Sunday 18 July 2021

Cara Buat Blogspot Blog - RM1003.63 Sebulan Pasif Income

Nak buat blog blogspot yang buat duit?

Tak nak keluarkan modal langsung?

Kalau korang baca artikel ni sampai habis, kami akan ajar cara macam mana korang boleh buat blog free dan jana pasif income sampai ribuan ringgit sebulan!

Kami di Prof Duit dulu pun hanya guna blogspot.

Kami tulis artikel yang berguna dan bermanfaat.

Google rank artikel kami lepas 10 bulan.

Lepas tu kami dah dapat trafik dalam 10k sebulan, kami letak iklan dan dapat RM800+ sebulan.

Kemudian, kami beli domain.

Hanya RM50 setahun!

So, modal kami hanyalah RM0.

Kami siap boleh guna autoresponder untuk kumpul email database.

Harganya RM80 sebulan tau!

So, secara bersih, kami buat net profit dalam RM700 sebulan dengan blog.

Dan income kami bertambah setiap bulan.

Lepas tulis artikel, blog ni 100% pasif income!

Buat duit masa tidur hehe.

Itu baru letak iklan, belum letak promote benda lain.

Cara Buat Blogspot Blog #1

Cara Daftar Blog Blogspot yang Percuma

Ni tak payah keluar modal tau.

Pergi je "www.blogger.com".

Nanti korang ikut je apa yang arahan tu minta.

1) Tekan Create Your Blog.

2) Pilih nama penulis blog korang. Lepas tu tekan Continue to Blogger.

3) Pilih nama blog korang. Guna formula yang Prof Duit suka.

PAKAR+NICHE:

Contoh: GuruKurus, PakarIklan, RajaBurger dll.

Haa, korang pahamkan..


4) Mula menulis! Tekan New Post dan tulis artikel, lepas tu, tekan Publish!

Senangkan blogger ni.

5) Adjust rupa blog, Guna theme kalau nak senang.


6) Boleh lah main-main dengan setting lain.

Asalkan korang boleh tulis dah okey.

Pada pengalaman kami:

THEME, LAYOUT, GAMBAR, COLOUR TAK BERAPA PENTING!

YANG PENTING, KORANG TULIS ARTIKEL YANG BERGUNA!

"NANTI SUBMIT URL KE GOOGLE, DAN GOOGLE AKAN RANK ARTIKEL KORANG KALAU BERGUNA!"

7) Mulakan target korang. Buat 1 artikel 1 hari.

Panjangnya 1000+ perkataan.

Download chrome extension "keyword surfer".

Boleh cari keyword yang orang cari di Google.

Nanti korang cuba buat artikel yang LEBIH BERINFORMASI DAN LEBIH PANJANG dari website-website yang ada di first page google tu!

InsyaAllah Google akan beri korang rank yang tinggi!

Dalam masa 8 bulan akan datang!

Cara Buat Blogspot Blog #2

Berapa Income Prof Duit Sebulan? 

Okay, untuk kasi korang semangat.

Setakat artikel ni ditulis, income kami dari blog dah lebih RM1000.

Berapa Pendapatan Blogger Malaysia?

Secara tepat RM1003.63 sebulan.

Hanya dari iklan google adsense sahaja.

Dulu kami janji nak buat Youtube channel kalau dah cecah RM1000 sebulan dari blog.

So, nantikan kemunculan kami di Youtube ya! :)

Tak percaya?

Ni screenshot income Google Adsense kami..

Inilah pendapatan blogger malaysia secara purata.

Dalam USD10 untuk setiap 1000 pageviews.

Kami dapat views dalam 16k+ sebulan dari Google sahaja!

Dan views ni naik mencanak lepas artikel kami dapat rank yang bagus di Google!

Tak tipu tau!

Tengok sendiri screenshot ni.


Kalau korang perasan, mula-mula takde trafik.

Tapi lepas artikel kami dirank di Google, mulalah trafik mencanak naik.

Korang kena sabar.

Tapi Prof Duit janji, ianya sangat berbaloi!

Cara Buat Blogspot Blog #3

Berapa lama nak dapat income dari blog?

Okay, ni ramai yang gagal dalam dunia blogging!

Mereka tak sabar.

Ini tips paling penting untuk blogger:

GOOGLE AMBIL MASA 8-12 BULAN UNTUK BLOG BARU UNTUK RANK. UNTUK BLOG LAMA DAN GOOGLE DAH PERCAYA DENGAN DOMAIN TU, AKAN AMBIL MASA 3-6 BULAN JE UNTUK RANK.

"UNTUK RANK" NI MAKSUDNYA ARTIKEL TU AKAN DAPAT RANKING TERTINGGI YANG ARTIKEL TU MAMPU CAPAI. BERGANTUNG PADA BERAPA BERGUNANYA ARTIKEL KORANG DI MATA PENGGUNA GOOGLE TU.

Okay, korang kena fikir macam mana nak buat artikel yang bagus je untuk pelawat blog korang.

Nanti Google akan beri korang trafik yang konsisten.

Cara Buat Blogspot Blog #4

Cara monetize blog dan buat duit?

Kalau takde trafik..

Tak payah pikir nak buat duit.

Fokus tulis artikel.

Bila dah dapat dalam 500 views sebulan ke atas.

Baru fikir nak letak iklan adsense ke.

Nanti dah boleh dapat duit dengan mudah.

Lepas dah letak iklan, korang boleh letak link affiliate dari klikjer, clickbank, JVzoo, Shopee, InvolveAsia, Lazada affiliate.

Banyak program affiliate tau.

Semua niche ada.

Iklan ni antara cara paling tak untung nak buat duit dengan blog.

Kalau korang boleh cuba jual barang guna link affiliate, lagi bagus.

Sebab potensi income lagi tinggi.

Kalau nak jual online course ke, nak jual produk sendiri...

Kumpul email list lah.

Dan kelebihannya?

Korang boleh jual produk mahal!

Dan korang boleh ulang-ulang promote pada list korang.

Dengan kos marketing yang sikit dari Facebook ads atau Google ads.

Cara Buat Blogspot Blog #5

Berapa banyak artikel nak kena tulis?

Kalau korang tulis 10 artikel...

Sila expect RM0 income dari blog....8 ke 12 bulan dari hari korang tulis tu.

Kalau korang tulis 50 artikel...

Sila expect RM700 income dari blog....8 ke 12 bulan dari hari korang tulis tu.

Kalau korang tulis 100 artikel...

Sila expect RM2500 income dari blog....8 ke 12 bulan dari hari korang tulis tu.

Kalau korang tulis 500 artikel...

Sila expect RM7500 income dari blog....8 ke 12 bulan dari hari korang tulis tu.

Cara Buat Blogspot Blog #6

Cara dapat trafik dari google yang konsisten

Hanya submit URL blog korang ke Google.

Tak payah buat BACKLINK.

Hanya fokus pada tulis artikel yang berguna untuk  pembaca je.

Dan dapatkan 1000+ perkataan untuk 1 artikel.

Nanti korang akan nampak result yang korang puas hati lepas artikel ke 100!

KENAPA ARTIKEL YANG BERGUNA NI PENTING?

Sebab, orang masuk website korang...

Mereka baca sampai habis..

Lepas tu share pulak...

Itu SIGNAL BAIK.

Google akan tahu, website korang tu bagus dan berguna.

Hasilnya?

GOOGLE AKAN BERI KORANG RANKING YANG TINGGI!

Kalau korang nak mulakan blogging..

Kami sangat sarankan ebook kat bawah ni.

Kami yakin korang boleh dapat bina blog korang sendiri dan jana pendapatan online secara autopilot!

Jom sama-sama kaya dengan menulis..

 

 Akhir Kata 

Kalau kroang rasa artikel ni bermanfaat, sila share artikel ni di Facebook korang.

Like page facebook kami.

Dan baca artikel kami yang lain juga.

Next time, kami nak tulis pasal cara buat blog, cara buat blogger, cara buat web, cara buat website, cara buat website sendiri, contoh blogger, contoh blog, buat website, cara buat blog sendiri, cara nak buat blog, cara membuat blog, cara membuat blogger, buat blog, buat blogger dan cara buat blogspot percuma.

Selamat mencuba guys!


No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT