Thursday 31 December 2020

3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

 Kalau korang tengah cari cara buat duit dengan youtube, sudah pasti korang ni kategori yang dah ada youtube channel dan tengah cari cara cepat hasilkan duit dari youtube korang kan?

Atau mungking korang ni baru nak start buat youtube channel, tapi malangnya subscriber pun baru sorang dua.

Zaman sekarang ni, buat duit dengan tengok youtube pun boleh tau.

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Jom, kami share pengalaman buat duit youtube yang ramai orang tak tahu, kami ajar sikit pengalaman yang kami dah pelajari sepanjang mencuba youtube channel ni.

Kalau korang kategori kedua tu, yang subscriber masih sedikit, kami sarankan korang jangan mula fikir nak buat duit.




Dekat hujung artikel ni, Prof Duit nak bongkarkan satu rahsia youtube yang sifu lain tak pernah ajar kat korang. 

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Kalau korang nak tahu pastikan korang baca satu-persatu perkataan kami dalam entri ni ya. Kami selit tips tu hehe.

Mesti ada something wrong dekat channel youtube korang tu.

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Kami jelaskan cara macam mana strategi otai buat duit dengan youtube walaupun subscriber sedikit.

Nak tahu banyak ke sedikit korang akan buat duit dengan youtube ni, bergantung pada niche dan jenis video korang.

Ada dua jenis video di youtube ni, pada pandangan kami, ada cara yang bagus dan ada yang tak bagus.

Nak tahu macam mana audiens korang akan buatkan korang duit, kena tahu jenis mana video korang.

Jenis pertama adalah video jenis hiburan, lagho, happy-happy, takde motif, santai, vlogging kelakar-kelakar dan sebagainya.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Video jenis ni, korang senang dapat trafik yang tinggi tapi tak berapa targetted, jadi kalau 10,000 yang tengok, mungkin 10 orang je yang korang boleh convert jadi pembeli.

Jenis video kedua ni, video yang berinformasi, review produk, cara nak buat benda, tutorial make up, fakta menarik, haaa korang faham kan?

Video jenis ni, yang ada manfaat ni, akan lebih mudah convertkan penonton menjadi pembeli. Dalam 10,000 orang tu, dalam 500 ke 1000 orang boleh jadi pembeli.

Video jeni ni juga sangat targetted, dan orang yang tengok video ni, kalau korang pandai twist sikit kata-kata untuk diorang klik link di bawah video korang ke, diorang mudah ikut.

Kami dah cuba dua-dua teknik ni, dan pastikan video korang tu jenis yang kedua.

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Jadi kalau korang ada views yang masih rendah, tetap mampu jana pendapatan yang lumayan dengan youtube ni tau.

Kalau korang ikut formula yang kami nak ajar ni, korang pasti boleh jana duit sampingan dengan youtube channel korang dalam masa tak kurang dari sebulan dari sekarang.

Mula-mula korang kena faham, ada 3 cara utama untuk buat duit dengan youtube ni.

Cara pertama adalah dengan letakkan iklan adsense korang. Ni cara paling santai dan automatik.

Tapi kelemahan kalau korang letak iklan adsense ni, pertama sekali, views video korang kena lah banyak.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Korang kena ada dalam 10,000 views baru boleh jana sekitar $40, bersamaan RM120 dengan iklan.

Kalau views korang dah konsisten dalam 500 ke 10,000 views sehari, baru korang akan nampak pendapatan yang signifikan dari youtube channel tu.

Lagi satu kelemahan letak iklan di youtube channel korang ni, orang akan rasa serabut dengan iklan.

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Lepastu, korang akan directkan trafik yang korang dapat tu untuk pergi ke website orang lain.

Kalau korang pandai manipulasi sedikit trafik tu, korang akan dapat conversion yang lebih bagus.

Dan pendapatan korang dari youtube boleh dilipatgandakan dengan 10,000 views yang sama.

Maka cara kedualah pilihan yang lebih baik daripada beriklan, iaitu dengan letak affiliate link pada description video-video korang.

Dengan gunakan link di description, lebih kemas video korang, tak rasa macam spam, sebab 95% orang akan terus tekan SKIP AD.

Maka korang pun tak dapat nak jana duit yang hanya beberapa sen tu. Adakalanya hanyala 1 sen per klik.

Jadi, dengan link affiliate ni, setiap sale tu boleh lah cecah dalam $5 ke $100 untuk setiap pembeli yang beli dengan link affiliate korang.

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Tapi korang kena ingat, link affiliate ni korang cuba convertkan cold traffic untuk terus beli direct barang tu tanpa fikir panjang.

Kalau korang directkan ke link Amazon bagus la. Dan kalaulah trafik korang tu datang dari luar negara, video pulak bahasa inggeris, memang senyum la buat duit.

