Sunday 17 January 2021

Cara Buat Blog Dapat Duit - RM1000+ Sebulan Guna Affiliate

Korang mesti tengah cari cara macam mana nak buat blog untuk dapat duit kan?

Ya lah, apa guna nak buat blog kalau tak buat duit.

Kalau setakat menulis sahaja, penat taip setahun untuk blog dapat trafik, perlu lah ada reward sikit.

Sebab tu korang cari cara nak dapat duit dengan buat blog ni kan?


Ok, kami nak bantu korang. Kami nak ajar sikit cara buat blog dapat duit yang korang boleh praktikkan.

Kami yakin lepas korang ikut tips-tips ni, korang boleh buat duit sehingga RM2,000+ sebulan.

Kalau korang nak tahu cara nak buat blog yang boleh beri korang income yang stabil sebanyak RM ribuan sebulan, korang baca artikel ni sampai habis.

Nanti dah habis tolonglah share artikel ni kalau korang rasa ianya bermanfaat.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Hasil carian kami di Google, ramai juga orang yang cari artikel berkaitan:

cara buat blog sendiri, cara buat duit dengan wordpress, cara buat duit dengan blog nuffnang, pendapatan blogger malaysia, cara jadi blogger, cara nak jadi blogger, cara buat blog berbayar, buat duit dengan blog adsense.

Kalau kami ada masa nanti, kami akan tulis semua artikel di atas ya, pastikan korang rajin Google Prof Duit untuk datang ke blog kami ni ya.

Ada beberapa bahagian kalau korang nak dapat duit dengan blog ni.

Secara kasarnya, buat blog ni yang boleh jana pendapatan secara online ni, korang akan hadapi 3 langkah asas ni iaitu:

Cara Buat Blog Dapat Duit #1 

Buat Blog

Mula-mula memang korang nak tak nak kenalah belajar sedikit cara nak buat blog ni.

Kalau blog profduit ni kami hanya gunakan blogspot, dan beli domain dari Godaddy.

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Asalnya blog ni bernama profduit.blogspot.com, tapi kami spend sikit dalam RM50 untuk dapat nama profduit.com.

So, korang pun akan nampak blog ni professional!

Ini penting, sebab ini adalah bisnes korang, kami sarankan korang pilih domain yang ada 2 perkataan ni.

Dan nampak kan korang ni macam sifu topik yang korang nak tulis.

Contohnya:

Juarapubg.com

Sifumasak.com

Queenscuba.com

Golfmaster.com

Haa! Korang akan nampakkan yang korang macam authority dalam niche tu. Dan mudah orang nak follow nasihat korang.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Ini permulaan, mulakan dengan beli hosting berbayar terus ya.

Jangan guna free blogspot je, at least letak nama domain yang cantik sikit.

Cara Buat Blog Dapat Duit #2 

Cari Trafik

Dah ada domain cantik, korang kena setkan sikit supaya blog korang nampak functional.

Tak payah pink-pink colour2 sangat bagai!

Asalkan korang dah setup sikit nama blog, dan susun sikit sidebar tu, dah cukup!

Korang kena fokus menulis!

Bab ni paling penting dalam blogging. Penulisan yang banyak akan beri korang trafik yang banyak.

Kalau macam kami, kami suka guna bahasa santai macam ni, sebab senang kami nak bebel panjang-panjang. Kalau nak bahasa skema, kami tak larat nak tulis, nak betulkan grammar dan lain-lain.

Korang guna bahasa pasar pun boleh.

Berapa banyak blog post korang kena tulis ya?

Ini kami ada jawapannya. Korang ikut sahaja step kami ni ya.

Kami setkan sebulan pertama untuk tulis 1 artikel setiap hari.

1 artikel tu panjangnya 1500-2000 patah perkataan. Dan kami akan publish setiap hari selama sebulan yang pertama.

Ini akan beri Google sedikit signal yang anda adalah blogger yang bukan calang-calang.

Lepas tu korang beri masa untuk content korang tu rangup di search engine!

Biarkan selama 6 ke 12 bulan untuk dapat ranking. Katalah korang start blogging dan tulis 30 artikel pertama tu pada bulan januari, bulan januari sampai bulan jun korang boleh expect 0 pelawat!

Bulan julai 50 pelawat sebulan, Ogos 400 pelawat sebulan dan September, korang boleh jangka dapat 1000+ pelawat sebulan!

Ya, Google ada buat sedikit 'user testing' untuk tahu artikel korang tu layak duduk di rank yang ke berapa di Google. Dan Google akan ambil masa lebih kurang 8 bulan untuk dapatkan data yang tepat.

So, korang teruskan menulis, teruskan tambah ilmu dan sharing di blog tu.

Konsisten ni penting, sebab tu korang kena blog benda yang korang minat, kalau tak, korang akan berhenti sekerat jalan.

Pastikan content yang korang tulis tu menjawab pertanyaan orang yang tengah cari info tu di  Google.

Bayangkan korang tengah taip 'Cara masak kari', dan jumpa pulak artikel 'Teknik masak kari ala chef eropah'.

Dan korang pergi ke blog tu, korang dapat tips-tips nak sediakan bahan, apa kena buat, apa tak boleh buat, cara nak masak dengan sedap, apa beza ala kampung dengan ala eropah.

Senang kata, tips korang memang lengkap lah!

So, pelawat blog korang akan baca sampai habis, lepas tu share artikel tu, klik link lain dekat blog korang, lepas tu mereka baca banyak artikel dalam blog tu. Lepas tu, mereka tak patah balik ke Google untuk pergi website yang lain! Itu adalah signal pada Google yang blog korang tu bagus, dan Google akan beri ranking yang tinggi!

Inilah rahsia nak dapat trafik percuma, targetted, dan konsisten untuk jangka masa yang lama.

Kalau korang dah ada di top ranking Google menggunakan cara organik ni, trafik korang tu akan tahan lama dan untuk korang jatuh rank, perlu ada blogger lain yang boleh tulis content lebih bagus dari korang punya.

Ha! ini memang bagus trik ni, katalah korang nampak 1st result google tu artikelnya bawah 1000 patah perkataan, itu tandanya search result tu lemah.

Dan katalah korang ada buat artikel yang bagus, panjang pulak tu, dalam 2000 patah perkataan. Cuba korang bayangkan!

Betapa susahnya ranking korang nak jatuh, sape blogger lain yang nak tulis panjang macam korang tulis haha.

Inilah rahsia kami di blog Prof Duit ni.

Kami tengok artikel kami paling panjang dan kami berikan content yang terbaik, so susah blogger lain nak kalahkan content yang kami tulis, macam artikel yang korang baca ni!

Cara Buat Blog Dapat Duit #3 

Buat Duit

Haa, part ni paling best! masa untuk buat duit!

Ini pun kalau korang dah gunakan cara organik tadi tarik trafik yang tinggi ke blog.

Baru korang boleh fikir cara nak buat duit, bahasa mat salleh nya 'monetization'. Kalau trafik korang baru 100 pageview sebulan, korang lupakan lah dulu hasrat nak monetize ye.

Kalau dah cecah 1000 pageview sebulan, baru korang apply cara buat duit dari blog ni ya. Bukan apa, bukan nak rendah-rendah kan korang punya blog tu, cuma kami nak cakap yang korang punya blog tu masih kurang content.

Korang daripada spend masa untuk monetize blog yang hanya 100 view sebulan, lebih baik korang gunakan masa tu untuk menulis lebih banyak content.

Lagi banyak content, lagi banyaklah trafik.

Ada satu research di oversea kan, dia buat hubungkait antara bilangan blog post dan juga income yang boleh dibuat secara purata.

So, hasilnya begini.

Kalau korang dah tulis 10 artikel blog, biar 8 bulan, korang akan boleh buat RM0 sebulan.

Kalau korang dah tulis 100 artikel blog, biar 8 bulan, korang akan boleh buat RM2,700 sebulan.

Kalau korang dah tulis 500 artikel blog, biar 8 bulan, korang akan boleh buat RM7,800 sebulan!

Not bad lah kan, ingat! Lepas korang cecah 500 artikel tu, trafik korang susah nak jatuh balik. Sebab korang guna teknik tarik trafik yang kami ajar tadi.

Content is always king! Korang tak perlu buat backlink untuk blog korang.

Cuba bayangkan korang ada 50,000 pageview sebulan. Blog korang pasal 'Cara Kuruskan Badan'.

Orang yang datang dekat blog korang pulak, orang yang Google "Cara nak kurus badan dengan cepat".

Dan korang ada selitkan ebook "Teknik pecut kurus dalam seminggu". Lepas tu korang ada jual ubat kurus "Slim Pecut".

Haa bayangkan conversion rate yang korang dapat dari 50000 pageview sebulan tu!

Kami kerat jari lah kalau korang tak boleh buat RM1,000 sebulan kan.

Sebenarnya ada 3 cara utama untuk buat duit dari blog ni. Disclaimer ya: Blog yang trafik tinggi dan targetted.

Cara #1 Ads 

Guna saja iklan Adsense, Nuffnang (zaman ni tak payah guna nuffnang dah), Ad network dan macam-macam lagi. 

Boleh juga offer servis pengiklanan (letak contact detail dekat blog untuk dapatkan orang yang nak iklan di blog anda).

Cara #2 Link Affiliate 

Joinlah affiliate network macam KlikJer, Involve Asia, Clickbank, JVzoo, Click Funnel, Aweber, Getresponse dan macam-macam lagi. 

Kalau affiliate ni, pilih yang ada recurring payment, korang kerja sekali, dan setiap kali orang renew subscription, korang akan masih dapat bayaran!

Cara #3 Jual produk sendiri 

Ini teknik advance dan PALING BESAR DUIT nya! Cara jual produk sendiri ni, selalu orang akan jual online course, servis yang mahal, private consultancy, produk digital yang harga RM2,000 ke, dan macam-macam lagi. 

Kalau korang mula blogging, ini adalah langkah ultimate yang korang kena fikir bila dah sampai tahap monetization ni.

Haa, banyakkan cara nak buat duit dari blog ni, tapi korang kena mulakan satu persatu, mulakan dengan buat blog, setup cantik-cantik, dan paling penting korang kena bina content, buat sampai 100 ke 500 post yang panjangnya 1500 hingga 2000 patah perkataan.

Dan bila dah sampai level tu, biar artikel tu masak di internet selama 6 ke 12 bulan, dan korang akan boleh monetize dengan mudah sebab korang dah ada trafik yang sangat targetted dan banyak!

Akhir Kata

Kami doakan korang kaya dan berjaya dengan tips cara buat blog dapat duit yang kami sajikan ni.

Kami harap sangat korang boleh share artikel ni, dan silalah baca info-info kami yang tiptop di artikel yang lain, ada dekat sebelah kanan sidebar blog ni.

Kalau korang dah pernah buat blog dan sudah ada beberapa artikel, minta korang komen di bawah ni, dengan bilangan artikel yang korang ada dalam blog tu.

Mudah-mudahan cara buat blog dapat duit ni dapat bantu korang dan sesiapa sahaja yang baca disebabkan korang share ya.

Good Luck!



No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...