Thursday 16 April 2020

Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Korang tercari-cari cara cari duit tambahan ke? Atau tengah cari tips-tips cari duit tambahan yang boleh korang dapat duit segera?

Mungkin korang nak cara buat duit RM100 sehari, atau RM1,000 sebulan. Nak duit poket beli barang dapur, Nak duit berkepuk-kepuk kan.

Jadi kami akan ajar korang cara cari duit tambahan menggunakan teknik yang otai-otai bisnes gunakan.

Kalau korang student nak cari duit lebih, boleh guna cara cari duit lebih untuk student ni dan jana RM1000 sebulan.



Kalau korang nak tahu ada beribu-ribu cara nak cari duit tambahan.

Korang pernah dengar ke nama Warren Buffet? Beliau adalah pelabur saham nombor satu dunia.

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

"Masa dia kecik, dia pernah baca 1000 cara untuk  buat duit. Itu tahun 1920 dahulu pun dah ada 1000 cara untuk buat duit, apatah lagi sekarang.

Yang menariknya, salah satu idea tu adalah beli mesin pinball. Jadi si Buffet ni pun beli mesin pinball tu dan diletakkan di beberapa kedai gunting rambut sekitar rumahnya.

Selepas modal pertama dia keluarkan, dia hanya kira berapa lama yang diperlukan supaya dia dapat beli mesin kedua.


Lepas tu dia dah tak usik modal dah. Hanya tunggu saja modal pertama dia berkembang dan membiak sendiri. Modal pertama beliau akan beli mesin-mesin pinball yang seterusnya, dan semakin lama bisnes dia jalan, makin cepat dia dapat gandakan modal awal tu."

Bisnes dia automatik! Konsep ni sangat penting, benda ni yang kami nak terapkan pada korang untuk cari duit tambahan cara otai.

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Nak tak nak je kalau nak cari duit tambahan ni. Pilihan di tangan korang.

Baiklah untuk tips cari duit tambahan ni, kami nak pecahkan kepada 3 bahagian.

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Tips cari duit tambahan - Bahagian 1

IDEA CARA BUAT DUIT

Tips cari duit tambahan - Bahagian 2

CARA CEPAT NAK CARI TRAFIK/PELANGGAN/ORDER 

Tips cari duit tambahan - Bahagian 3

CARA KEMBANGKAN DAN SCALE BUSINESS

Kenapa kami pecahkan kepada 3 bahagian penting ni kalau anda nak tips cari duit tambahan?

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

"Sebab, kalau anda baca di blog lain, tips yang mereka beri adalah hanya pada bahagian 1 tersebut (idea cara nak buat duit tambahan)."

Tapi korang akan struggle dan susah untuk nak buat duit tanpa bahagian 2 dan 3 tu.

Jadi kami cuba tuliskan strategi yang lengkap untuk korang dapat buat jualan dan kembangkan apa-apa bisnes yang korang nak mulakan untuk cari duit tambahan ye. Korang boleh juga baca cara dapat duit percuma sekarang (dalam 24 jam)

Tips cari duit tambahan - Bahagian 1

IDEA CARA BUAT DUIT

Untuk nak tahu cara cari duit tambahan ni, korang boleh dapat banyak sangat idea. Kami listkan sedikit di sini, korang boleh pilih mana satu cara korang suka untuk cari duit tambahan ni:

