Friday 17 April 2020

Cara Dapat Duit Percuma Sekarang (Dalam 24 Jam)

Korang tengah cari cara dapat duit percuma sekarang ke? Nak duit segera dalam masa 24 jam dari sekarang?

Dah tak nak tunggu lama-lama untuk dapat duit pertama korang. Nak buat side income dengan cepat?

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Dalam entri kali ni, kami nak ajar korang cara macam mana korang boleh dapat duit cepat dalam masa sehari je.



Tak perlu tunggu berbulan-bulan untuk nampak hasilnya. Cara dapat duit ni bukan saja boleh dapat duit percuma sekarang, tapi boleh dikembangkan supaya dapat hasil berkali-kali.

Korang boleh buat RM100 sehari dengan gunakan teknik dapat duit percuma yang kami nak kongsikan ni.

Baiklah, macam mana caranya nak dapat duit percuma dalam masa yang singkat? Bacalah cara cari duit lebih untuk student ni hingga RM1000 sebulan.

Cara Dapat Duit Percuma Sekarang #1
Jadi dropship dan promote pada rakan dan keluarga

Haa! Inilah cara yang paling cepat kalau korang nak duit percuma sekarang. Nak jadi dropship FREE sahaja.

Banyak offer untuk jadi ajen dropship free. Caranya bagaimana?

Langkah 1 - Daftar ajen

Mula-mula search di Google, nak jadi ajen dropship. Buka satu-satu website di page pertama tu.

Baca : (MENJADI) Kerja Sambilan Dari Rumah RM2,200+ Sebulan

Cari nombor telefon pembekal. Jangan join sistem dropship. Selalunya berbayar!

Kalau boleh cari nombor telefon direct yang kita boleh contact. Cakap je nak jualkan barang mereka.

Langkah 2 - Buat offer

Lepas tu, korang buat offer. Tulis ayat jualan.


Nak tulis ayat jualan dan nak promote pada rakan dan keluarga ni kena casual dan santai tau!

Jangan ada hard selling (push2 orang nak beli). Saya kasi contoh ayat yang dah terbukti berkesan nak buat jualan pada rakan dan keluarga. CONTOH:

Ada sape2 minat nak beli tudung budak kecil tak? Saya ada jual tudung budak kecik ni, kain lembut sedap pakai, kalau sape-sape nak boleh PM kita ye:) Lepas tu letak gambar.

Kena rileks je, sekadar beritahu yang kita ada buat bisnes ni. Kita boleh jual pada mereka kalau mereka dah kenal kita.

Langkah 3 - Promote di Whatsapp, Telegram, Facebook dll.

Sebab tu lah kalau nak menjual guna iklan facebook ke, iklan Google ke, agak sukar. Sebab orang tak kenal kita.

Cara untuk jual pada mereka macam mana? Kita promote di Whatsapp je dan facebook je. Kalau whatsapp lagi lah orang tak rasa macam kita nak menjual sangat.

Kalau rajin, boleh PM direct ahli keluarga. Tapi ada seninya. Kalau tak nanti mereka menyampah dengan korang. CONTOH:

Apa khabar kak long, anak sihat? 

[Sembang-sembang dulu]

Eh, kebetulan, saya ada jual tudung anak kecil ni, baru je daftar ajen nak try tolong family ni. Kak long nak cuba tak?

Silap-silap, kita dapat sedekah dari keluarga atau rakan kalau kita ada anak kecil. Selalu macam tu lah.

Rakan dan keluarga ni akan kasi duit lebih. Jadi korang boleh jual produk lain lagi selepas sebulan jual produk tu.

Baca : Calculator Loan Rumah Malaysia | Kira Installment Bulanan

Kena up to date facebook korang dengan offer2 baru. Update je hari-hari kata ada orang beli, dapat sale. Nanti orang lain jadi nak beli pulak.

Entah-entah boleh viral post korang nanti.

Cara Dapat Duit Percuma Sekarang #2
Join website yang offer Duit Bonus ketika daftar

Ha, yang ni lagi senang, korang pasti boleh buat duit punya. Yelah, daftar je, isi borang sikit dekat website, korang dah dapat bonus duit. Percuma pulak tu.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Contohnya, korang daftar jadi forex trader di XM.com. Nanti korang akan dapat trading bonus USD30. Lebih kurang RM120 sehari, duit percuma untuk korang belajar cara-cara trading ni.

Ada lagi website-website lain yang offer duit bonus ketika daftar.

Langkah 1 - Cari website yang ada bonus ketika daftar

Mula-mula, korang kena search di Google. Letak je keyword "Registration Bonus" di Google tu.

Akan ada list website yang offer bonus ketika daftar.

Langkah 2 - Daftar maklumat di website

Lepas korang dah dapat list tu, korang buka satu-satu website tu. Dan daftar sebagai ahli dengan email atau nombor telefon korang.

Yang ni kena rajin sikit lah. Tapi, kalau korang nak dapat duit percuma sekarang, ni lah cara yang paling cepat.

Bila dah sahkan email, nombor telefon semua, korang akan diberi bonus mengikut terma dan syarat pemberian bonus mereka.

Kalau korang layak korang dapat lah. Kalau tak dapat, rileks la bro, benda FREE je, bukan korang rugi apa-apa pun.

Mungkin rugi 10 minit je daftar dan isi borang.

Cara Dapat Duit Percuma Sekarang #3
Beli murah dengan borong, Jual harga pasaran

Cara dapat duit percuma sekarang yang ni, korang kena ada skill usahawan sedikit. Ia perlukan sedikit tenaga dan masa korang.

Sebab benda ni offline. Kalau tips sebelum ni, korang boleh buat di telefon atau komputer je.

Kali ni, korang kena keluar rumah sedikit.

Cara duit percuma ni tak boleh dapat sekarang (24 jam), mungkin ambil masa beberapa hari sedikit. Tapi takpe, ianya berbaloi untuk anda cuba. Teknik ni sudah viral di US tapi belum lagi di Malaysia.
Siapa cepat ambil peluang akan dapat makan sorang-sorang dulu haha.

Tapi cara ni terbukti sudah ramai hasilkan usahawan berjaya. Eh percuma ke? Ada caranya untuk dapatkan modal secara percuma.

CONTOH:

Korang pergi cari di Mudah.my. Cari rumah sewa sekitar kawasan rumah korang. Tuan rumah tu nak cari penyewa tapi dah lama takde penyewa tau.

Korang kena deal dulu dengan tuan rumah untuk beri komisyen kalau korang dapat cari penyewa.

Atau korang boleh markup berapa banyak korang nak. Tapi kene ada agreement bertulis!

Korang tolong tuan rumah untuk cari penyewa.

Install AirBnB, buat listing rumah sewa tu di website tu. Buat description yang lengkap, beri nombor telefon anda BUKAN tuan rumah. Anda orang tengah!

Lepas tu, korang kena tunggu juga beberapa hari untuk dapat pelanggan. Takpe, korang ulang langkah tadi dengan tuan rumah lain.

Kalau korang ada 50 rumah sewa yang korang promote, insyaAllah dalam 2-3 rumah akan lekat dapat penyewa.

Jadi, katalah satu rumah korang untung RM100, korang dah boleh jana RM200-RM300 sebulan pendapatan pasif. 

Tanpa korang jadi tuan rumah, tanpa perlu ada skor kredit di bank, tanpa perlu memiliki hartanah, tanpa perlu keluarkan duit modal!

PENUTUP

Macam-mana guys, menarik tak tips cara dapat duit percuma sekarang ni, kami harap ia dapat bantu korang yang nak tambah pendapatan.

Jangan lupa share!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT