Saturday 30 January 2021

Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal - RM200 Sehari

Korang tahu tak yang ada banyak cara korang boleh buat duit dengan handphone ni.

Lagi-lagi zaman internet ni, korang boleh buat duit dengan handphone tanpa perlukan apa-apa modal pun.

Korang kena tahu beberapa teknik dan cara yang betul untuk buat duit dengan smartphone korang tu.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Jom, kami tunjuk cara macam mana korang boleh buat duit dengan handphone tanpa modal sebanyak RM200 sehari!



Kalau korang suka tips dari kami ni, apa kata korang baca artikel kami yang lain juga, komen di bawah post ni dan share lah artikel kami di Facebook dan media sosial.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Cara buat duit online yang kami nak ajar ni semuanya bukan short term punya buat duit tau, kalau korang berjaya buat RM200 sehari tu, maknanya korang dah boleh bina bisnes dan perniagaan yang long term.

Kami tak mahu anda buat paid survey, download app yang kena klik-klik iklan nak buat duit, atau join program yang buat duit tapi tak tahu duit tu datang dari mana.

Tips yang kami share ni semuanya berpotensi menjadi bisnes yang besar dan kalau korang bersungguh-sungguh boleh jadi fulltime income sehingga RM4,000+ sebulan. Ini bukan sembang, tapi betul!

Okay, jom Prof Duit ajar sikit cara nak buat duit dengan handphone tanpa modal. Baca sampai habis ya.

Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal #1

Menjual di Facebook Marketplace

Kalau korang nak tahu, menjual di Facebook Marketplace ni, senang sangat nak buat duit. Dan kalau korang cukup ilmu, tak perlukan modal pun!

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Mula-mula korang join group Facebook dekat tempat korang, katalah korang duduk Bangi.

Joinlah grup "Kami Geng Bangi", "Penduduk Bangi", "Ibu-ibu Bangi". Haa, korang carilah ye sendiri.

Lepas tu korang tunggu admin approve request korang tu, nanti korang kena jawab sikit soalan untuk admin tahu yang korang ni bukan spammer.

Dan korang jawab lah soalan tu, ia berkenaan dengan benda-benda di Bangi, kalau korang betul-betul duduk Bangi, mudah sahaja korang nak jawab soalan dan dapat approval.

Apa korang perlu buat? Korang pergi tengok apa barang-barang dekat rumah korang yang korang boleh jual!

Contohnya korang ada TV yang harganya RM350 masa korang beli, Korang pergi buat listing di Facebook Marketplace pasal TV tu, dan letak harga markup RM400. Eh lagi mahal? Ada orang nak beli ke?

Haa, kalau korang nak tahu, di Marketplace orang akan beli item yang mereka nak, tak kisah harga berapa. So kalau korang dapat PM dan mesej nanti, korang layan-layan sampai close deal.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Dan kalau dah jadi nak beli korang pergi buat COD. Lepas tu korang beli semula TV korang tu di mall, ke supermarket ke.

Haa, korang dah dapat untung RM50 dan TV baru, so nanti korang ulang-ulang sahaja proses ni dengan barang yang lain.

Katalah orang tak beli kalau korang letak RM400 tu, apa nak buat? Korang boleh buat listing baru, letak harga RM450 pula.

So, kalau ada orang beli untung lah, kalau tak ada akan ada customer yang nampak listing RM400 mula-mula tu murah!

So, mereka akan lebih mudah beli yang RM400 tu. Tapi seller tu korang jugak. Haa, bijak tak Prof Duit.

Member kami dah buat RM40,000 setahun guna teknik ni. Dia jual Bosch Drill, kami di Prof Duit pula jual tilam angin! SHHHHHH! Kantoi pula.

Bayangkan dengan 1 listing sahaja, boleh buat profit sampai RM40,000 dalam masa setahun! Kalau korang punya listing baru dapat 10 views pun dah boleh ada sale, sebab trafik di Facebook Marketplace ni tersangatlah targetted!

Haa, korang memang mampu bina bisnes sampai RM200 sehari dengan teknik ni. Dah kaya belum? Kalau belum, jom sambung teknik ke-2 pula!

Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal #2

Mulakan Youtube Channel

Mulakan bisnes dengan Youtube akan ambil masa dalam setahun nak nampak hasil, tapi ia bisnes yang fully automated dan sangat boleh sustain dengan sendirinya.

Katalah korang dah berjaya dapat 1000 subscriber dan 4000 watch time dalam setahun, Youtube akan beri korang peluang beriklan dengan Google Adsense.

Korang kena konsisten upload 2 video seminggu selama setahun! Buat video yang panjangnya dalam 10 minit kalau korang bercakap, dan 1 jam kalau korang tak tunjuk muka.

Contohnya, ada banyak cara nak buat video yang tak tunjuk muka tau! Korang buat channel Youtube berkenaan "Top 10 fastest train", "Best Laptop for Student", "Top 5 Inventions of all time".

Haa semua niche ni korang boleh dapat banyak view. Ataupun korang buat video tutorial di PC dan laptop, so korang tak perlu tunjuk muka pun, hanya cakap belakang tabir je.

Pensyarah saya dulu ada buat youtube channel berkenaan kereta. Dia dah lah dapat PHD dalam turbocharger, buat pulak youtube channel pasal kereta kan, memang virallah youtube channel dia.

So, kalau korang konsisten, korang boleh dapat jana duit dengan youtube tanpa modal, hanya rakam guna smartphone atau laptop korang je.

Kalau korang kaki masak, apa kata rakam video korang masak, dan edit dalam phone, upload dekat youtube. Sangat mudah guys nak buat duit zaman sekarang ni, tak perlukan modal se sen pun!

Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal #3

Trade Forex dan Saham

Kalau korang ada modal sikit, korang boleh trade forex dan saham, kalau saham korang perlukan modal dalam RM1,000 baru boleh sedap nak main saham.

Kalau forex pula, korang perlukan modal dalam RM100 sahaja! Dan disebabkan entri ni kami nak kasi tips buat duit dengan handphone tanpa modal, kami nak share cara korang boleh buat duit dengan forex market tanpa modal!

Ya, korang perlu menggunakan teknik Sign Up Bonus! Contohnya kalau korang pergi daftar akaun forex dengan broker bertauliah macam XM, korang akan dapat free USD30 bonus ketika daftar. Bersamaan RM120+.

Haa, korang gunakan modal ni untuk trade! Tapi modal asal USD30 tak boleh dikeluarkan. Katalah korang profit USD70 lepas trade, dan korang boleh withdraw USD70!

So, korang dah untung RM280+ tanpa keluarkan sebarang modal! Tapi teknik ni one off payment sahaja tau. Kalau korang nak dapat bonus banyak kali, korang boleh try daftar banyak-banyak kali dekat forex broker yang berlainan.

Untuk cara trading pula, kalau korang belajar dari sifu-sifu forex, mereka semua akan suruh korang kecilkan Stop Loss (SL) dan besarkan Take Profit (TP) kan.

Tapi korang kena tahu yang teknik ni akan rendahkan win rate korang, katalah korang buat 1:5 ratio SL dan TP, korang ada kebarangkalian untuk menang bawah 10%!

So, kami di Prof Duit nak ajar teknik rahsia yang mana kami dah jana 65% profit dari modal asal dalam 5 bulan dengan cara yang paling selamat.

Teknik ni kami namakan teknik naikkan balance! Apa teknik naikkan balance ni?

Korang tak payah letak stop loss dan take profit, buka lot paling kecil korang boleh buka, dan buat seberapa banyak trade yang boleh.

Kalau merah korang jangan close trade biar sahaja sampai biru, kalau dah biru korang baru close trade. korang boleh dapat winrate 95% ke atas dengan teknik ni. dan korang boleh grow kan akaun korang tu sampai beratus kali ganda!

Kami yakin korang mampu bina bisnes yang mantap dengan instrumen forex dan saham ni, RM200 sehari tidak mustahil kalau korang dah mahir trade nanti.

Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal #4

Kumpul Followers Instagram

Yang ni, semua tahu kan, korang hanya perlu follow dan unfollow sahaja IG orang lain, nanti 50% dari orang yang korang follow tu akan follow korang balik.

So, sentiasa follow orang untuk naikkan followers korang. Kalau korang dah ada 10k followers di IG, korang akan nampak akan ada pemilik bisnes yang akan hubungi korang. Untuk buat paid post.

Pastikan korang jadikan page korang tu macam menarik untuk orang follow balik, beri tips berguna ke, beri content post yang bagus ke, nanti akan ramai yang nak follow balik.

Kalau korang perasan, banyak sangat page di IG yang jana puluhan ribu sebulan hanya kumpul followers dan buat paid post.

Macam Nora Danish tu kan, RM2,000 sekali post di IG, hanya sekeping gambar dan boleh dapat banyak tu!

Tapi korang kena dapat 10k followers ke atas baru sedap nak henjut harga.

Kami beri tips sikit, katalah korang dalam niche kuruskan berat badan, korang buat page IG berkaitan journey korang buat larian 100,000km dalam masa setahun!

Haa, benda macam tu akan jadi viral, akan buatkan orang rasa nak follow balik korang, dari rate 50% orang yang follow balik tadi, boleh jadi 80% ke atas tau!

So, cari satu benda yang unik supaya orang rasa nak follow balik dan rasa rugi kalau tak follow semula.

Macam kami di Prof Duit ni, kami beri tips yang berharga cara buat duit online, dan kami ajar korang free.

So, IG kami akan berkaitan cara buat duit online juga, tapi apa uniknya kami ni, kami buat infografik tentang best quotes dan tips-tips padu berkaitan cara buat duit di internet.

So, orang yang tak follow kami di IG akan rasa rugi tak follow kami semula. hehe

Akhir Kata

Sebenarnya, kalau korang tahu cara yang betul dan ada strategi, korang akan mudah sahaja buat duit dengan handphone tanpa modal, dan untuk korang buat RM200 sehari tu akan ambil masa tak sampai setahun pun!

Next time kami nak share pasal buat duit dengan handphone tanpa modal, aplikasi buat duit tanpa modal, cara buat duit tanpa modal, main game dapat duit cash, buat duit dengan smartphone, buat duit dengan menonton video, buat duit dengan youtube dan buat duit dengan paypal.

Korang boleh komen di bawah apa korang rasa pasal tips ni, share artikel ni dan baca artikel kami yang lain juga ya. Good luck dan selamat berjaya dan kaya!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT