Tuesday 12 January 2021

Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Korang tengah cari info pasal berapa gaji youtuber 1000 subscriber?

Entri kali ni kami nak beri korang pendedahan, berapa banyak korang boleh dapat gaji dari youtube kalau korang ada 1000 subscriber.

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

1000 subscriber ni penting. Sebab masa ni lah korang dapat cecah milestone yang sangat bermakna.

Perlu diingat, semua youtuber bermula dengan 0 subscriber. Tak kiralah Piewdiepie ke, MKBHD ke, Movlog ke, Dan Lok ke, mereka ni semua bermula dari bawah.

Gaji youtuber 1000 subscriber adalah lebih kurang RM128 sebulan!




Kalau korang nak tahu kiraan yang lebih detail, baca entri ni sampai habis ya. 

Tapi mereka sangat konsisten! Tengok lah MrBeast, dia hampir nak give up buat youtube video pada mulanya.

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Tapi dia teruskan juga. Sampai satu masa dia cakap, inilah video youtube yang last dia nak buat.

Dan kebetulan video last tu meletup! Sehingga kini, MrBeast merupakan antara youtuber paling berjaya.

Hobi beliau sekarang adalah buat donation pada game streamer.

Bukan sikit bak hang. Siap donate $10,000 untuk sekali video dia.

Okaylah, secara purata untuk 1000 video views, korang boleh jana $4!

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Ini secara purata, berubah mengikut niche dan cara korang promote video korang tu. Dan nombor ni adalah kalau korang jana pendapatan dari iklan ya.

So, kalau korang buat affiliate marketing, atau jual online course ke, itu lain cerita.

Tapi kami agak menyampah tengok ramai sifu jadian sekarang, baru buat bisnes sikit, dapat jualan sikit, dah terus nak buat online course.

Ini semua sebab online course ni lah the real money in youtube!

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Takpe lah, kalau kami menyampah tak semestinya online course mereka tu tak baguskan, kami tak halang kalau korang minat nak belajar dari sifu tu.

Ok, berapa pulak gaji youtube akan bagi kat korang kalau korang ada 1000 subscriber ni?

Kalau 1000 views dapat $4. Manakala 1,000,000 views korang akan dapat $4,000 tau!

Ya, ini nombor yang agak tepat. Korang boleh cek income dari iklan ni kalau korang pergi dekat website social blade.

So, kalau korang ada 1000 subscriber, bayangkan korang dapat subscriber yang suka tengok video korang.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

50% video baru korang mereka akan tengok, so setiap kali korang upload video, akan ada 500 orang yang view, dan organic korang pun akan dapat tambahan 500 sebab akan dapat recommendation dari youtube.

Video korang akan dipromote oleh youtube algorithm juga.

So, korang boleh lah dapat $4 untuk 1000 subscriber. Dan kalau korang upload 2 kali seminggu, sebulan korang ada 8 video!

Dengan setiap video dapat jana $4, maka korang dapatlah jana $32, bersamaan lebih kurang RM128!

Okay, berdasarkan matematik ni, gaji youtuber 1000 subscriber adalah RM128 sebulan.

Kalau korang ada 10,000 subscriber, korang berpotensi jana sehingga RM1280 sebulan.

Dan kalau korang ada 100,000 subscriber, potensi korang adalah RM12,800 sebulan.

Nampak sekali pandang, korang darab 10 sahaja, sebenarnya, korang akan ada exponential growth sikit.

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Maknanya, 10,000 dan 100,000 subscriber tu sebenarnya potensi korang lebih tinggi dari tu.

Sebab youtube akan promote lain macam sikit untuk youtuber yang ada ramai subscriber.

Ya guys, memang berbaloi menjadi youtuber ni. Hanya letak iklan korang sahaja, Google Adsense sahaja.

Tapi ada beberapa syarat yang korang kena follow untuk layak beriklan dengan Google Adsense di Youtube.

Korang kena dapat minimum 1000 subscriber dalam 12 bulan. Barulah youtube akan beri kebenaran untuk beriklan menggunakan content video korang.

Dan korang kena ada watch time lebih 4000 jam dalam setahun tu. Dan syarat ni akan semakin susah, dan semakin ketat.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Kalau korang tak nak tertinggal kapal, korang start lah channel youtube korang dari sekarang.

Untuk permulaan penting untuk korang share info yang korang explain dalam video tu dekat saudara mara korang.

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Kalau korang boleh explain teori fizik dekat nenek korang, dan nenek korang boleh faham, maknanya bakat korang adalah menjadi youtuber.

Kebanyakan youtuber ni disukai ramai sebab explaination mereka mudah faham, tak sama macam guru atau pensyarah di universiti.

Kalau tak lepas syarat watch time dan subscriber tadi, susah lah korang nak apply Google Adsense.

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Dan kalau korang boleh lepasi barrier 1000 subscriber, maknanya korang dah berpeluang buat duit masyuk dan gaji yang boleh tahan dengan youtube ni.

Kami ada beberapa kenalan yang sudah menjadi youtuber. Walaupun asalnya, kerjaya dia bukan untuk jadi youtuber.

Korang kena berani tampilkan diri korang depan video, dan belajar bercakap depan kamera je.

Kalau korang minat nak guna teknik jadi youtuber tanpa tunjuk muka, korang boleh buat video dalam topik berikut:

1) Fastest train in the world. Best laptop. Top 5 best earbuds for student. 

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

2) Best quran recitation. Kompilasi ceramah ustaz. Zikir penenang jiwa.

3) Reaction video, susun-susun magnet, DIY buat pedang guna paku, buat gua guna pasir.

Haa, korang fikirlah sendiri ya. Kami kasi idea, dan kami pasti korang dapat apa yang kami nak sampaikan.

Niche-niche tu tak perlukan korang untuk buat video dengan muka korang.

So, kalau korang keluar jalan-jalan takdelah orang nak tegur kata korang youtuber kan.

Lebih banyak privasi kat situ.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Malah, pensyarah kami dahulu masa kami belajar engineering, pun ada yang berjinak-jinak dengan youtube ni.

Dia buat youtube channel pasal kereta. Tapi memang dia layaklah untuk sembang pasal kereta.

Sebab dia ambil PhD dulu pun dalam turbocharger. So, banyaklah info sahih yang korang boleh belajar dari dia.

Dia bermula dengan 0 subscriber juga macam korang.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Last kami tengok youtube channel dia, dah cecah 23,000 subscriber! Banyak tu, boleh kata 1/4 Stadium bola Shah Alam.

Bayangkan suku stadium tu adalah subscriber beliau. Dan memang youtube dia mudah viral sebab menjual nama sebagai pensyarah kejuruteraan automotif, cakap pula pasal kereta.

Memang tiptop lah info dia tu. Lagi bagus kalau korang masuk niche yang korang memang boleh jadi expert.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Share dari pengalaman korang. Dan Content is always king!

Pastikan korang fokus pada CONTENT dan KONSISTENSI. Kalau korang perasan, kebanyakan sifu akan nasihat 2 benda ni.

Konsistensi tersangatlah penting untuk grow channel korang kepada 1000 subscriber pertama. Yalah supaya korang dapat gaji macam kami cerita tadi.

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Lepas korang tahu berapa gaji youtuber 1000 subscriber ni, korang mesti minat nak mulakan youtube channel korang kan.

Untuk permulaan, korang mulakan buat video untuk sharing. Dan minta sedara mara, rakan-rakan, jiran sebelah rumah, guru besar sekolah korang untuk jadi subscriber dahulu.

Dari situ, sikit-sikit korang improve skill video editing korang, cara korang bercakap, content dan explanation korang tu semua.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Itu semua perlukan masa, macam pensyarah saya tadi, dia sendiri cakap dia pun malu nak tengok video pertama dia.

Korang akan dijamin gagal dalam video pertama korang.

Lepas korang dapat rentak 100 subscriber ke, dan kalau korang dapat break barrier 1000 subscriber, kami yakin channel korang akan grow dengan sendirinya.

Masa tu, konsistensi dalam hasilkan content tu yang akan menjamin sama ada korang makin berjaya dapat gaji dari youtube ni atau tak.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Good luck! Semoga korang dapat kejar 1000 subscriber pertama dan dapat gaji yang lumayan dari youtube yer.

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT