Sunday 19 April 2020

Cara Daftar Dropship Di Shopee Online

Korang tercari-cari cara nak daftar dropship di shopee online je?

Korang nak daftar dropship tapi tak tahu?

Nak berniaga di shopee tapi tak reti macam mana nak daftar jadi ajen dropship ke?

Perkara ni memang perkara biasa.

Sebenarnya, bukan korang tak tahu cara nak daftar dropship di shopee online ni, tetapi korang tak tahu strategi untuk dapat harga murah kan?



Sebab, kalau kita nak lawan harga peniaga shopee yang sudah lama atau kedai online yang besar, memang susah.

Mereka mampu jual dengan murah saja. Sebab mereka ada modal besar, dah dapat rating banyak, dah dapat "sold" banyak.

Jadi pembeli tak ragu-ragu untuk beli dari mereka.

Dari pengalaman kami, kalau korang nampak produk tu dah banyak sangat pesaing, korang tukar sajalah produk lain.

Cari produk yang persaingan agak kurang tetapi permintaan agak tinggi.


Kalau korang nak tahu secara detail, macam mana nak dapatkan harga pembekal yang terbaik, kami sedia untuk bantu korang.


Ok, kami akan ajar korang macam mana caranya untuk daftar dropship di shopee secara online.

Korang tak payah susah-susah nak cari tutorial yang susah nak ikut.

Sebanarnya, mudah sahaja kalau nak daftar sebagai ajen dropship ni.

Serius tak sampai sejam pun. Korang hanya perlu guna skill meng'Google' je.

Mula-mula korang kena tahu, nak jadi dropship ni, korang sebenarnya menjadi rebutan pembekal.

Sebab tu urusan nak daftar ajen dropship ni tak susah.

Haa? Apa tu? Maknanya kalau anda nak jadi ajen dropship, pembekal dropship akan berebut-rebut nak kan anda.

Lagi-lagi kalau anda dah dapat order dari pelanggan. Tinggal nak order je dari pembekal.

Ada sedikit trik kalau anda nak diskaun dari pembekal atau ajen dropship ni.

Kata saja anda sudah ada order tinggal nak transfer je order ke mereka.

Mesti mereka akan mudahkan urusan anda jadi ajen dropship.

Ok, ada beberapa cara untuk daftar dropship di shopee secara online ni.

Cara Daftar Dropship Di Shopee Online #1
Dropship Dari Platform Ecommerce Yang Lain

Baiklah, kalau anda nak cara yang mudah, korang boleh saja dropship dari website ecommerce lain.

Maknanya, korang ambil produk dari Lazada, Lelong atau Ebay untuk completekan order pelanggan anda.

Semasa korang letakkan product page di kedai online anda, korang ambil gambar dari platform ecommerce lain tu.

Guna snipping tool/screenshot saja.

Pastikan korang save link produk tu. Letak dalam Notepad atau Excel.

Kalau Excel, korang matchkan detail produk tu sebelah-sebelah.

Sebab nanti kalau korang dah ada beratus-ratus product page, tak lah korang konfius mana satu product page dengan pembekalnya.

Lepas korang dapat order dari pelanggan dan mereka dah bayar di shopee, anda order saja dari Lazada, Lelong atau Ebay.

Letak alamat pelanggan anda supaya mereka pos ke pelanggan anda.

Ada beberapa kelebihan gunakan cara ni, korang akan dapat barang ready stock. Sebab produk tu dah memang ada di platform tersebut.

Korang mulakan bisnes dropship tanpa modal. Kecuali modal mula-mula nak beli barang di platform lain tu, sebab shopee pegang dulu duit tu sampai barang dapat ke pembeli.

Korang juga tak payah simpan stok.

Korang dah bantu bisnes orang lain dengan bantu mereka dapat sale.

Banyak dah kelebihannya kalau gunakan teknik ni.

Cara Daftar Dropship Di Shopee Online #2
Jadi Pemborong Ready Stock

Cara kedua adalah dengan jadi pemborong dulu.

Maknanya korang beli pukal atau sekali banyak dari pembekal.

Korang boleh dapat harga diskaun dengan cara ni.

Sebab kalau beli banyak, lagi banyak beli sekali gus, lagi banyak diskaun harga korang dapat.

Kelebihannya, korang berbisnes dengan stok di tangan. Barang dah sampai ke korang.

Lagi satu, korang akan dapat margin untung yang lebih banyak.

Kelemahannya, korang perlukan modal yang agak besar sebab kena beli barang dulu.

Lain dari teknik pertama tadi, korang tunggu order dari pembeli dulu.

Yang ni, korang keluarkan modal dulu, tapi boleh dapat untung lebih. Walaupun ia agak berisiko.

Tapi inilah rahsia macam mana jerung-jerung besar di shopee buat untung dan kalahkan persaingan dari peniaga kecil dan peniaga-peniaga baru.

Cara Daftar Dropship Di Shopee Online #3
Cari Pembekal Produk Yang Ada Sistem Ajen

Cara yang ketiga ni, korang boleh saja pergi Google dan letakkan keyword "Pembekal [nama produk korang]".

Nanti korang akan dapat list website pembekal dan pemborong.

Selalunya mereka akan buat program ajen dropship. Korang boleh daftar di website untuk dapat harga diskaun.

Atau korang boleh cari nombor telefon dan call/whatsapp secara terus ke mereka.

Dengan cara ni, korang boleh tawar-menawar harga. Korang juga boleh bina hubungan bisnes dengan mereka.

Kalau korang guna teknik di awal post ni, iaitu cari order dulu dan baru cari pembekal, korang boleh dapat diskaun.

Bila korang dah dapat order, pembekal akan sanggup turunkan harga untuk anda sebab mereka nak cop anda jadi ajen dropship mereka.

Kalau anda jualan anda konsisten, anda akan jadi lebih berkuasa dalam tawar-menawar dengan mereka.

Kalau korang berminat untuk dapatkan senarai lengkap pembekal dropship dan cara jana jualan lebih RM100,000 dengan shopee, korang boleh dapatkan panduan lengkap step by step dalam ebook ni.

Boleh klik gambar ni >>


No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...