Sunday 19 April 2020

Pengalaman Berniaga Di Shopee - Kisah Sebenar

Anda tengah cari pengalaman berniaga di Shopee? Nak tahu pengalaman orang lain berniaga di shopee?

Nak tahu kisah sebenar macam mana orang biasa boleh jana pendapatan yang masyukk di Shopee?

Dalam entri ni, kami nak kasi pengalaman sebenar kami. Berniaga di Shopee ni, sudah jadi trending sekarang.

Semakin banyak orang buka kedai online di shopee. Kenapa?

Sebab tengah laku keras shopee ni. Korang jangan tertinggal kapal!

Kalau korang lambat korang rugi. Jadi, sebelum berniaga tu, korang kena belajar sedikit dari orang yang memang dah ada pengalaman luas dalam bisnes ni.



Supaya korang tak sesat. Berniaga di Shopee ni banyak kelebihannya.

Sebelum kami cerita pengalaman kami di Shopee ni, kami nak korang tahu juga kelebihan berniaga di Shopee.

SHOPEE LEBIH SENANG TERJUAL DARI FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER DLL.

Kalau korang nak tahu, senang sangat nak menjual di Shopee ni. Pelanggan tak payah PM anda.

Mereka search barang, lepas tu cari barang yang kena dengan harga, klik ke online store anda, dan tengok rating, dan bayar.

Nampak tak saya highlight di situ. Pelanggan tengok rating dan bayar!

Tak payah nak layan satu-satu mesej pelanggan. Nak kasi ayat power untuk close sale lah.

Kalau sale anda 2-3 sehari takpe, kalau dah cecah 30 order sehari? tak ke nak kena layan sampai beratus-ratus whatsapp kan.

Betapa pentingnya rating kalau nak berniaga Shopee ni. Sama juga dengan platform ecommerce lain macam Lazada, Lelong, Ebay.

Yang bestnya shopee ni, ada banyak kelebihan dari segi FREE POSTAGE.

Jadi shopee sendiri tanggung kos postage. Jadi anda dapat jual murah dari platform/website lain.

Tapi bila jual murah, orang lain pun jual murah.

Haa inilah cabaran utama jadi peniaga di Shopee. Pelanggan akan pilih yang jual murah dan rating baik. Itu saja!

Jadi macam mana anda nak menang bersaing dengan kedai online lain?

Mari kami cerita pengalaman kami sendiri berniaga di Shopee.

PENGALAMAN KAMI BERNIAGA DI SHOPEE

Kami mula buka kedai online kami pada tahun lepas sekitar 2018-2019.

Masa tu kami buka main-main je. Asalkan ada je. Letak produk pun sikit-sikit. Kalau korang nak jadi seller yang tiptop, kena rajin upload produk.

Yang bestnye shopee ni, pengunjung bulanan dekat 28 juta. Ya! 28 juta views sebulan!

Kalau anda bukak butik di KLCC pun belum tentu dapat trafik sebanyak tu.

Hanya dengan upload produk yang baik secara konsisten, anda akan dapat buat jualan pertama anda.

Online store kami, kami jalankan iklan berbayar untuk promote produk jubah kami.

Kalau ikutkan memang murah beriklan di shopee ni. Tersangat murah guys. Kos per klik hanyalah RM0.07 atau 7 sen sahaja!

Bergantung pada keyword kita. Kalau korang guna facebook ads pun dah cecah RM0.20 sekarang. Itu pun belum tentu diorang komen nak beli.

Kalau macam kami, kami bukak store baju muslimah, beg, kasut wanita dan sebagainya.

Jadi bile niche kami fokus pada satu niche, orang akan beli 2-3 barang sekaligus. Sebab diorang dapat jimat kos posting.

Anda untung, mereka pun untung. Sebab tu lah senang nak jual di shopee ni, orang suka beli banyak-banyak.

Kalau jual di social media platform ni, elum tentu diorang SMS tanya harga. Belum tentu dapat close sale lagi.

Kalau di shopee orang pergi website/app tu, memang dah sedia nak beli. Korang tak payah nak belek-belek pelanggan kasi ayat power, tak yah followup pun.

Sistem pembelian pun mudah lengkap 24 jam! Semuanya automatik. Hanya tunggu order, bungkus barang dan pos sahaja.

Rutin harian anda adalah upload produk baru di kedai online anda!

Tunggu order dan tinggal pos sahaja. Orang bekerja pun boleh bina bisnes 4 angka dengan shopee.

Sangat berbeza kalau korang menjual di facebook, twitter atau instagram, korang kena cuba tukar cold traffic kepada hot traffic kepada lead (prospek) kepada buyer.

Tapi di shopee, korang hanya tukar dari hot traffic kepada buyer sahaja.

Kalau korang dapat kalahkan pesaing dari segi harga dan rating, setel!

Korang memang boleh dominasi pasaran produk tersebut.

Pengalaman berniaga di shopee ni sangat berharga untuk kami share kepada anda.

Macam mana anda juga boleh jana sale sehingga 4 angka seminggu?

Triknya di sini, korang kena belajar cara kalahkan pesaing, cara dapat kawal pasaran dengan dapatkan pembekal yang beri harga murah.

Korang juga kena belajar macam mana nak setup kedai kasi cun! Prospek tengok terus tak ragu-ragu nak buat bayaran.

Macam mana korang perlu jadikan produk korang terjual dengan sendiri sahaja.

Nanti korang bangun pagi, bungkus order yang dah siap bayar semalam, pergi pos sekejap, dan boleh sambung buat kerja harian korang.

Rutin macam ni sahaja kalau kedai online anda sudah meletup.

Kami nak sangat ajar korang cara-cara semua ni, tips dan rahsia macam mana kami buat jualan di shopee sampai boleh cecah RM128,000!

Ya tak tipu, RM100k lebih!


MACAM MANA KAMI SETUP KEDAI ONLINE SHOPEE?

Kalau korang nak tahu, ada trik dan skill rahsia yang terbukti berkesan untuk jadi top seller di shopee ni.

Korang kene tahu macam mana nak set kedai online anda supaya pukau pelanggan yang dah sedia nak beli tu.

Macam mana nak pilih gambar kasi orang rasa nak beli terus, dan cara tulis description sampai orang boleh terus percaya yang produk tu berkualiti.

Cara nak uruskan order kalau dah banyak nanti pun korang perlu belajar jugak.

Shopee ni ada 4 teknik promosi yang sangat berkesan. Korang kena belajar 4 teknik ni kalau nak dapat order bertalu-talu tu.

Antara masalah besar di shopee adalah perang harga! Macam mana korang boleh dapatkan supplier yang murah supaya dapat beri harga paling rendah di pasaran.

Kami juga nak kongsikan kepada anda pembekal dropship yang ada lebih 100,000 produk yang dapat dipos secepat mungkin.

Lagi best, korang wajib tahu teknik bina 1000 follower dalam masa seminggu je. Inilah rahsia terbesar untuk korang sukseskan kedai online anda tu nanti.

Kalau korang berminat untuk belajar semua teknik-teknik ni, korang boleh klik gambar di bawah ni sekarang.

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT