Friday 22 January 2021

Kerja Part Time Di Rumah - Suri Rumah Jana RM3,500+ Sebulan

 Korang tengah cari kerja part time dari rumah ke?

Korang mungkin ada yang suri rumah, atau mungkin ada yang pelajar nak cari duit lebih.

Dan mungkin ada dari kalangan korang yang memang minat nak buat duit sampingan dari rumah ni.

Korang berada di tempat yang betul, sebab korang jumpa artikel ni.


Kami nak share sikit cara macam mana korang boleh kerja secara part time di rumah dan jana sampai RM3,500+ sebulan.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Kami yakin, korang akan dapat ubah nasib korang kalau korang mampu jana pendapatan sebanyak tu secara sambilan kan?

Okay, apa cara yang kami nak ajar untuk korang dapat buat kerja part time ni?

Tips yang kami nak bagi ni adalah cara terbaik untuk anda bina bisnes yang bagus.

Kalau anda perasan, kami tak list langsung teknik berniaga di Facebook tau! Sebab kami perasan, korang tak boleh buat bisnes yang long term dengan facebook.

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Sebab tu kami tak berapa cadangkan korang guna facebook sebagai kerja part time di rumah. Ia akan buang masa korang sahaja.

Maksud kami, kalau korang spam di wall korang untuk buat sale tu, ia tak boleh dijadikan bisnes long term!

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Untuk pengetahun korang, kami di Prof Duit dah berpuluh tahun berkecimpung dalam perniagaan internet ni.

Kami pernah jana sehingga RM7500+ sebulan dengan menjual di Facebook!

Tapi kami dapati Facebook banyak akan matikan bisnes sesuka hati mereka, dan Facebook sangat mengutamakan USER, bukan SELLER.

So, kalau korang serius nak jana pendapatan yang banyak dengan kerja part time dari rumah sahaja, korang boleh ikut bisnes-bisnes yang kami sarankan dalam entri kali ni.

Kalau korang suka tips-tips di blog Prof Duit ni, pastikan korang share artikel kami di media sosial, baca artikel kami yang lain di belah kanan side bar tu, dan komen di bawah post ni untuk bertanya soalan.

Okay, jom kami tunjuk cara yang betul untuk korang mulakan kerja part time di rumah ni.

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Kerja Part Time Di Rumah #1

Bina Blog Sendiri

Untuk yang nak serius buat duit dan jana pendapatan online ni, kami sangatlah cadangkan korang untuk mulakan buat blog sendiri.

Untuk buat blog ni, korang perlukan trafik untuk jana pendapatan. Bayangkan korang ada trafik sebanyak 10,000 pageview dalam sebulan, dan korang letak banner sahaja di blog korang.

Secara purata 1% orang akan jadi pembeli anda setiap bulan. Katalah 100 orang yang bakal beli dari anda, dan anda jual ebook berharag RM20 sahaja.

Anda dah boleh buat duit geli-geli sebanyak RM2,000 sebulan!

Apa strategi yang kami guna untuk dapatkan trafik tersebut?

Kalau anda ikuti blog Prof  Duit ni, korang akan tahu bahawa kami tak pernah promote post dan artikel blog kami ni.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Kami hanya biarkan artikel kami ni rangup dan masak di internet.

Biar cik Google yang promote!

Strategi yang kami gunakan untuk dapatkan pageview yang banyak di blog kami adalah seperti berikut:

Kami hanaya fokus pada bina content yang menjawab pertanyaan orang yang sedang cari sesuatu masalah!

Katalah kami nampak peluang di search engine, "Kempiskan Perut".

Kami akan buat artikel cara kempiskan perut yang paling tip top!

Kami akan pastikan artikel kami tu, menjawab pertanyaan orang yang Google Cara Kempiskan Perut tu!

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

So, dengan teknik ni, kalau orang baca artikel kami, mereka akan baca, dan baca sampai habis, lepas tu mereka akan klik artikel kami yang lain, lepas tu siap share lagi, dan paling penting, mereka tak patah balik ke Google untuk cari artikel lain berkaitan cara kempiskan perut.

Dengan cara tu, Google akan tahu bahawa content blog kami sangat bagus! Google akan rank artikel kami di ranking yang tinggi!

Semudah itu sahaja berblogging.

Tapi korang kena ingat, blogging ni ambil masa setahun baru korang nampak hasil.

Apa cara kami guna pada peringkat mulanya kalau korang nak mulakan blogging?

Kami akan hasilkan 1 hari 1 artikel! Selama 30 hari. 1 artikel panjangnya 1500 hingga 2000 patah perkataan.

Berikan masa selama 8 bulan, sebab Google akan ambil masa lebih kurang 6 ke 12 bulan untuk buat 'user testing'.

Lepas tu, baru post anda akan dapat ranking yang sepatutnya. So kami akan teruskan menulis dan buat post hari-hari.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Ada blogger yang buat 1 hari 1 artikel dalam 2000 perkataan, selama 1 tahun.

Pada tahun ke-2 pendapatannya adalah USD8,000+! Sebab blog dia ada lebih kurang 360 artikel yang panjang dan berguna untuk audiens. So Google akan reward blog tu dengan ranking yang baik.

Habiskan masa korang dengan menulis artikel blog mulai hari ni!

Kerja Part Time Di Rumah #2

Jual di Shopee

Haa, ni memang best, korang akan nampak hasil paling cepat kalau korang mulakan bisnes shopee.

Kami dah pun jana sehingga RM4,000+ sebulan dengan bisnes shopee kami.

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Ianya sangat mudah, berniaga di shopee ni anda tak perlu promote sangat produk anda, tak macam Facebook!

Anda kena belai customer, kena layan PM, keca close deal di whatsapp dan kena uruskan bayaran customer.

Di shopee, semuanya automatik! Iklan anda automatik. Customer yang datang store anda pun adalah buyer tau, bukannya orang biasa yang nak kan hiburan macam di media sosial.

Dan sistem bayaran automatik, hanya tinggal uruskan order dari customer sahaja!

Anda tak perlu pening, semuanya shopee yang handle.

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Kalau anda nak mulakan bisnes ni, korang kena mulakan upload seberapa banyak produk yang boleh pada permulaannya.

Korang buat macam kami, masa kami mula dulu, kami upload 5 produk sehari selama 30 hari.

So, kami akan dapat 150 produk dalam bulan pertama. Masa tu korang akan dapat beberapa PM dari customer.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Korang kena jawab cepat-cepat dalam 12 jam setiap PM tu! Nanti response rate korang akan naik tinggi.

2 benda ni je korang fokus dulu, 'Number of Product' dan juga 'Response Rate'!

Sebab benda ni akan nampak dekat shopee store korang. So, walaupun korang takde sale lagi, customer akan lebih tertarik nak beli sebab shopee akan nampakkan 2 benda ni dekat store yang baru.

Nak upload produk dari mana? Ambil sahaja teknik dropship dari shopee ke shopee.

Jadikan seller shopee yang lain sebagai supplier korang. Kalau ada order, korang order la dekat diorang.

Cari seller yang rating tinggi sebab korang boleh tumpang rating yang tinggi nanti. Dan ambil juga 'Local Seller' sahaja.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Lepas tu buat shopee ads, letak bid maximum 7 sen per klik, nanti korang akan dapat sale lepas iklan jalan dalam RM5. So korang markup la item tu dalam RM15 ke RM20.

Maka korang akan dapat sale terus dan siap profit lagi. Pastikan korang terus order dengan supplier, dan jawab PM baik-baik.

Mula-mula tu kalau rugi tu, korang kumpul rating je dulu, nanti akan profit.

Kami berjaya jana sampai RM4,000+ hanya lepas buat shopee ni 4 bulan je!

Kalau korang suri rumah ke, student yang nak cari kerja ke, atau korang kena buang kerja ke, kami sarankan sangat-sangat korang mulakan jual di Shopee.

Kami doakan korang berjaya.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Kerja Part Time Di Rumah #3

Trade Forex dan Saham

Kalau korang ni ada modal sikit, kami cadangkan korang mulakan trade forex dan saham!

Instrumen kewangan ni antara yang paling banyak hasilkan jutawan tau! Kenapa korang nak skeptikal lagi?

Itu semua alasan, jangan takut dengan forex dan saham, ramai jutawan dunia ni, kebanyakan mereka menggunakan instrumen forex dan saham ni.

Kalau korang nak mulakan trade forex, tapi takut loss dan takde modal, apa kata korang gunakan teknik Sign Up Bonus yang kami ajar di blog Prof Duit ni.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Korang boleh dapat free registration bonus USD30 kalau daftar dengan XM! Dan install Metatrader 5 di Play Store!

Lepas tu korang mulakan trade guna teknik naikkan balance!

USD30 tu bersamaan RM120+ tau! Lepas tu duit tu tak boleh withdraw, korang kena profit dulu baru boleh withdraw profit korang tu.

Okay, kami ajar sikit teknik naikkan balance ni ya. Kalau korang pernah dengar pasal forex ni, sifu semua akan ajar korang untuk letak Stop Loss (SL) kecik dan besarkan Take Profit (TP) kan?

Bukan teknik tu tak bagus, tapi kami rasa anda lagi senang hanguskan modal trading korang tu, kami gunakan teknik naikkan balance. Dan kami ajar sikit la ya.

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Korang tak payah letak SL dan TP, korang bukak lot kecil-kecil 0.01 atau 0.10 untuk micro account.

So korang dapat minimumkan risiko untuk setiap trade, dan bila korang bukak lot kecil-kecil tu korang akan dapat buat banyak trade.

Kami tahu korang mesti gatal tangan punya nak trade banyak-banyakkan tapi modal ciput, hampeh!

Haha, ok, kalau korang dah nampak trade korang biru sikit, dalam 0.20 ke, korang close la trade tu, dan kalau masih loss dan merah, korang hold je trade tu, tunggu sampai trade tu biru, baru korang close.

Kami dah 5 bulan takde loss dengan teknik ni. Teknik akan jadikan balance account korang tu naik cepat, tapi ekuiti korang akan lambat sikit naik.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Tapi takpe, sebab ekuiti tu akan slow-slow ikut balance korang tu, kalau korang dapat naikkan balance korang ke USD100 dalam 5 bulan macam yang kami buat, so, ekuiti mungkin dalam USD70.

So ok lah kan, not bad! Korang punya modal pun kosong, trade pun pakai sign up bonus USD30 tu!

So dah profit dengan selamat.

Kerja Part Time Di Rumah #4

Buat Youtube Channel

Ini straight forward la, korang buat youtube channel berkaitan ceramah ke, edit video al quran ke, buat top 10 fastest train ke.

Semua youtube channel ni, korang tak payah tunjuk muka, apa korang perlu buat?

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Download youtube video, dan edit balik dan upload semula ke Youtube.

Ada orang di luar negara tu siap jana USD9,000 sebulan dengan teknik ni, dia buat video cara tenangkan jiwa dengan instrumen punya muzik.

Dan letak iklan Google Adsense sahaja di youtube channel tu.

Untuk berjaya di Youtube ni agak lama macam blogging tadi, tapi ianya berbaloi kalau korang pandang youtube sebagai long term business.

Konsistensi sangat penting dalam Youtube ni, korang perlu upload 2 video seminggu selama setahun!

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Tapi hasilnya memang tiptop. Dalam proses tu, korang dah boleh improve skill korang buat video.

Mulakan sahaja youtube channel korang. Macam kami, ada sorang pensyarah kami masa di universiti kan, dia buat youtube channel pasal kereta.

Dia dah lah pemegang PHD dalam turbocharger, sembang pulak pasal kereta, memang virallah lah youtube channel dia.

Dan last kami di Prof Duit ni check youtube channel dia, dah dapat 25,000 subscribers!

Kami cek pula di Social Blade (website untuk anggar pendapatan youtuber), sehari dia akan dapat 100+ subscriber baru, dan jana pendapatan sehingga USD300+ sebulan!

Wow, padahal tak sampai setahun pun channel dia tu. Hanya letak Google Adsense.

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Mula-mula tu, nampak juga dia share youtube channel pada rakan-rakan dia, student dia dan lama-lama makin viral youtube channel dia.

Ini adalah bisnes modal rendah dan potensi tinggi!

Kerja Part Time Di Rumah #5

Main Game Buat Duit dengan Livestream

Ini paling best! Korang main game tapi dapat duit.

Ini memang idaman student la kan, kami yakin pembaca ni ada yang student.

Kalau korang memang hebat main game macam PUBG ke Dota 2 ke, korang boleh buat livestream!

Kalau korang ni awek cun, lepas tu main game, korang akan lebih mudah dapat ramai penonton tau!

So, nanti Facebook akan contact korang untuk dapatkan contract livestream.

Dan ada juga cara buat duit dengan livestream ni, korang dapat star dari peminat korang.

Star tu mereka beli dengan duit betul, lepas tu mereka akan donate star ke korang, sebab nak sokong korang.

Haa, kalau macam Miss Rose Gaming, siap jana pendapatan sehingga RM8,000 sebulan buat live stream gaming PUBG!

Awek cun kan, mestilah ramai nak tengok, ramai kacau, dia suri rumah sahaja!

Livestream 3 jam sehari, dan akan ramai la yang nak kacau, dan ramai juga yang akan donate kalau mereka rasa korang ni mereka suka.

Cara lain lagi adalah dengan buat Youtube channel untuk livestream game-game korang tu!

Haa letaklah iklan Adsense macam yang streamer lain buat juga!

Mudah sahaja nak jana duit kalau view korang sudah dapat 10,000 sebulan!

Akhir Kata

Nanti lain kali, kami rasa kami nak tulis entri lain berkaitan kerja part time di rumah tanpa modal, kerja part time online untuk pelajar, kerja sambilan di rumah buat sarung tangan, pos malaysia part time di rumah, kerja part time buat beg kertas, kerja sambilan di rumah tanpa modal, kerja buat barang kilang di rumah, kerja sambilan di rumah membuat kotak.

Topik ni agak menarik untuk ditulis, kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, apa kata korang tolong share artikel ni.

Jangan lupa baca juga artikel kami di blog Prof Duit ni untuk tahu lebih banyak cara jana pendapatan online dengan duduk di rumah!

Kami doakan korang kaya dan berjaya!

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...