Saturday 31 July 2021

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar

Pernah terfikir tak?

Ada bisnes yang modal ciput.

Tapi untung banyak.

Kalau korang fikir nak bisnes dan korang terlintas...

JUAL NASI LEMAK

JUAL BURGER

BAWAK GRAB

BUAT FOODPANDA

hmm.

Bukan tak bagus.

Tapi bagi kami di Prof Duit,

Kami tak recommend.

Sebab?

Bisnes ni semua SUSAH UNTUK SCALE.

Apa maksudnya?

Kalau korang nak dapat banyak duit, korang makin BUSY.

Korang makin penat.

Dan paling tak best, korang kena tambah modal korang.

Korang perlukan model bisnes yang SCALABLE!

Sebab bisnes yang kami nak recommend semuanya sangat scalable.

Jom, kami ajar korang bisnes..

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #1

Dropship Shopeee

Kenapa kami suka shoppee?

Sebab kami mula acah-acah je..

Bulan pertama untung bersih RM250+

Bulan kedua untung bersih RM700+

Bulan ketiga untung bersih RM1500+

Sampai lah kami dapat RM6500+ sebulan pada bulan ke-5!

Tak percaya?

Nah screenshot bisnes kami...

Kami dah buat bisnes ni kami tahu.

Kami tak sembang kalau kami tak rasa susah payah bisnes ni.

Jom kami ajar korang bisnes shopee ni.

Apa kami buat?

Kami buat dropship shopee ke shopee!

Maknanya, kami hanya jual balik barang di shopee.

Kalau korang nak mula, set jadual korang..

Post 1 hari 5 produk.

Sebulan ada 150 produk.

Masa ni korang dah nampak dah sale korang naik.

Buat terus shopee ads, letak bid 7 sen per klik.

Kami dapat RM5 terus dapat sale.

Kalau facebook, korang perlu belai customer.

Perlu reply wasap.

Perlu reply komen.

Shopee tak payah!

Korang hanya tunggu order dan fill order customer je.

Sampai sekarang kami hanya perlukan 1 jam sehari je.

Untuk urusan bisnes shopee kami.

Pilih supplier yang rating 4.8 keatas.

Supplier local.

Dan reupload je produk tu.

Nanti kalau ada orang beli, korang order je dari supplier tu.

Buat BUNDLE DEAL.

Buat DISCOUNT.

Letak promotion free shipping.

Ikut je promotion yang supplier korang tu buat.

So, korang akan tumpang rating diorang. Dan senang dapat 4.8 rating store korang.

Kalau mula-mula tu.

Korang reply PM laju-laju,

Sebab, korang perlukan response rate yang tinggi untuk dapat social proof.

Customer akan nampak ni.

Kalau produk korang hanya 300+ kami yakin RM2000+ sebulan tu dalam tangan.

Apa lagi, mulalah berniaga shopee guys.

Kalau korang nak belajar step by step, kami suggest korang baca je ebook kat bawah ni.

Kami taknak korang sesat jalan.

Dulu kami pun dapatkan buku ni sebelum kami dapat roketkan sales kami.

So, step by step buku ni ajar.

Kalau korang nak rasa income masyuk macam kami, boleh order ebook tu kat banner bawah ni ya.


Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #2

Forex Trading

Kenapa kami suka main forex?

Sebab bisnes ni kalau akaun korang RM100..

Atau

Akaun korang RM10,000..

Effort korang untuk trading tu SAMA!

Korang hanya perlukan beberapa minit je analisis sehari.

Dan korang boleh buat return 10%-70% sebulan.

Tapi ada caranya.

Sebelum tu, korang kena belajar trading.

Tapi kami ada shortcut!

Korang hanya perlu ikut kami trade.

Kami analisis..

Kami trade, kami share setup trade kami.

Dan korang follow.

Korang buat duit.

Untung 100% korang punya.

So, ni adalah plan kami untuk jadikan korang kaya mengikut strategi forex trading kami.

Kalau korang trade ikut signal kami, kami yakin korang boleh konsisten profit.

Kami sangat sarankan korang mula trade forex.

Takut nak trade forex sebab takut haram?

Hukum forex ni halal tau...

Baca : Forex Halal Atau Haram? Ini Jawapannya..

Kami sangat sarankan korang mulakan bisnes forex ni.

Sebab korang hanya perlukan beberapa minit je sehari untuk trade, dan buat duit lebih RM1000 sebulan.

Yang bestnya, korang boleh buat duit dalam 24 jam pertama!

So, jom join group traders kami di bawah ni..

Baca : RM120 Dalam 24 Jam Tanpa Modal - Buat Duit Dengan Prof Duit

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #3

Mula Youtube Channel

Dulu kami pernah janji, kalau blog kami dapat RM1,000+ sebulan, kami nak mula youtube channel.

Kalau korang nak kami buat youtube channel, cuba komen "Prof please buat youtube channel" dekat ruang komen di bawah.

Okay..

Kenapa youtube ni best.

Korang perlukan hanya 2 video 1 minggu.

Konsisten selama 1 tahun je.

Dan korang dah boleh ubah nasib korang.

Maknanya, korang boleh jana lebih RM5,000+ sebulan dalam masa setahun.

Lagi berbaloi dari pelaburan hartanah tau haha.

Sebab, selalunya youtube akan nampakkan video korang kalau korang ada 30+ video.

Time tulah korang akan perasan channel korang akan start kick off.

Dapat trafik.

Dan korang hanya perlu selitkan Google adsense je.

Adsense ni cara paling senang buat duit dengan youtube.

1000 views korang boleh jana USD5 tau.

So, kalau video korang dapat 1,000,000 views, korang boleh dapat USD5,000.

Bersamaan RM20,000.

Kalau korang ada 100 video selepas setahun, tak mustahil korang boleh jana banyak ni.

Kami pun nak mula youtube channel kami tak lama lagi.

So, korang tunggu ya...

Bestnya youtube ni. setiap kali video youtube diupload, korang ada satu ruang iklan.

So, advertisers akan dapat kos iklan murah.

Makin ramai orang yang nak iklan di youtube.

Youtube pulak, korang boleh dapat "tempias trafik".

Iaitu kalau korang perasan, korang akan nampak banyak video yang viral yang youtube akan recommend suruh korang tengok.

Haa, peluang tu!

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #4

Blogging

Ini best.

Sangat pasif.

Kami dah lebih RM1,000+ sebulan dengan hanya tulis artikel blog.

Tak percaya?

Nah tengok google adsense report kami..

Kami tak sembang kalau tak buat ya :)

Oleh kerana kami dah lebih RM1k sebulan ni, kami akan mulakan youtube channel kami.

Nantikan ya...Jangan lupa subscribe nanti bila kami dah ada youtube channel!

Blogging ni boleh dapat USD15 untuk setiap 1000 views.

Lagi tinggi tau dari rate youtube.

Caranya, korang pergi buat 1 artikel 1 hari selama 30 hari.

Biar artikel tu rangup di Google selama 8 ke 12 bulan.

Google akan ambil masa buat user testing tau.

So tempoh 8 bulan+ tu adalah masa user testing.

Lepas tempoh tu, Google akan rank artikel korang dan letak ranking pada position tertinggi yang artikel tu mampu capai.

Cara nak dapat ranking tinggi di Google?

Senang je.

Cuba korang google artikel korang nak tulis.

Contohnya: "Cara Buat Karipap Pedas".

Korang pergi dekat result first google tu.

Website atas sekali.

Korang kene fikir "Boleh tak aku buat artikel yang lagi bagus dan lagi berguna dari website ni?"

Kalau korang rasa boleh, korang mula tulis.

Copy semua words dalam artikel tu. Dan paste di Microsoft word.

Buat artikel yang lagi BAGUS dan lagi PANJANG.

Kami yakin korang dapat ranking yang bagus selepas 8 bulan dari korang publish tu.

Kalau korang dah lama blogging lebih setahun.

2-3 bulan je dah dapat ranking yang terbaik artikel tu mampu capai.

Korang install KEYWORD SURFER di Chrome korang.

Nanti senang nak cari search volume untuk artikel tu.

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #5

Marketplace

Member kami ada jual Bosch Drill dan buat RM40,000+ setahun!

Caranya?

Pergi Marketplace, join group "Kami penduduk penang", "Geng Penang", "Kami sokong Penang FC".

Haa..

Dapat tangkap tak?

Lepas tu korang buat listing dekat marketplace..

Letak barang yang korang ada dekat rumah korang!

Letak periuk nasi, peti ais, TV, vacuum cleaner.

Kata korang beli RM150, korang letak RM180.

Markup sikit.

So, kalau ada orang beli korang buat COD.

Dan untung lah RM30.

Kalau takde orang beli?

Korang sambung pakai.

Dulu kami jual apa?

Kami jual tilam angin je...

Listing baru view dalam 10+ dah boleh ada sale guys!

Sangat targetted marketplace facebook ni.

Kalau orang dah beli korang nak guna apa?

Korang beli balik barang yang sama semula.

So, iklan tu akan jalan je, dan pusing-pusing modal je haha.

Bijak tak Prof?

Sebab tu dapat title Prof Duit haha.

Okay, katalah dah seminggu takde orang beli.

Nak padam ke iklan tu?

Tak payah tapi korang upload iklan lain yang harga lagi tinggi.

Letak RM195 pula.

So, orang akan nampak yang RM180 tu murah sikit.

Ha, so korang dah marketkan produk korang sendiri.

So, katalah korang nak pergi melaka, korang on kan listing ke melaka.

Macam yang member kami buat, dia travel FREE.

Sebab pergi sana sambil bawak bosch drill dia tu.

So, bawak lah 5 COD jap, dah dapat RM300-RM700.

Dapat travel free, dapat simpan duit poket.

Yang ni pun hasilnya cepat.

Dalam 24 jam dah boleh close deal tau!

Bisnes Modal Kecil Tapi Untung Besar #6

Affiliate Marketing

Yang ni korang tak perlu simpan stok.

Tak perlu ada inventori.

Tak perlu layan customer.

Hanya perlu letak link je.

Jangan silap, kalau korang spam link kat facebook, whatsapp ke ig ke.

Memang tak berkesan sebab korang akan buat direct marketing.

Korang perlu BINA EMAIL LIST.

Buat iklan facebook untuk bina list.

Sebab hanya 1% je akan terus beli.

Lagi 99% tak beli time tu.

Dan masih ragu-ragu.

Dan tengah takde duit.

So, korang takkan lost trafik tu.

Dan email ni korang kalau pandai boleh jual produk mahal tau.

Nak mula affiliate marketing kat malaysia ni, korang boleh mula dengan Clickbank, Klikjer, Involve Asia, Lazada affiliate, shopee affiliate, amazon JVZoo dan macam-macam lagi.

Magic number?

10,000 email list = RM10,000 sebulan!

Sifu akan tahu nombor ni.

1 email = RM1 sebulan.

So, kalau korang tak capai rate ni, maknanya ada problem dengan cara korang tulis email.

Dengan kumpul email ni, korang hanya perlukan WEBPAGE, tak perlu WEBSITE.

WEBPAGE ni website yang ada 1 page sahaja.

Iaitu landing page untuk orang isi email.

Korang channelkan traffic berbayar korang dari fb ads, youtube ads, google ads ke landing page ni la.

Boleh guna Aweber, Getresponse, Click Funnel untuk buat benda ni semua ya..

Akhir Kata

Kalau korang rasa tips kami ni padu!

Minta korang share di Facebook ya.

Baca artikel kami yang lain juga ya!

Next time, kami nak share pasal perniagaan bisnes online, jenis perniagaan, perniagaan yang menguntungkan, cara memulakan perniagaan sendiri, bisnes mudah, bisnes dari rumah, bisnes di rumah, perniagaan makanan yang paling menguntungkan, peluang perniagaan, jenis perniagaan modal kecil dan bisnes modal kecil untung besar.

Semoga korang berjaya dan KAYA!

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...