Sunday 14 March 2021

5 Kerja Part Time Gaji Hari - RM2,000+ Sebulan

Korang tengah cari kerja part time tapi gaji di bayar dalam hari?

Kami ada listkan kat sini jawapannya.

Kami bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian #1

Makan Gaji, untung sikit, tapi cepat dapat duit, tak kerja tak ada duit.

Contohnya:

1. Bawak Grab Part Time

2. Kerja Hantar Makanan Food Panda atau Grab Food

Baca : App Buat Duit Dalam 24 Jam - App Ni Paling Senang Buat Duit

Bahagian #2

Mula bisnes, untung takde mula-mula, lepas setahun income tiada limit, tak kerja tapi duit masuk.

1. Bisnes Dropship Shopee

2. Blogging vs Youtube

3. Jual di Marketplace

Kalau korang nak tahu cara cepat buat duit dengan kerja-kerja ni, baca sampai habis.

Kami bongkarkan satu persatu.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Kerja Part Time Gaji Hari #1 - Bawak Grab Part Time

Ini paling ramai anak muda buat.

Sehari boleh dapat dalam RM100 tau!

Kalau korang mula buat dari 8 pagi, orang bekerja, korang dah start hantar.

Kami dulu mula pada 630 pagi lepas subuh.

Time ni senang dapat customer.

Jauh-jauh pulak tu.

Dulu kami buat di Johor Bahru.

Pagi-pagi je ON grab hala ke JB sentral.

Baca : (Menjadi) Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 Yang Betul

So trip pertama je dah boleh cecah RM30.

Lepas tu follow jela grab tu bawak korang ke mana-mana.

Nanti pukul 10 ke 11 lengang sikit.

Pergi lah makan dulu.

Nanti sambung balik tengahari sampai petang.

Petang pulak orang balik kerja.

Kalau weekend, korang mula la dari pukul 10 pagi sampai 1 malam.

Haa, weekend sehari boleh cecah RM200 tau kalau korang buat sehari.

Tapi yang tak bestnya, korang masih makan gaji.

Tak kerja tak de duit.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Tapi masyuk gak la, sebulan kami boleh cecah RM4,000+ dengan Grab dulu.

Kerja Part Time Gaji Hari #2 - Kerja Hantar Makanan Food Panda atau Grab Food

Ini kami tak sempat buat, sebab kami dah masyuk income dengan bisnes online.

Kami tak sempat merasa buat food panda.

Tapi dulu pun kami takde motor.

Ada kereta.

Yelah student kan, ramai ada motor.

Senang nak mulakan kerja part time macam ni.

Kami kalau ada peluang pun nak merasa.

Tapi sekali hantar hanya dalam RM3 ke RM5 sahaja.

Ikut berapa jauh jarak anda hantar.

Tapi minyak korang pun murah kan naik motor.

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Selalu balik modal je.

Rilek la santai-santai.

Tapi kami seram jugak tengok orang bawak food panda ni laju macam pelesit.

Ini pun sama macam buat grab tadi.

Korang masih makan gaji.

Tak boleh jadi kaya dengan 2 teknik pertama ni.

Tapi teknik seterusnya ni best, sebab income korang boleh cecah RM10k sebulan.

Lagi best pendapatan tu pasif, hanya duduk depan laptop.

Perlukan masa 1 ke 2 jam sehari je.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Kerja Part Time Gaji Hari #3 - Bisnes Dropship Shopee

Income kami dari bisnes ni dah cecah RM9,000+ sebulan tau.

Kami ada tunjuk bukti excel file kami di blog Prof Duit ni.

Korang carilah dalam banyak-banyak post ni.

Saja je nak kasi korang baca post kami yang lain juga hehe.

Masa mula jual tu, korang takde rating lagi.

Korang pun takde mark "Sold" dekat produk korang.

Macam mana korang nak dapat sale kan?

Tapi ada caranya.

Dulu kami hanya upload 5 produk sehari selama 30 hari.

Sebulan dah ada 150 produk.

Masa tu kami terus buat shopee ads untuk setiap produk.

Bid letak 7 sen je satu klik.

Dalam RM5 dah ada sale dah.

Lepas tu kalau customer PM korang, korang terus reply laju-laju.

Nanti korang akan dapat mark response rate yang tinggi.

Lepas tu korang beri servis yang baik, jawap semua PM cepat-cepat.

Ship barang pun kena cepat.

Ambil local seller di shopee sebagai supplier korang.

Ambil yang rating 4.8+.

Nanti korang akan tumpang rating mereka.

Markup lah dalam RM20 satu produk.

Korang untuk atas angin.

Minta izin dulu la nak jadi dropship ya.

Korang akan terkejut betapa mudahnya buat duit di Shopee nanti.

Kerja Part Time Gaji Hari #4 - Blogging vs Youtube

Yang ni best, ia lebih pasif dari shopee tadi.

Kalau korang bina content yang bagus letak di blog atau youtube channel, income korang tu akan masuk tanpa korang buat apa-apa.

Kami dah jana RM250+ sebulan dengan blog kami ni.

Hanya letak iklan google adsense tu jela.

Kalau kontent korang bagus, Google ni baik.

Dia akan beri korang trafik yang banyak.

Dan konsisten tau.

Setiap bulan trafik blog kami ni naik mencanak.

Dan kami dapat buat dalam $20 setiap 1000 pageviews.

Okaylah kan RM80 setiap 1k views.

Tapi ini bisnes model paling kami suka.

Tapi blogging vs youtube mana lagi bagus?

Pada kami, dua-dua boleh buat duit.

Tapi kami nak beralih ke youtube pula lepas ni.

Target kami kalau kami dapat jana lebih RM2,000+ sebulan dengan blog ni, kami akan mulakan youtube channel.

Selagi mana korang buat content yang berguna untuk audiens korang, google akan beri korang trafik.

Masa kami mula tulis blog, kami buat 1 artikel sehari selam 30 hari.

Setiap artikel panjangnya 1500+ patah perkataan.

Dan kami tahu, google suka content yang panjang dan original.

Lepas tu kami biar je artikel tu rangup di google selama setahun.

Sebab google akan ambil masa 8 ke 10 bulan nak rank artikel ni.

Diorang buat user testing dulu.

Selagi mana korang buat content yang lagi baik dari artikel di search result depan tu, korang akan dapat dominasi ranking tersebut.

Haa senang kan?

Kerja Part Time Gaji Hari #5 - Jual di Marketplace

Kerja ni korang boleh dapat duit pada hari pertama tau!

Ini dulu kami buat jual tilam angin.

Kami beli tilam angin RM50 kami jual semula RM90.

Lepas tu buat COD.

Kami join grup "Penduduk Bangi", "Geng Bangi".

Haa contoh je.

Korang join la group tempat korang.

Nanti dah approve, buat listing.

Dalam 10 views je dah boleh dapat sale tau.

Power tak marketplace ni.

Kami ada member yang ajar kami, buat RM40,000 setahun dengan marketplace je.

Kos marketing 0.

Hanya renew listing dalam 2 minggu sekali.

Kalau dia nak jalan pergi melaka, dia on listing dekat group melaka.

Esok pergi melaka, malam ni close deal dulu, set nak hantar barang.

Lepas tu dapat jalan free.

Dapat jual barang lak tu.

Akhir Kata

Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, tolong share pada rakan korang.

Biar ramai tahu pasal blog Prof Duit ni.

Kami nak beri info percuma je, supaya korang pun boleh dapat duit online dengan mudah.

Kami search tadi, ramai pulak orang Google pasal kerja part time gaji hari kl, kerja part time gaji hari, kerja part time gaji hari di rumah, kerja part time gaji hari di johor bahru, kerja part time gaji hari melaka, kerja part time poslaju, kerja part time klang gaji hari dan gaji part time.

Mungkin kami nak share pasal tu nanti.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...