Tapi kami faham, tak ramai orang Malaysia yang blogging dalam bahasa inggeris, Jadi teknik directkan link ke amazon ni tak berapa menjadi kalau kita punya audiens pun orang Malaysia juga. Kulit coklat!

Maka gunalah teknik ketiga ni, iaitu korang jual produk sendiri! Atau pun dengan cara yang betulnya, kumpul follower dan mailing list untuk jadikan aset di masa hadapan.

Ini teknik lama, berkarat dan dah lapuk, tapi teknik nilah yang paling banyak sale yang bakal korang dapat.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Ini untuk youtube channel yang kecil ya. Mungkin di bawah 10,000 subscriber.

Kalau korang jual produk sendiri, korang boleh mark up sesuka hati. Teknik ni namanya personal branding, kalau mat salleh mereka suka jual online course.

Tapi korang akan jadi sifu jadian lah, tetiba je jadi mahaguru sebab nak buat duit.

Tapi takpe, korang tak payah menjual sangat pun, korang hanya perlu maklumkan pada audien je yang korang ada online course, sape nak beli-beli lah, jangan memaksa.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Mana-mana teknik pun ada kebaikan dan ada keburukan.

Kalau guna ads tadi, korang punya views kena cukup banyak, tapi sangat senang nak setup. Kalau affiliate tu, korang kena edit sikit manual sikit tekniknya. Letaklah link affiliate di description dengan catchy call to action.

Dulu kami ada buat satu youtube channel, namanya Matt Dental.

Channel ni kami buat khas untuk orang yang nak cari penyelesaian masalah gigi, gusi, cara putihkan gigi, cara hilangkan sakit gusi dan lain-lain.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Kami letak je link affiliate clickbank di video description dan biarkan. Kami test-test je,

Buat video pulak kami pakai Content Samurai. Dan content video kami ambil dari search result engine yang pertama.

So, content dari blog tu, kami jadikan video yang tak de suara, sebabnya kami tak nak algorithm Google trace kami guna blog untuk buat video hehe.

So, kami dapat hasilkan video dengan mudah. Copy dari blog yang bagus-bagus di search result Google yang pertama.

Paste skrip ke dalam Content Samurai, dan software tu akan buat video dengan skrip kami tu.

Kami siapkan dalam 30 video dan biarkan je sale masuk dari link affiliate yang kami letak sekali dengan video tu hehe.

Bijak tak Prof Duit ni?

Kalau online course tu, korang perlukan masa yang banyak untuk dilaburkan untuk buat online course korang tu.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Tapi kami tak nampak banyak youtuber Malaysia yang buat online course, walaupun ianya paling menguntungkan.

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Kami nak beri korang satu rahsia best ni, dengan rahsia yang kami nak cerita ni, sebenarnya korang boleh jana lebih banyak lagi pendapatan dengan youtube, sebab benda ni dah 100% terbukti berkesan.

Baiklah, rahsia yang Prof Duit berbesar hati nak cerita kat korang adalah, korang perasan tak, kalau korang search apa-apa saja video di youtube, banyak result video mat salleh yang banyak informasi.

Kalau korang cuba bersaing buat video bahasa inggeris nak lawan info-info yang diorang bagi, dengan loghat jawa korang tu, kami rasa korang tak mampu nak kalahkan ranking video mereka dari overseas tu.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Tapi apa kata korang buat video yang sama tapi VERSI BAHASA MELAYU.

Walaupun content video korang sama, korang translate je, dan jadikan versi melayu. Content yang sama sahaja tapi korang bersaing dengan keyword bahasa melayu!

Korang sangat kurang persaingan. Contohnya, how to comb your hair.

Ini susah korang nak lawan keyword ni. Korang buat video cara sikat rambut. Cara belah jambul tengah.

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Haaa! Nampak tak. Kalau korang compete dalam bahasa melayu, kami jamin korang boleh dapat ranking pertama di enjin carian youtube, dan silap-silap google pun akan recommend video korang di search resultnya.

Dengan bersaing keyword dalam bahasa melayu tetapi kualiti content video korang level mat salleh, tak ramai yang boleh buat tau dekat malaysia.

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Jadilah orang pertama yang sapu rezeki dengan teknik yang kami bocorkan ni ye hehe.

Nanti kalau ada masa lagi, kami akan share banyak lagi info berkenaan bagaimana youtube membayar kita, cara buat akaun youtube berbayar, cara buat duit dengan google, idea untuk jadi youtuber, cara mendaftar menjadi youtuber, cara nak buat video youtube dan juga cara nak jadi youtuber gaming.

Selamat mencuba!



1 comment:

markson said...

It has been said that YouTube routinely works with law authorization to assist with settling wrongdoings. That simply demonstrates that you never truly who is watching your recordings for sure the ramifications for posting them may be. https://www.buyyoutubeviewsindia.in/youtube-marketing/

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...