1. Tulis Blog.
2. Buka kedai shopping online macam di Shopee, Lazada, Aliexpress, Lelong, Mudah dll.
3. Dropship tudung, pakaian, beg, kasut di facebook.
4. Buat website.
5. Guna google maps, cari local store/business yang belum promote guna fb ads, contact mereka untuk offer service admin page fb.
6. Borong kasut bundle, jual tepi jalan, atau menjaja di tempat anda.
7. Mulakan bisnes offline, jual burger, pisang goreng, uncle bob, kek lapis tepi jalan. dll.
8. Mula beli saham (saham adalah sebahagian dari bisnes orang lain).
9. Promote rumah sewa/sewa homestay di AirBnB dan sewakan dengan rumah orang lain. Deal dengan tuan rumah. Modal kosong.
10. Buat service delivery, delivery makanan, buat Grab, service dobi ambil dari rumah dan dobikan baju, hantar balik ke rumah.
11. Jadi Influencer (buka IG dan cari followers atau mulakan Youtube Channel)
12. Buat youtube channel yang tak tunjuk muka (Channel budak mengaji, relaxing/meditation channel, top 10 fastest train etc. dan pasang iklan Adsense).
13. Jadi affiliate marketer, promote produk digital, jual ebook dan sebagainya.

Dan macam-macam lagi.

Idea cara buat duit tambahan ni, korang boleh belajar satu-satu tu kalau tak tahu.

Kalau pernah dengar dan tahu sikit-sikit pasal mana-mana idea bisnes tu, mulakan lah mana-mana dahulu. Start dulu. Kalau tak start sekarang, nanti mesti tak start jugak.

Kalau macam kami, kami sudah mula tulis blog, buka kedai di Shopee, buat dropship, beli saham, buat grab, dan buat youtube channel tanpa muka. hehe

Banyakkan bisnes kami. Korang kena mulakan juga. Untuk permulaan, apa kata harini jugak korang bukak akaun-akaun bisnes tersebut.

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Kalau korang tak tahu nak pilih yang mana, korang kene tengok kemampuan korang dahulu.

Korang suka ke bukak channel youtube tunjuk muka? Korang ada duit banyak ke nak mula beli saham? Korang nak mula bisnes tanpa modal ke?

Kena tengok mana yang kena. Kebanyakan idea kami beri tu tak guna modal pun. Kalau ada pun sikit je modal yang diperlukan.

Tips cari duit tambahan - Bahagian 2

CARA CEPAT NAK CARI TRAFIK/PELANGGAN/ORDER 

Ok, kalau nak daftar, atau mulakan akaun, atau mula belajar cari idea nak buat duit tambahan ni tak lah susah sangat.

Apa lagi susah ialah bila nak jayakan idea-idea tersebut.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Berapa ramai orang tahu cara nak buat duit tu, tapi berapa ramai sahaja yang betul-betul berjaya buat duit dengan cara-cara tu?

Tapi kalau kena strategi yang betul, takde masalah pun.

"90% mereka yang gagal untuk buat sale pertama atau cari first order atau pelanggan adalah kerana mereka gagal cari trafik/promote link/dapatkan leads/ perkenalkan produk kepada pelanggan/offer tu tak dapat reach customer."

BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH NI?

Bila nak promote pelanggan, kena cara yang betul. Contohnya, kalau anda ada mula bisnes dropship, dah daftar agent, dah settle semua urusan dengan supplier, dah deal, dah dapat lock harga, Apa nak buat?

Kalau orang nak order cepat, mereka akan spam di wall fb mereka, spam wall whatsapp sedara mara dan sebagainya.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Memanglah takde masalah kalau dapat rakan sporting, atau family yang suka beli dari sedara mara, problemnya adalah korang tak boleh kembangkan bisnes tu.


"Untuk permulaan, kalau nak cari sale pertama takde masalah, tapi korang akan ada masalah cari sale ke-10, ke-100 dan seterusnya."

CARA CARI SALE PERTAMA YANG BETUL.

Baiklah, apa cara yang betul untuk promote idea-idea cari duit tambahan tu? Caranya mudah saja, anda tengok sifu, otai, legend, promoter yang berjaya.

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Diorang buat apa? Guna apa? Apa medium/social media/website yang diorang guna untuk promote?

Contohnya, kalau diorang buat bisnes Google Adsense, diorang akan start buat blog yang legit. Buat blog yang informatif, dapatkan rank yang baik di Google search, dapatkan trafik secara organik selepas 8 ke 12 bulan dari Google. Dan lepas dapat page views 10k sebulan baru diorang pasang iklan Adsense. Fokus harian mereka bukanlah promote link, backlink atau pun cantikkan blog, tapi fokus mereka adalah bina content di blog, buat videos berkaitan posting artikel, tambah knowledge ilmu di blog dan beri sehabis baik content kepada pembaca (macam yang kami buat di blog ni).

Sifu tak kan buat spam iklan di blog, komen banyak-banyak di blog orang lain, suruh kawan-kawan klik iklan sendiri, guna cara black hat untuk dapatkan klik palsu dan lain-lain.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Itu kalau buat blog, bagaimana pula sifu-sifu buat bisnes ecommerce atau buka kedai online di Shopee. Sebagai contoh:

Mereka akan buat kedai online setup yang menarik, letak coupon, letak free shipping, harga berpatutan atau lagi murah dari pesaing. Mereka akan offer service yang bagus, pos secepat mungkin, barang sentiasa ada, ready stock, respon di chat cepat, kumpul rating banyak-banyak untuk dapatkan social proof dan sebagainya.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Sifu tak akan letak harga tak masuk akal di Shopee, tak akan letak claim yang melampau-lampau tentang produk. Rutin mereka bukan sibuk nak cantikkan shop profile, tapi fokus pada berapa banyak produk kita upload hari-hari di kedai online tu.

Jadi kalau teknik anda selari dengan sifu atau pun orang yang mahir dalam bisnes tersebut, anda akan mampu jana sale secara mudah. Dan buat duit masyukkk.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Cuba komen di bawah kalau nak saya tunjukkan lebih lanjut. Komen idea bisnes yang korang nak buat, saya akan cuba bantu beri tips.


Tips cari duit tambahan - Bahagian 3

CARA KEMBANGKAN DAN SCALE BUSINESS

Sebelum korang plan nak mulakan mana-mana bisnes korang kena tengok potensi bisnes tu.

Contohnya, kalau korang buka kedai burger, korang jual  sendiri, korang tak boleh scale bisnes tu.

"Katalah, korang dapat RM1,500 sebulan buka kedai burger. Korang hanya boleh scale kalau korang upah orang lain. Korang upah pekerja RM1,000 dan korang hanya ambil RM500 sebulan."

Eh! macam mana tu? Lagi sikit untung. Biar saya terangkan, kalau korang buat macam tu, korang dah free kan masa korang!
Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Bila korang dah free kan masa dengan upah pekerja (outsource pekerjaan tu ke orang lain), korang boleh setup kedai burger ke-dua!

"Dan bila korang ada 10 kedai burger di daerah korang, korang dah ada income RM5,000 sebulan. Yang bestnya korang tak jual di kedai, hanya uruskan saja."

Korang dah jadi Tokey! Itu baru contoh burger.

Korang kena fikirkan model bisnes yang korang buat sekali, tapi lepas korang berhenti buat, duit tetap masuk.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

"Contohnya macam buat blog ni, kami setup blog ni dalam masa sebulan dua sahaja. Kami tulis artikel macam ni, yang korang tengah baca ni!

Dan kami biarkan saja blog ni di ranking oleh search engine. Lepas setahun dua, mahupun 10 tahun sekalipun, akan masih ada orang yang akan baca tulisan ni.

Dan kalau kami pasang iklan di blog ni, kami boleh jana pendapatan pasif dari Google Adsense, atau Klikjer atau jual produk kami sendiri!"

Ini lah baru model bisnes yang betul. Korang kene pikir cara untuk automatikkan bisnes korang baru korang boleh grow atau scale bisnes tu.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Cuba apply konsep ni dalam model bisnes yang korang nak ceburi untuk cari duit tambahan dengan cepat.

Itulah sedikit sebanyak tips cara cari duit tambahan dari kami. Harap korang boleh aplikasikan dalam mana-mana bisnes yang korang nak mulakan.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...