Thursday 1 July 2021

Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran Otai Yang Menjadi

Korang nak cari pelanggan?

Senang je.

Kalau ikut tips dalam artikel kali ni, kami yakin...

Korang akan dapat tarik pelanggan yang beri korang duit...

Cepat beli produk korang.

Dan tak banyak songeh.

Sebab?

Strategi pemasaran yang kami nak share ni...

Strategi pemasaran dari otai..

Siapa otai tu?

Mestilah Prof Duit haha...

Bulan lepas je, income kami dah hampir 5 angka dari online bisnes ni..

Jom Prof Duit share cara pasarkan produk anda dan jana RATUSAN RINGGIT sehari!

Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran #1

Tarik Trafik Yang Berkualiti

Ini kami letak paling atas.

Sebab paling penting.

Kalau korang nak jual Al-Quran, boleh tak nak jual dengan yang bukan Islam?

Boleh tapi susah.

Cara nak tarik trafik berkualiti?

Tengok dulu channel dan platform anda.

Kalau korang nak jual bumper kereta.

Buka store online di Shopee atau Lazada.

Kalau guna facebook boleh.

Tapi susah sikit nak jual.

Sebab facebook orang ramai hanya window shopper.

Habis apa yang boleh jual kat facebook?

Facebook kalau korang boleh jual servis...

Memang laku keras.

Kalau korang buat ads, set targetting tu betul sikit.

Ok contoh:

Nak jual karipap...sesuai ke jual di facebook?

Jual lah di tepi jalan kan..

Platform kene betul.

Tapi ni contoh jauh sangat.

Jom buat sedikit latihan:

1. Nak jual susu besarkan anak

Jawapan: Jual ke ibu-ibu yang ada anak kecil.

2. Nak jual kelapa parut

Jawapan: Jual di pasar tani pagi-pagi, buka kedai offline je.

3. Nak jual lipstick merah meletop.

Jawapan: Jual pada orang yang suka makeup vouge. Jangan jual pada orang yang nak makeup tapi gaya muslimah (low profile).

4. Nak jual cara buat duit online.

Jawapan: buat blog, atau jual guna facebook ads, buat iklan. hantar ke landing page..dan promote ikut email.

5. Nak jual servis insuran.

Jawapan: Buat call pada semua contact korang. Lepas tu rajin buka mulut. Cari leads dari blog. Kumpul prospek dalam email, dan close dalam sesi 1 on 1.

Haa. Nampak tak..

Kalau targeting korang betul, korang tak perlu promote pun.

Hanya perlu cakap je yang korang jual produk.

Okay, kalau nak jual burger, macam mana korang nak jayakan kedai burger korang?

Perlu banner yang cantik ke?

Perlu masak betul-betul sedap ke?

Perlu ada lokasi yang bagus ke?

Kebanyakan newbie akan jawab begitu..

Tapi hakikatnya..

Nak jual burger, tipsnya adalah JUAL BURGER PADA ORANG YANG LAPAR.

Nampak tak, kalau targeting korang betul, tak payah menjual pun.

Orang lapar tu akan datang cari sendiri burger korang.

Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran #2

Produk yang Bagus pada Pelanggan Yang Lapar

Okay, kalau korang dapat pairkan 2 benda ni.

Memang senang sangat nak buat jualan!

Okay, apa maksud produk yang bagus ni?

Pertama sekali, produk tu kena related.

Tak boleh lah jual kayu golf pada scuba diver.

Tak boleh lah nak jual kayu snooker kepada market basketball.

Katalah korang ada 500 email list.

Dan takde jualan dari list tu...

Prof Duit yakin, mesti puncanya...

Salah satu dari benda ni.

Samada produk tak kena.

Atau pelanggan tu yang tak kena.

Kalau korang promote dekat 10 orang tapi takde sale tu.

Itu benda biasa.

Sales funnel nombor kena betul.

Tapi kalau dah promote ke 500 orang takde sale..

Tu korang yang SOMETHING WRONG.

Mesti salah satu ni tak kena.

PROSPEK ATAU PRODUK.

Jom buat latihan sikit.

1. Trafik orang nak buat duit macam blog Prof Duit ni.

Produk: Produk ebook buat duit, ebook bisnes ecommerce, ebook pelaburan saham dll.

(Nampak tak apa yang Prof Duit buat dekat blog ni).

2. Trafik orang yang suka makan.

Produk: Ubat tahan selera makan. Ubat kuruskan badan. Kursus memasak.

3. Trafik orang yang suka makeup.

Produk: Lipstik, Tudung, Handbag, Kasut Tumit dll.

4. Trafik orang yang suka main bola, contohnya kalau korang ada blog sukan ke, atau channel sukan.

Produk: But bola, tiket stadium, jersi bola, affiliate travel ke negara eropah.

Haa.

Mudah dan jelas.

Tapi masih ramai yang gagal benda ni.

Okay, kalau korang rasa susah nak cari identiti prospek, korang perlu buat latihan macam yang Prof ajar ni.

Baru korang akan nampak dan buka minda korang.

Tulis atas kertas.

Sebab kekadang kita terkeliru dengan trafik kita sendiri.

Pastikan produk dan trafik tu betul-betul matched!

Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran #3

Fokus Pada Membantu Bukan Menjual

Haa, ini pun ramai buat silap.

Korang ada ke nampak artikel kami di blog ni yang suruh korang beli, beli dan beli!

Takdekan?

So, fokus kami adalah bantu korang yang nak buat duit.

Fokus Prof Duit pada blog ni adalah nak jadikan korang lompat dari SEORANG PEKERJA kepada SEORANG USAHAWAN ONLINE.

So, kami tak suruh korang beli apa-apa.

Apa yang kami nak, korang betul-betul dapat manfaat dari artikel dan post kami.

Katalah korang dapat buat duit dari tips kami, kami sangat puas hati.

So, secara SAMPINGAN, kami offer beberapa produk yang boleh bantu korang.

So, kalau korang nak beli, beli lah dari link kami.

Kalau tak, kami tak paksa, sebab income kami dari bisnes pun dah cukup untuk kami berhenti kerja.

So, tak perlu lah kami nak duit korang.

Blog ni pun untuk suka-suka je.

Kami buat log untuk kami kumpul cara buat duit online.

Dan harapan kami,

Korang dapat tempias ilmu kewangan dan ilmu bisnes dari kami..

Lagi satu contoh, GOOGLE.

Korang google sebab korang nak beli ke?

Tak kan?

Korang Google sebab korang nak cari informasi.

Dan kalau korang dapat info yang korang nak, korang akan suka.

Dan kembali pada Google untuk cari barang.

Time tulah, Google akan selitkan iklan dia.

Dan kalau korang klik pada iklan tu, Google dapat duit, Pengiklan dapat jual barang mereka.

Korang pula dapat cari barang yang korang nak beli.

Haa, itulah bisnes model dari taiko besar Google.

Google hanya fokus beri content yang FREE dan BERGUNA.

Ini tipsnya.

Buat benda yang percuma dan ada manfaat pada orang lain.

So, trafik dan prospek tu akan datang sendiri.

Dan korang boleh menjual sebagai benda SAMPINGAN.

Lagi banyak duit korang boleh buat kalau amalkan tips ni.

Siap dapat pahala lagi.

Nak Tarik Pelanggan? Strategi Pemasaran #4

Nampakkan Value Produk

Tak semestinya potong harga.

Tapi korang cerita kelebihan produk + KAITANNYA DENGAN PEMBELI.

Orang tak beli sebab BENEFIT DAN FEATURES produk.

Orang beli SEBAB APA BENDA PRODUK TU BOLEH SELESAIKAN MASALAH DIORANG!

Kami di Prof Duit tak pernah jadi peminat potong harga ni.

Nabi pun suruh kita ambil untung.

Tapi cara nabi berniaga lagi lejen.

Nabi akan beri harga kos.

Ya!

Nabi jual barang pada harga kos.

Dan minta untung seberapa banyak yang pembeli sanggup.

So, pembeli suka.

Dan untung kita dapat berkat.

Tapi susah nak berniaga macam nabi ni.

Kena tawakkal tinggi.

Hasilnya?

Jualan nabi adalah paling tinggi berbanding peniaga lain.

Dan, kalau jual kurma ke roti ke, nabi akan lebihkan timbangan.

So, dah lah dapat harga kos, dapat lebih. Dan pembeli...

Tentukan harga sendiri!

Dengan cara ni, harga barang tu akan jadi terkawal.

Sebab ikut berapa pembeli sanggup.

Dan akan berlakulah SUPPLY AND DEMAND yang tiada penindasan.

Kalau kawasan korang niaga tu orang kaya, mereka akan sanggup bayar lebih.

Dan siap boleh dapat TIPS lagi..(Upah duit poket kalau seller tu bagus kan).

Akhir Kata

Share artikel ni.

Baca tips kami yang lain di artikel yang lain.

Lain kali, kami nak share pasal najib assadok, ayat menarik pelanggan, doa tarik pelanggan, cara menarik pelanggan agar membeli produk kita, momentum internet, cara promote barang, cara tarik pelanggan, cara marketing, strategi marketing, pengajian perniagaan, pemasaran, maksud pemasaran, rancangan pemasaran, sasaran pelanggan, strategi pemasaran perniagaan, cara menarik pelanggan agar membeli produk kita, maksud marketing, strategi perniagaan, cara promosi produk, cara promote barang, definisi pemasaran, kaedah pemasaran, nama kedai online yang menarik, pengajian perniagaan stpm, sasaran pasaran, strategi pemasaran produk, maksud syer pasaran, proses perniagaan dan contoh strategi pemasaran.

Selamat mencuba!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT