Sunday 17 January 2021

Cara Jual Barang Di Shopee - Newbie Buat Duit RM423 Sehari!

Tengah cari cara jual barang di shopee ke?

Kami nak share kat korang cara macam mana korang boleh jual barang di Shopee dan dapat income beratus-ratus ringgit sehari!

Post ni, adalah hasil kami buat bisnes shopee ni dalam 4 bulan, so kami ni masih kategori newbie.

Newbie dengan shopee store baru pun boleh buat duit, kami rasa korang pun boleh dapat result yang sama!

Baca : App Buat Duit Dalam 24 Jam - App Ni Paling Senang Buat Duit

Kalau korang tengok, berapa ramai orang yang pernah beli barang di Shopee. Cek orang sekeliling korang.



Kami yakin, boleh kata semua yang korang kenal mesti tahu apa shopee kan.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Kami ada sajikan banyak artikel dalam blog ni, untuk ajar korang cara buat duit online.

Tapi kami rasakan kalau korang nak duit cepat, sehingga RM3049+ sebulan, kami sangat sarankan anda mula bisnes di shopee.

Jual barang yang orang lain jual, pun dah boleh buat duit masyuk!!

Baca : (Menjadi) Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 Yang Betul

Eh tak percaya ke kami dah buat profit sampai RM400+ sehari? Ulang balik ya, profit tau!

Bukan macam orang lain, tunjuk sales, kami hanya tunjuk profit! Buat apa sales RM500 kalau untung RM10 kan?


Siapa tak percara juga, mak ko ijo.

So, dalam kes kami ni, kami nak share data kami, kami dah pun buat profit bersih sehingga RM423.55 dalam sehari! Bersamaan purata RM3000+ sebulan!

Ini data real, dari excell kami, kami tak nak kedekut nak share.

Dan artikel ni kami nak korang dapat something lepas baca cara jual barang di shopee dengan teknik yang betul, supaya korang pun boleh dapat RM100+ sehari menjual di shopee ni.

Baca : Duit Banyak? (Menjadi)  Strategi Orang Kaya Buat Duit Banyak

Cara Jual Barang Di Shopee #1

Daftar akaun Shopee

Yang ni kalau nak tutorial juga, malas kami nak ajar ya. Kalau korang serius ada effort nak jana pendapatan sampai ribuan ringgit sebulan, sila belajar sendiri cara nak daftar akaun ya.

Tak kan semua nak spoon feeding. Tak boleh semua nak disuap, anda kan usahawan. Kalau usahawan jumpa 10 masalah dalam bisnes, dia akan cari 20 cara nak selesaikan masalah tu.

So, daftar akaun ni, kami minta anda buat sendiri, ya bukan susah pun!

Cara Jual Barang Di Shopee #2 

Cari Produk Dan Supplier Yang Hot Dengan Rating Baik

Dalam bab ni, korang perlu tahu benda sikit, shopee ni kalau korang buat dropship tanpa modal, korang boleh buat dropship dari shopee ke shopee!

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Ya, markup sahaja harga barang tu dalam RM10 ke RM30, nanti kalau ada order, korang orderlah semula dengan supplier tu.

Kami beri contoh, cuba korang taip baju tidur budak. Ini keluarkan.


Korang pergi tick option 'Local' dekat sebelah kiri tu, dan klik pada 'Top Sales'.

Dengan cara ni, korang hanya sort untuk cari supplier yang dari malaysia, dan ada barang ready stock. So, bila korang order dari mereka, item korang boleh sampai dalam 2-3 hari sahaja.

Korang tengok 3 supplier yang kami tunjuk tu, haa itulah contoh supplier yang bagus!

Local seller, dan rating 4.8 ke atas! Ini akan membolehkan korang dapat rating yang bagus juga dari shopee, so makin banyak korang jual, makin tinggi social proof, dapat rating, customer pun suka! Anda pun masyukkkk.

Korang set masa sehari pukul 8 pagi sebelum pergi kerja tu, korang fill in order dari customer.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Sebelum korang jadi dropshipper (yang jual balik barang supplier tu), korang pergi tanya supplier tu boleh tak buat dropship, kebanyakan mereka akan beri izin, sebab ianya win-win situation.

Korang buat duit, supplier pun buat duit!

Cara Jual Barang Di Shopee #3

Upload produk

Lepas korang dah jumpa supplier tu, korang boleh mula upload produk. Untuk upload ni, kami sangat sarankan korang guna PC, kalau guna handphone, nanti kelabu masa depan korang.

Ini cara tingkatkan conversion rate bagi korang yang ada shopee store baru!

Katalah korang minat nak jual baju budak ni kan.


Korang tengok 4 anak panah tu!

Perasan tak, mereka beri harga diskaun, shop vouchers, bundle deals, dan free shipping!

4 benda ni, kalau korang baru buka kedai, korang boleh set.

Tapi part yang kami garis tu, korang belum boleh nampak lagi, sebab 'Sold' korang pun masih takdekan.

So, untuk permulaan ni, korang setkan benda ni dulu.

Pergi dekat seller centre (atas kiri)


Lepas tu korang pergi dekat marketing centre dan setkan benda-benda tu semua, ia adalah promotion yang tingkatkan conversion rate produk korang tu.

Kalau customer tengok korang tak de sale lagi pun, tapi nampak promotion tu, mereka sejuk hati nak beli.


Lagi satu, kalau korang ni store yang baru, korang kena fokus pada benda ni juga. Yang kami bulat tu adalah part yang korang kena fokus.

Anda belum ada rating, jadi response rate, number of products, followers dan response time tu korang boleh naikkan walaupun belum ada sale!


Apa cara korang boleh buat untuk naikkan benda-benda ni? Kalau response rate tu, korang kena response semua PM customer dalam masa 12 jam. Produk tu korang upload seberapa banyak yang boleh.

Kami masa mula-mula dulu, kami memang setkan sehari upload 5 produk selama 30 hari.

So sebulan kami akan ada 150 produk dalam shopee store kami, kalau korang upload baju budak, upload at least 5 ke 10 produk yang dalam niche yang sama.

Kenapa? Sebab nanti korang boleh buat bundle deal, kalau customer korang datang store korang tengah cari baju budak, mereka akan berminat untuk beli baju budak yang lain.

Jangan korang buat bundle deal baju budak dengan chainsaw sudah lah!

Korang upload produk banyak-banyak ya kalau shopee store korang masih baru dan mentah.

Pergi dekat Add New Product.


Isilah semua details tu dan klik 'Next'

Nanti korang kena isi description, jenis item, gambar harga, shipping, dan macam-macam lagi.

So, korang completekan lah dulu benda tu semua ya.

Dekat sini kami nak beri tips penting berkenaan harga!

Korang dengar ni baik-baik, ini adalah cara anda nak jual barang di shopee dengan berkesan. Cara ni lah rahsia sebenar kami yang dah bantu kami jana ribuan ringgit setiap bulan.

Ok harga ni ada 2 strategi yang kami nak share!

Strategi harga berniaga di shopee #1

Korang jual lebih murah sikit dari supplier korang! Katalah baju tadi supplier korang jual RM10.92, korang jual lah RM9.95!

Eh rugi? Nanti dulu, selebihnya korang markup dekat shipping nanti. So supplier korang akan letak shipping dalam RM5.04, korang letak shipping RM9.90!

Haa dengan cara ni, korang dapat klik yang tinggi, sebab harga korang lebih murah, dan bila customer sampai pada chekout page, mereka malas dah nak tukar barang beli dengan supplier lain.

Mereka akan nampak alah, mahal RM2-3 je, order jelah! Dan kebanyakan mereka, tak perasan pun korang ada jual mahal sikit, sebab mereka tengok dan minat dengan baju tu.

Harga bukan masalah besar di sini, Tapi kalau korang boleh beri servis yang tip top itu lagi penting buat customer, sebab tu sangat penting korang reply semua PM dan reply secepat mungkin!

Teknik ni, korang tak boleh buat shopee ads ye! Nanti korang tak dapat balik modal kos iklan korang!

Ini boleh lah ambil untung RM1 hingga RM4 satu produk.

Jangan ambil untung banyak sangat, nanti tak de sale pula!

Kena ambil untung sikit-sikit sahaja tapi jualan banyak. Okay, jom kami ajar strategi kedua pula.

Strategi harga berniaga di shopee #2

Yang ni pula, paling buat untung dekat kami, kami akan markup baju tadi sampai RM20! Ya, jual sahaja baju budak yang harga RM10.95 tu dengan hanga RM29.95.

Pastikan korang letak nombor 2 dan 9 untuk nampakkan produk tu murah sikit. Ia dari segi psikologi akan menjadi nampakkan harga barang tu murah dan berbaloi.

So, masa korang upload produk tu, letak harga RM35 lah, dan beri diskaun sampai harganya jadi RM29.95.

Dengan cara ni, untung besar sikit, tapi korang susah dapat sale kalau tak buat ads.

Teknik ni korang kena tambahkan dengan iklan shopee berbayar. Jangan risau ya, dari pengalaman kami, setiap RM5 iklan tu berjalan kami boleh dapatkan 1 sale. So, korang boleh untung RM15 atas angin je.

Adakah teknik ni menindas customer? Tidak! Sebab kami buat iklan, dan kami tanggung kos iklan, dan juga kami dapati, ramai yang beri rating tinggi.

Ini maknanya customer sendiri puas hati. Asalkan korang pandai cari dan survey produk yang bawah harga market, korang boleh buat duit dengan win-win situation juga.

Customer happy, wallet anda happy, supplier pun happy. Semua dapat benefit.

Bayangkan di shopee ada kasut yang dijual pada harga RM10! Dekat pasar malam bundle pun kasut dijual pada harga RM50 hingga RM80 kan!

Haa, shopee ni banyak produk murah yang layak dijual pada harga mahal sikit tau!

Cara Jual Barang Di Shopee #4

Shopee Ads

Haa, ni lah lubuk duit sebenar, korang boleh pergi dekat shopee ads.


Apa korang perlu buat? kami akan share detail dalam ebook bisnes shopee.

Penat kami nak taip dalam ni nak ajar satu-satu, apa kata korang dapatkan panduan lengkap cara buat bisnes korang dari RM0 ke RM ribuan sebulan dalam masa beberapa bulan sahaja.

Tapi kami nak kasi tips free sikit kat korang. Kalau korang nak dapat kos RM5 macam yang kami selalu dapat tu untuk dapatkan 1 sale, korang kena gunakan maksimum bid RM0.07 untuk 'Search Ads' dan RM0.04 untuk 'Discovery Ads'.

Dan korang akan dapati ada limit pada berapa banyak iklan korang akan jalan sehari, so cara nak atasi masalah ni adalah dengan buat banyak produk dan jalan kan banyak ads!

Ya guys, buat cara ni, korang akan boleh scale kan bisnes korang sampai RM10,000+ sebulan!

Kami yakin korang boleh belajar secara detail dalam ebook bisnes shopee ni.

Dulu kami macam korang juga, malas nak baca ebook, tapi lepas kami baca cara yang betul nak berniaga di shopee ni dan buat ribuan ringgit sebulan, kami berjaya capai target kami.

Kami dah mampu dapatkan income yang kami idamkan dengan bisnes shopee.

Korang boleh klik banner link ni untuk dapatkan ebook ni ya.

Support blog ni dengan beli ebook di link banner di bawah ni.

Akhir Kata

Harap korang boleh share post kami ni, tekan butang share tu, supaya rakan-rakan korang pun boleh dapat manfaatnya.

Kalau korang share benda bermanfaat ni, kami yakin berkat tu korang akan dapat juga. 

Harap korang boleh baca artikel kami yang lain di blog Prof Duit ni, dan tengok kat bahagian kanan sidebar tu, ada banyak artikel yang bagus untuk korang yang minat nak tahu cara buat duit online ni.

Good luck dan selamat mencuba!

Nanti next time kami cuba tulis artikel berkenaan cara jual barang dropship di shopee cara naikkan sale di shopee, cara berniaga di shopee tanpa modal, cara jual barang di shopee 2020, cara pos barang di shopee, pengalaman dropship di shopee, cara beli barang di shopee, cara jual barang preloved di shopee.

Stay tuned ya.



1 comment:

Kemy said...

Macam Mana Kita nk pastikan duit shipping dapat Kat Kita if supplier sendiri yg send items direct ke customer

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT