Friday 4 June 2021

(Menjadi) Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 Yang Betul

 Gaji rendah susah nak menyimpan betul tak?

Kalau korang ikut tips dalam entri kali ni, korang boleh simpan duit RM1000 tu.

Walaupun gaji kecil, tetap boleh simpan duit tau.

Korang hanya perlu beri masa setahun dah boleh ubah hidup korang.

Dalam post kali ni, kami nak ajar cara simpan duit yang betul.

Dan juga cara korang dapat income lebih dari gaji yang kecil tu.

Baca : Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran Otai Yang Menjadi

Okay, macam mana nak simpan duit gaji yang kecil ni?

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 #1

Simpan Dulu Baru Belanja

Ini namanya Pay Yourself First!

Orang kaya biasa guna teknik ni.

Jangan belanja dulu.

Sebab memang kering poket nanti.

Katalah 1 haribulan masuk gaji.

Ambil terus 10%!

Kalau tak mampu 5%.

RM100 atau RM50 pun dah ok.

Selagi mana korang tak mula simpan duit, selagi tu korang akan miskin.

Orang kaya simpan duit.

Tapi orang kaya simpan duit untuk pelaburan.

Letak je ASB.

Selamat.

Tapi tak dapat ubah hidup korang la.

Kalau savings dah ada dalam 500, mula letak RM100 di Forex ke.

Slow-slowkan grow akaun tu.

Kalau dah ada savings, selalu akan jadi chipsmore je savings tu kan.

Simpan 5 bulan, nanti emergency habis terus.

Tak apa, dari korang tak ada langsung.

Kalau korang ikut tips seterusnya, kami yakin selepas 5 bulan korang akan nampak hidup korang berubah.

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 #2

Jangan Belanja Lebih Dari Pendapatan

Katalah korang gaji RM10,000.

Tapi korang belanja RM10,001.

Bulan tu, korang miskin RM1.

Maknanya tak kiralah gaji berapa, korang kena belanja kurang dari income.

Walaupun gaji korang hanya RM1000, tapi kalau bulan tu, korang boleh simpan RM50, korang dah kaya RM50 pada bulan tu.

Buat benda ni berterusan dan korang akan bertambah kaya.

Memanglah gaji besar lagi senang nak simpan duit.

Tapi gaji kecil pun boleh simpan duit juga.

Okay, tips selepas ni paling penting.

Tips berikut akan mampu ubah nasib korang dari income RM1000 kepada income RM5000 insyaAllah.

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 #3

Mula Bisnes Tanpa Modal atau Side Hustle

Jangan simpan duit semata-mata!

Kalau nak ubah nasib kena mula bisnes.

Mula bisnes tanpa modal ni ada banyak.

Dan kebanyakannya online je.

Kami senaraikan side hustle yang korang boleh buat tanpa keluarkan modal.

kalau korang buat benda kat bawah ni, kami yakin korang tak perlu keluarkan modal, kalau ada pun modal sangat minima.

Dan potensi incomenya sangat tinggi.

Ini kami sembang berdasarkan pengalaman, bukan teori.

Ingat!

Kerja untuk hidup.

Sambil tu, ambil masa 1-2 jam sehari untuk bina bisnes.

Jangan 1-2 jam tu korang pergi buat overtime atau kerja tambahan!

Sebab, nanti korang akan ada ditakuk tu je.

Kena masuk quadran bisnes.

Supaya duit tu boleh bekerja ketika korang tidur, dan lagi lama masa berlalu, bisnes korang aka berkembang.

Kalau korang OT, korang tak kerja takdelah duit.

So, OT tak akan mampu ubah nasib korang.

Buat at least salah satu ni tau:

1. Blogging

Buat 1 artikel sehari, panjangnya 1500 patah perkataan.

Buat selama 2 bulan.

Lepas 8-10 bulan, blog korang akan dapat trafik yang banyak dari Google.

Asalkan korang buat artikel yang lebih berguna dari first search result di Google tu.

Mula guna blogspot je, percuma!

2. Mula Youtube channel

Buat 2 video seminggu.

Lepas 30+ video korang akan dapat trafik yang banyak.

Fokuskan pada orang suka klik thumbnail video korang tu.

Dan fikirkan cara nak mereka tengok video korang tu sampai habis.

3. Jadi Ejen Insurans

Call 25 orang sehari.

5 akan close untuk set appointment.

1 sale.

So, setiap hari dapat 1 sale pun dah ok sangat dah.

Ni takde modal okay.

Jangan beri alasan

Tebal muka sikit takpe, asalkan mampu ubah nasib untuk keluarga dan anak-anak.

4. Jadi Ejen Rumah

Yang ni, target jual 1 rumah sebulan je.

Korang promote je guna FB.

Sebab kengkawan ni senang percaya.

So, mudah close sale.

Lagi pun, member korang mesti akan cari juga kawan-kawan yang tahu pasal hartanah, jual beli rumah ni tau.

So, customer tu dah memang ada.

Nak jual rumah ni, selalunya korang kena jadikan diri korang tu expert di mata kawan-kawan korang.

Selalulah share pasal ilmu hartanah.

Tu je, lagi banyak korang share, lagi senang rakan anda percaya nak beli rumah dengan anda.

5. Buat Ecommerce

Yang ni, korang kena cari pasar online yang banyak trafik.

Kalau kat Malaysia ni, shopee la.

Kalau kat us Amazon.

haa, mulakan shopee store korang.

Upload 5 produk sehari selama 30 hari.

Dah ada 150 produk.

Buat iklan, letak bid paling rendah.

Produk banyak senang jalan iklan.

Kekadang takde orang iklan pada masa-masa tertentu, so korang jalankan iklan bid rendah je.

7 sen paling murah iklan shopee.

Kalau RM5 iklan jalan selalu dah ada 1 sale.

So, rolling je untung tu.

Markup dari seller shopee lain.

Minta izin dulu tau.

Buat bundle deal, buat diskaun.

Tu je.

Senang je bisnes shopee ni.

Kalau korang rajin sebab terdesak nak duit cepat. Upload 30 produk sehari!

Mesti dalam sebulan income korang boleh RM1,000 pada bulan ke-dua je!

6. Mula Trading Forex

Dah ada income tambahan, rolling untung tu.

Jadikan modal trading, untuk kembangkan capital yang ada.

Sebab forex ni boleh untung hari pertama.

Kalau korang buat shopee dah tambah income RM1,000 sebulan, korang dah boleh ambil RM200 sebulan untuk growkan modal tu.

Kalau taknak main forex dengan modal kecil ni, letak duit korang dekat ASB tabung haji dan juga bursa saham malaysia.

Yang penting, duit tambahan tu korang grow dulu, jangan habis guna.

Sebab korang nak cepat ubah nasib, kene labur semula untung korang buat bisnes ni.

7. Jadi Affiliate Marketer

Korang boleh letak link description dekat youtube video.

Boleh pula selitkan link menjual di blog korang tu.

Sebab tu korang kena ada medium yang bolehkan korang dapat trafik dulu.

So, kembangkan blog korang dan dapatkan trafik dulu.

Dah ada trafik yang tinggi, senang je nak buat duit.

Lepas setahun baru korang akan nampak hasil korang berblogging dan buat youtube channel tu.

Nanti dah ada trafik senang je, letak link dah boleh buat duit dah.

Promotelah website klikjer, clickbank, jvzoo, dan macam-macam lagi website affiliate yang boleh beri korang komisyen sedap.

8. Carikan Penyewa Untuk Tuan Rumah

Ini tak perlu modal ok.

Caranya senang je, deal dengan tuan rumah yang nak cari penyewa. 

Korang minta gambar atau video.

Upload je gambar tu dekat website mudah.my, propertyguru, brickz dan website-website hartanah yang lain.

So, korang ambil la untung RM100 satu rumah sebulan.

Kalau korang dapat sewakan 10 rumah dah dapat RM1,000 sebulan dalam poket.

Buat kerja sekali, tapi makan berkali-kali.

Akhir Kata

Nak menyimpan dengan income RM1000 tu agak mencabar.

Sebab tu korang kena tambah income dengan bisnes tanpa modal.

Ikut tips kami untuk buat duit online tanpa modal tu. InsyaAllah berubah hidup korang dalam masa kurang 1 tahun je.

Next time, kami nak share pasal cara orang kaya simpan duit, cara simpan duit rm500 sebulan, cara menyimpan duit gaji rm1200, cara menyimpan duit dengan bijak, cara kreatif simpan duit, cara simpan duit kahwin, cara menambah wang simpanan, cara simpan duit gaji 1200, cara simpan duit gaji 1000. cara simpan duit gaji, tips simpan duit gaji 1000, cara simpan duit gaji 900 dan cara jimat duit gaji.

Share artikel ni dan baca artikel kami yang lain juga ya.

Selamat mencuba!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT