maksudnya..

Korang boleh jual sehingga tarikh luput dia…

 

Produk sejuk beku ni…

Korang boleh jual sendiri…

Boleh buat banyak-banyak dalam satu masa…

Lepas siap makanan tu….

Korang boleh start ambil order…

Tak de la korang kena ambil order dulu tau….

 

Lagi satu…

Korang juga boleh sewa peti dekat mana-mana pasaraya…

Ramai je pasaraya yang sediakan peti sejuk beku…

Untuk makanan frozen ni…

Ye laa…

Makanan ni kan tahan lama…

Asalkan letak dalam peti sejuk beku…

 

Terdapayt pelbagai jenis tau..

Makanan sejuk beku ni..

Antara yang laku dan korang boleh jual…

Karipap…

Ketupat palas…

Roti canai..

Donut…

Pulut panggang..

Pau aneka inti..

Dan banyak lagi…

 

Makanan ni sangat-sangat laku…

Sebab bukan saja ibu-ibu yang beli…

Untuk sarapan anak-anak mereka….

Tapi..

Ramai juga pelajar-pelajar yang mencari makanan ni…

Ye laa…

Makanan ni dah siap..

Cuma kena goreng atau panaskan semula je…

 

Makanan ni pon orang makan hari-hari…

Jadi tak perlu risau..

Mesti akan laku…

Cumanya..

Kalau korang nak jual sendiri…

Korang kena keluarkan sedikit duitlaa…

Untuk beli freezer…

Boleh la korang buat banyak-banyak sekali gus..

 

Bagi korang yang tak ada masa nak buat…

Korang boleh je cari pembekal…

Cuma tugas korang…

Jual je makanan tu…

 

 

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #3

Air balang…

Nampak macam biasa je kan…

Jual air boleh untung…

Bagi yang tak tahu..

Jual air balang ni sangat menguntungkan…

Jangan terkejut tau..

Dalam sehari jualan korang boleh cecah RM500-RM1000 tau…

 

Lebih-lebih lagi kalau tengah musim panas…

Memang sangat-sangat laku…

Modal pon kecill je..

Cuma kena sediakan balang-balang..

Dan juga meja atau paying…

 

Sebabkan modal yang kecil…

Dan keuntungan yang besar…

Korang boleh je bukak gerai ni…

Dekat beberapa tempat yang berbeza..

Cari laa beberapa orang pekerja…

 

Bagi yang tak tahu nak jual air apa…

Ataupon takut nak cuba jual air sendiri…

Korang boleh je jual air dari pembekal…

Contohnya…

Kopi mamu..

Kopi Hainan…

Korang cantact je pembekal dia..

 

Pastu dorang akan hantar produk kopi tu…

Korang Cuma perlu sediakan meja dan payung je…

Kopi semua dia akan bekalkan tau..

 

Korang pon tak perlu susah nak promot tau…

Sebab nama minuman ni orang dah kenal..

 

Yang nak jual air sendiri..

Macam beraneka perisa tu…

Pon okay jugak…

Sebab air jenis tu tak bermusim…

Maksudnya..

Orang akan cari bila-bila je…

Dan semua orang minum…

Untuk air yang macam kopi..

Berisiko jugak..

Sebab tak semua yang gemar kopi…

Jadi agak terhad jugak laa jumlah pembeli tu..

 

 

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #4

Nasi lemak…

Juadah turun temurun ni…

Makanan paling dekat di hati rakyat Malaysia…

Untuk makanan ni..

Korang boleh start ambil tempahan dari rumah je…

 

Untuk permulaan perniagaan korang ni..

Korang buka order untuk penduduk setempat dulu..

Dah siap nasi lemak tu..

Korang terus hantar ke rumah mereka…

Atau dorang datang ambil sendiri…

 

Untuk nasi lemak ni..

Korang boleh jual pada waktu pagi atau malam tau…

Sebab..

Ia sesuai dia makan bila-bila je..

Bukan macam sesetengah makanan..

Hanya sesuai makan pada masa tertentu je…

 

Untuk pelbgaikan…

Atau Tarik pelanggan..

Korang boleh sediakan aneka lauk pauk tau…

Antaranya sambal sotong..

Sambal paru..

Sambal udang…

Dan lain-lain…

Korang jangan laa jual satu lauk je..

Nanti pelanggan cepat bosan…

 

Untuk mengembangkan bisnes nasi lemak korang…

Bolehla buka gerai..

Buka waktu pagi atau malam..

Pastikan gerai tu di kawasan strategik tau…

Jual dekat pasar malam ke…

Ataupun pasar pagi..

Situ kan tempat tumpuan orang ramai…

 

Kalau dah ada modal lebih..

Korang boleh laa start buka 2 3 gerai lain..

Ambil la beberapa orang pekerja..

 

 

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #5

Goreng-gorengan…

Nampak macam  bisnes kecik kan…

Tapi kalau nak tahu…

Jual gorengan ni antara perniagaan paling laku tau…

Masyuk orang kata..

 

Rayat Malaysia ni…

Ramai yang sukakan makan gorengan..

Lebih lagi pada waktu petang..

Antara menu yang paling degemari ialah…

Pisang goreng..

Keropok lekor..

Keledek goreng..

Kelaadi goreng …

Dan banyak lagi…

 

Kalau nak tahu…

Bahan-bahan ni sangat murah tau..

Tapi…

Korang boleh jual dan dapat untung berlipat ganda..

Dah laa senang nak buat..

 

Ye laa…

Tepung pon boleh guna yang segera..

Kena bancuh sahaja..

 

Untuk bahan mentah seperti buah…

Korang boleh beli dengan pembekal je…

Kalau beli borong..

Pasti dapat harga lebih murah..

 

Untuk perniagaan ni…

Korang boleh je buka gerai kecil..

Cari kawasan tumpuan orang ramai..

Contohnya…

Berhampiran kedai makan…

Pejabat-pejabat…

Pasti ramai yang akan serbu gerai korang tu..

 

Kalau dah stabil…

Dan gerai korang dah dikenali..

Korang bolehla buka atau tambah cawangan gerai tu…

Pastikan korang pilih tempat yang strategic jugak la..

Baru laa dapat sambutan..

Dan ramai pelanggan tau…

 

 

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #6

Kerepek…

Selain dari biskut…

Rakyat Malaysia juga gemarkan kerepek..

Sebagai kudapan…

Kerepek ni akan dapat permintaan tinggi…

Lebih lagi pada musim perayaan..

 

Tapi..

Sebabkan rakyat Malaysia sukakan kudapan…

Kerepek ni lah antara yang dicari oleh mereka…

Dengan harga yang berpatutan…

Dan disukai semua lapisan umur..

Ini lah antara sebab..

Ia menjadi antara makanan paling laku…

 

Macam nasi lemak…

Kerepek ni pon korang boleh start niaga dari rumah…

Korang boleh je goreng di rumah…

Kemudian pack…

Letakkan sticker..

Dan jual kepada pelanggan…

 

Untuk kenal kan pada pasaran luar..

Korang boleh lantik ejen tau…

Ataupun cuba jual dalam online…

Selain itu…

Korang boleh je letak dekat kedai makan…

Petronas ke….

Kantin sekolah …

Kolej…

Dan juga asrama pelajar…

 

Bagi yang pernag duduk asrama…

Pasti korang biasa kan..

Dengan makcik yang jual kerepek ni…

Ini kerana…

Ramai pelajar yang suka makan kerepek..

Terutama bila mereka nak stay up…

 

Sebabtu lah…

Untuk tahu macam mana nak lakukan produk ni..

Korang kena tahu target market korang…

Bukan ape..

Ni memang dapat bantu dan senang untuk kornag buat jualan…

 

Kerepek ni pon korang boleh pelbagaikan…

Contohnya..

Kerepek pisang…

Kerepek ubi…

Kerepek bawang..

Dan banyak lagi….

 

 

 

Perniagaan makanan yang paling menguntungkan #7

Sambal…

Korang perasan tak…

Memang dah jadi trend sekarang ni..

Orang keluarkan produk sambal…

Dan produk ni sangat mendapat sambutan…

 

Ye laaa…

Bagi yang bekerja…

Sambal ni sangat membantu…

Dorang tak perlu nak fikir lauk pauk..

Makan nasi putih dengan sambal je…

Mudah dan jimat masa kan..

 

Sebabtu la…

Sekarang macam-macam jenis sambal kat pasaran…

Antaranya..

Sambal bilis…

Sambal petai…

Tengok sambal Khairul tu je laa…

Perghhh…laku giler…

 

Jadi…

Korang boleh je try produk makanan ni…

Try ubah sambal tu jadi lain..

Maksudnya..

Cuba keluarkan sambal yang belum ada lagi dekat pasaran ni…

 

Tapi..

Korang kena tahu laa…

Macam mana nak buat sambal tu tahan lama…

Tanpa guna bahan pengawet tau…

Jenis packaging…

Cara nak tetapkan harga semua tu..

Cili ni kadang-kadang berubah harga..

Jadi korang kena laa tahu cara Kiara costing..

 

Akhir kata…

Terdapat banyak lagi jenis perniagaan makanan yang menguntungkan…

Korang kena tahu la apa jenis makanan yang korang pandai buat…

Kalau nak ambil dari pembekal, korang tahu, jenis makanan apa yang sesaui nak pasarkan tempat korang tu…

Korang kena la tahu samada jenis makanan tu akan dapat sambutan atau sebaliknya..

Okaylah …

Kalau korang rasa perkongsian saya ni menarik, bolehla kongsi pada rakan korang…

Lepas ni banyak lagi saya nak kongsi..

Antaranya ialah..makanan viral untuk dijual 2021, jualan makanan yang menguntungkan, jualan yang menguntungkan, perniagaan yang menguntungkan 2021, jualan yang mudah laku, bisnes makanan ringan, makanan homemade untuk dijual, kuih yang laku dijual…

 

Korang stay tuned tau!!!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT