Thursday 28 January 2021

Macam Mana Nak Jadi Kaya Tanpa Modal - RM3500+ Sebulan

 Korang tengah terfikir cara nak jadi kaya tanpa keluarkan modal?

Kami straight to the point ye, dalam entri ni kami nak share kat korang cara korang boleh kaya tanpa keluarkan modal besar, eh silap tanpa modal!

Ya 1 sen pun korang tak perlu kerluakan kalau korang ikut tips dalam entri ni.

Okay, bila cakap pasal tanpa modal, kami anggap korang dah ada handphone atau laptop!



Ya, kalau korang takde ni, agak susahlah, kalau korang ada laptop murah, pun takpe, korang boleh kaya juga.

Okay, cara kami nak share ni adalah cara buat duit online.

So, kalau korang ada handphone dan laptop, korang dah tak perlu keluarkan duit dan kos untuk jadi kaya dah. Korang boleh mula apply tips dalam entri ni.

Macam Mana Nak Jadi Kaya Tanpa Modal #1

Buat Blog

Ini cara paling popular dan masih berkesan sampai sekarang. Korang mula tulis artikel setiap hari selama setahun.

Setiap artikel tu, tulis 1500 hingga 2000 patah perkataan. Beri info sehabis baik, katalah korang tulis tips basuh kereta.

Pastikan pelawat yang datang blog korang tu akan dapat jawapan cara basuh kereta lepas baca entri tu.

Kalau korang menjawab pertanyaan orang yang Google, nanti Google akan rank blog anda di ranking yang tinggi!

1 artikel 1 hari, selama 1 bulan korang dah ada 30 artikel. Selepas setahun korang dah ada 300+ artikel!

Lepas 10 bulan baru artikel-artikel tu akan di rank di Google dengan rank yang tinggi. Google ambil masa 6 ke 12 bulan untuk buat 'user testing' kat mana nak rank artikel korang tu.

Lepas setahun trafik korang boleh dapat minimum 10,000 pageviews dengan 300+ artikel!

Kami kerat jari lah kalau korang tak boleh buat duit dengan artikel banyak tu, dan panjang begitu.

Letak sahaja Google Adsense, selitkan link affiliate dalam blog post macam Klikjer, Involve Asia, Affiliate Lazada, Clickbank, Clickfunnel, Getresponse.

Haa, kalau nak duit banyak, buat servis dan promote di blog, tulis ebook sendiri dan jual di blog dan banyak lagi.

Korang boleh jana pendapatan sehingga RM1,500 hingga RM 4,000 sebulan dengan artikel sebanyak tu selepas setahun.

Amacam? dah jadi kaya tanpa modal belum? Kalau belum, korang buat juga cara ke-2 ni.

Macam Mana Nak Jadi Kaya Tanpa Modal #2

Mula Youtube Channel

Haa, ni pun sama, tak perlukan modal juga. 

Korang rakam sahaja video korang pergi scuba diving ke, korang susun-susun kotak mancis dan bakar, atau korang pergi sepak anjing dan rakam video korang kena kejar anjing hahaha. (Jangan buat pulak, gurau je.)

Kami beri sikit idea, tapi kalau korang ada anak, boleh rakam video mereka main mainan, rakam mereka mengaji dan sebagainya.

Seminggu korang upload 2 video. Konsisten selama setahun, dan youtube akan tapis orang yang betul-betul Vlogger dan bukan Vlogger, mereka beri masa setahun untuk recommend channel youtube korang tu.

Ingat, algorithm Youtube ni, akan promote dan beri banyak views pada video yang watch time tinggi! kalau orang suka klik video korang masa tengok thumbnail tu (clickthrough rate tinggi) dan mereka tengok video korang sampai habis (watch time dan retention time tinggi), lepas tengok tu, diorang komen, like dan subscribe pulak tu (engagement rate tinggi), memang youtube akan beri korang banyak views!

Kalau macam kami, ada pensyarah kami masa di universiti dulu, share info pasal kereta. Dia dah lah dapat PHD dalam turbocharger, cerita pulak pasal kereta kan, memang virallah youtube channel dia.

Lepas tu korang dah dapat trafik banyak, pergi join Youtube Partner Program dan letak iklan Adsense juga.

Kalau nak lagi banyak duit, selit link affiliate di description video tu, kalau nak lagi masyuk, jual produk sendiri, buat online course ke (online course ni kami tak suggest sangat sebab nanti korang jadi sifu jadian!)

Tapi online course lah paling banyak duitnya kalau korang nak monetize channel tu.

Selepas setahun korang boleh jana pendapatan RM1,300 hingga RM8,000 dengan Youtube!

Setiap 1000 views, secara purata korang dapat buat $4 atau RM12!

Haa, tak de modal kan tips kali ni, dah kaya tanpa modal belum? Kalau belum, buat tips ke-3 ni pula.

Macam Mana Nak Jadi Kaya Tanpa Modal #3

Jual barang di Marketplace

Haa, ni lubuk cepat dapat duit, kalau blogging dengan youtube tadi, korang kena tunggu setahun dapat hasil kan, kalau korang jual di marketplace ni, korang boleh dapat duit dalam sehari dua je.

Tapi teknik ni tak berapa automatik, yang blogging dan youtube tadi betul-betul pasif income.

Takpelah, member Prof Duit ada yang buat RM40,000 setahun dengan teknik ni. Dapat juga dalam RM3,300 sebulan kan.

Korang pergi join group "Kami geng Penang", "Kami anak mami", "Penduduk Penang".

Lepas request nak join tu, admin dah approve, korang pergi buat listing di marketplace dan jual barang second hand korang.

Barang yang korang dah ada kat rumah tu je, macam TV, peti ais, mesin basuh.

Katalah korang beli RM300, korang jual RM350, dan kalau orang nak beli korang pergi hantar buat COD!

Kalau korang nak travel ke Melaka ke, korang on listing tu dekat group penduduk melaka, nanti korang layan-layan PM customer tu dan close deal.

So, korang travel free pergi melaka, tapi bawak lah periuk nasi korang nak jual tu.

Member saya jual Bosch Drill, kami di Prof Duit pula, jual tilam angin!

Kalau tak de orang beli korang markup harga tadi jadi RM370, buat listing lain pula, nanti orang tengok eh mahal lah, ada listing murah RM350, so mereka akan beli juga dari korang!

Kalau orang dah beli barang korang tu, korang beli lah semula di kedai. Untung dapat atas angin RM50, lepas tu korang dapat TV baru pulak tu.

Ulang-ulang gitu je, Cash tu korang dapat dulu dan rolling sahaja modal tu. Kalau tak de orang beli, korang guna lah barang tu, tak rugi pun kan? Bijak tak Prof Duit ni.

Sebulan dah boleh dapat RM3,300 macam member saya tadi kan, dah kaya tanpa modal belum? Kalau belum jom Prof Duit share tips seterusnya, tips ke-4.

Macam Mana Nak Jadi Kaya Tanpa Modal #4

Kumpul followers di Instagram

Haa, ni best, tapi agak manual, korang pergi Follow orang lain banyak-banyak.

Nanti 50% orang akan follow balik page korang tu. So korang Unfollow mereka. Dan terus ulang.

Benda ni free je. Perlukan masa korang. Letak link korang nak jual tu di Bio IG korang.

Kumpul followers sampai 100k ke 200k ke. Dalam setahun korang dah boleh dapat banyak tu.

Nanti kalau followers korang ramai, akan ada company nak buat bisnes, mereka akan minta anda buat paid post.

Kalau blogger macam cikepal tu, dapat RM50,000 sebulan dengan teknik ni.

Tapi korang kena ada sedikit keunikan kalau nak orang follow korang balik.

Contohnya korang dalam niche kuruskan badan, apa benda unik korang nak dapat ye?

Kami beri contoh, korang buat larian 100,000km dalam setahun, letak pasal larian 100k km setahun tu di Bio korang. nanti orang tengok, wow best ni nak follow cerita korang.

Nak lari banyak tu, korang kena lari betul tau, baru audiens korang dapat feel yang korang ni bukan main-main dan betul-betul enjoy follow IG korang. Rajin post video ke gambar ke journey korang tu.

Nanti dah ramai followers senang buat duit guys!

Kalau korang nak shortcut cara bina bisnes dengan IG, kami sangat sarankan korang baca ebook ni.

Ia dah bantu ramai pembaca kami yang nak buat duit ribu-ribu dengan Instagram.

Korang boleh jana sampai RM8,000+ sebulan kalau korang betul-betul buat apa yang ebook ni ajar dengan betul.

Klik link banner kat bawah ni untuk order.

Akhir Kata

Senang je kalau korang tahu caranya. Ada banyak lagi cara macam mana nak jadi kaya tanpa modal ni, korang boleh baca entri kami yang lain. Pergi tengok sidebar kanan blog Prof Duit ni dan link dekat bawah ni.

Next time, kami nak share artikel pasal bisnes tanpa modal, bisnes dari rumah tanpa modal, berniaga tanpa modal, macam mana nak jadi blogger, perniagaan dropship tanpa modal, macam mana nak buat marketing online, buat bisnes online dari rumah dan lubuk duit tanpa modal.

Stay Tuned!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT