Monday 28 December 2020

Pengalaman Real Melabur Saham - Cara Bermain Saham dengan Modal Kecil

Korang pernah tak dengar orang boleh kaya dengan saham? 

Orang kampung panggil main saham.

Atau korang minat nak tahu cara main saham dengan modal kecil.

Baca : 25 Apps Buat Duit - RM100 Sehari dalam 24 Jam

Korang kena percaya hakikat tu, memang ramai sangat dah orang yang kaya dengan saham.

Saham ni macam korang miliki bisnes.

Nak mula saham kena simpan duit untuk labur.

Jom belajar cara main saham online dengan betul di blog Prof Duit ni.

Kalau korang rasa nak cepat faham..

Kami sangat sarankan korang dapatkan ebook dari otai ni..

Kami ada share Cara Simpan Duit Guna Teknik Orang Kaya Supaya Semakin Kaya.

Orang terkaya dunia, semua dari mereka ada miliki sejumlah saham yang besar.

Rahsia utama mereka adalah mereka miliki saham syarikat ketika bernilai hanya beberapa sen, dan pegang saham sampai mereka ada nilai saham berbilion ringgit.

Mereka jadi early founder! 

Itulah rahsia kalau betul-betul nak kaya dengan saham, cari syarikat yang bersen-sen, dan pegang sampai nilai sahamnya naik beratus-ratus ringgit.

Saham vs forex? Mana lagi bagus?

Pada pendapat kami, saham lebih bagus dari forex.

Sebab? forex ni untuk long term akan sideways je. Tak naik tak turun.

Tapi saham ni, untuk long term selalunya akan uptrend.

Baca : Buat Duit Dengan Buku (Bisnes Paling Pasif)

So, selagi mana korang beli saham, dan beli saham lagi, korang semakin kaya.

Tapi forex, korang akan di takat tu jela.

Kena win rate tinggi untuk untung dengan forex.

Apa itu saham?

Saham adalah pemilikan bisnes.

Kalau korang mula bisnes kedai burger, korang keluarkan modal sendiri, korang ada 100% share atas keuntungan kedai burger korang.

Kalau korang ada 3 orang keluarkan modal, so, korang ada 30% share.

Baca : Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil (Bawah RM2000)

Nanti untung kena bahagi 3 la dengan yang keluarkan modal.

Saham ni, syarikat minta orang awam keluarkan modal. 

Nanti syarikat akan niagakan duit tu.

Kalau untung, syarikat akan beri pada pemegang share la.

Tapi dalam kuantiti yang banyak. (Bilangan share juta-juta, contoh kedai burger tadi hanya 3 je share).

Apa hukum main saham?

Hukum main saham adalah harus.

Baca : Kerja Part Time Gaji Hari - RM100+ Dalam 24 Jam

Bila korang beli saham, korang keluarkan modal untuk syarikat niagakan duit tu.

So, bila syarikat untung, syarikat akan beri sedikit keuntungan dalam bentuk dividen.

Islam nak orang islam sendiri kaya.

So, main saham ni sebenarnya boleh dikategorikan sebagai jihad dalam perniagaan.

Permulaan main saham?

Kalau korang baru, mula main saham dengan modal kecil je.

Sebahagian savings korang letak dulu dekat Tabung Haji dan ASB.

Kalau boleh letak 70% di situ dulu.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Nanti kalau 30% saham korang labur tu buat duit, slow-slow naikkan portfolio korang.

Boleh letak 50% duit savings korang dekat saham.

Tabung Haji dan ASB adalah instrumen yang low risk sikit.

Saham ni high risk sikit.

Sebab kalau harga turun korang akan cenderung untuk jual.

Tapi turun tu normal, dan lagi lama korang pegang lagi rendah kebarangkalian untuk rugi dengan saham.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Cara main saham malaysia?

Cara main saham malaysia adalah dengan mula daftar dengan broker saham tanah air dulu.

Kalau korang nak main saham malaysia, korang boleh daftar dengan broker MPlus Online.

Sebab brokerage fee Mplus adalah yang terendah di Malaysia.

Nanti, korang boleh mula beli saham.

Minimum saham 100 unit sekali beli.

Kalau korang minat nak beli saham macam bank islam, harga RM3.90, korang perlukan modal RM390 sekali transaksi beli tu.

Baca : Calculator Loan Rumah Malaysia | Kira Installment Bulanan

Cara main saham global?

Kalau korang minat nak beli facebook ke, amazon ke, yang kami tahu korang boleh buka akaun dengan broker luar negara.

Kalau korang nak guna Bursa Malaysia pun boleh.

Boleh cari nama saham MyETF-US50.

Ini adalah 50 syarikat gergasi US.

Tapi korang boleh beli guna platfrom MPlus Online atau broker di Malaysia.

Cara kaya dengan saham

Kalau korang nak lebih cepat grow market value saham korang, biar sahaja dividen terkompoun.

Korang buat kerja lain, invest di tempat lain, cari peluang lain.

Saham tidak boleh dipertikaikan lagi dalam buatkan orang kaya.

Saham ni, kalau peram lama lagi baik dari peram emas. 

Sebab saham ni dikategorikan sebagai aset produktif!

Emas pula, aset tak produktif. 

Kalau korang ada sejumlah saham, saham tu akan beri dividen, cashflow, dan duit poket masuk, tanpa korang jual share atau saham tu.

Korang kena ada mindset yang betul.

Baca dulu 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Tapi emas lain pulak, kalau korang beli gold, korang kena jual emas korang tu baru nak dapat cash dari emas tu.

Saham juga kategori pelaburan cashflow, manakala emas kategori pelaburan capital gain.

Korang kena jual baru dapat rasa untung tu.

Korang jangan fikir nak trade saham je, memang senang rugi.

Lagi baik korang bisnes macam tu.

Ada macam-macam cara korang boleh dapat duit cepat.

Boleh layan entri kami yang lain macam Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Kami nak tunjukkan kat korang, macam mana cara yang betul, korang boleh bermain saham dengan modal yang kecil.

Ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar kami bermain saham dengan modal kecil.

Modal kecil kami tu dalam RM3,000.

Kalau modal korang hanya RM100, apa kata korang buat benda ni.

Berapa modal kami guna masa nak mula berjinak-jinak dengan dunia saham ni?




Kami mula dengan RM3,000. 

Alhamdulillah, sehingga kini, kami masih dalam profit, masih untung. 

Dan sudah siap withdraw RM1500 macam tu.

Perkara paling loser atau bodoh yang korang boleh buat ketika main saham adalah jual saham ketika harganya turun.

Korang kena beli lagi saham pada harga rendah, dan jual pada harga tinggi.

Kalau nak kaya, kena fahamkan mindset dalam entri kami Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Ada seninya main saham ni.

Ikut je step by step dalam ebook ni kalau korang nak senang.

Tak payah pening-pening...

Download dekat banner bawah ni..

Kalau korang selalu dengar, beli masa saham murah dan jual balik masa saham tu naik, sebenarnya korang gunakan mindset yang salah.

Itu mindset trader, dan risikonya sangat tinggi untuk hilang duit.





Kalau nak duit cepat, lebih baik korang guna cara lain.

Cara kedua yang kami nak tunjukkan ni lagi baik, lagi senang, lagi santai, tak pening sangat kepala dan paling terbukti boleh buat duit dengan saham.

Katalah korang ada modal RM10,000 untuk labur ke saham, 

Kalau korang trader terbaik di dunia pun, korang akan alami kerugian, itu lumrah dalam dunia trading.

Trader akan habis beribu-ribu ringgit dan dollar sebelum mereka trade dan profit. 

Nak jadi trader yang konsisten tu sangat lah susah sebenarnya.

Hanya 1 ke 5 % sahaja trader yang profit kat dunia ni. 

Ya!

1-5 % sahaja, berdasarkan kajian berdata.

Klik banner bawah ni untuk mula labur dengan bimbingan pakar saham.

Kalau korang boleh untung masa mula-mula pun, ianya dipanggil 'beginner's luck'.

Nasib baik je tu, korang profit. 

Tapi kalau lagi lama korang trade, korang akan lebih mudah rugi.

Bila korang trade, 

kalau selalu menang korang akan over confident, 

kalau selalu kalah korang akan cuba paksa trade tu, kononnya nampak trend candlestick la, 

bullish itu bearish ini, tapi korang hanyalah dikawal oleh emosi.

Last sekali, korang pun tak dapat jana profit dan kembali loss semula. 

Lepas tu korang blame saham ni tak boleh buat duit, habis duit dengan saham lah, jangan terpedaya untuk main saham la, high risk sangat lah.

Haa, sebenarnya korang yang salah strategi. 

Dalam entri ni kami nak bongkar strategi simple tapi power kami ni.

Sebelum korang mahir strategi ni, kami nak buat sedikit matematik, kiraan untuk buka mata korang!

Kata lah korang ada RM1,000, korang labur di syarikat yang undervalue. 

Cara mudahnya P/E ratio bawah 15, lagi rendah lagi bagus. 

Syarikat ni, sebenarnya bagus sangat sebab untung banyak tapi harga saham murah!

Sebab P/E ratio ni adalah price/earnings per share. 

Kalau harga tu rendah berbanding untung syarikat bagi setiap share, maknanya syarikat tu undervalue.

Dan syarikat undervalue ni akan naik harganya tak kira macam mana pun. 

Yelah syarikat yang untung, memang akan mahal lah saham nya nanti kan.

Katalah korang beli pada harga RM0.30 sahaja, dan korang pegang saham tu selama 10 tahun. 

Lepas 10 tahun, harga saham nya jadi RM3.

Ini normal ya, kebanyakan syarikat akan naik harga kalau pegang lama.

Dari modal RM1,000 tadi, akan jadi 10 kali ganda. 

So, modal korang dah jadi RM10,000 selepas 10 tahun.

Dan katalah dividen dari pemilikan bisnes tu, korang dapat 5% sahaja dividend yield nya.

Korang dah dapat RM500 setahun, bersamaan RM41.67 sebulan.

Cuba korang kira balik return on investment dengan RM500 yang korang dapat setahun tadi.

RM500 bahagikan dengan RM1000 (modal asal korang). 

Pulangan pelaburan saham korang adalah 50% setahun!

Korang tak payah jual apa-apa! 

Aset korang pegang sahaja tapi return 50% setahun.

Kalau korang bahagi dengan 10k tadi, memang lah jadi 5%, tapi ingat, modal asal korang hanyalah RM1,000 sahaja.

Hanya dengan beli dan tinggal, setup sekali beli, dan lupakan password akaun saham korang selama 10 tahun, korang akan dapat dividen berterusan.

Katalah korang konsisten dengan melabur, so sudah pasti selepas 10 tahun korang punya aset dah macam dato seri kan.

Lagi satu, korang nampak tak macam korang letak downpayment rumah sahaja dengan teknik ni,

 kalau saham tu naik 10 kali ganda, 

macam lah korang beli rumah, letak downpayment 10% je, tapi korang boleh dapat aset 10 kali ganda dari modal korang.

Sebab tu saham ni dalam kategori trio of wealth, tiga trio untuk kaya.

Nombor satu bisnes, nombor dua hartanah, nombor tiga saham.

Yang mana saham tu juga adalah sebahagian dari pemilikan bisnes.

Kalau korang malas nak cari saham yang mana yang paling return tinggi, beli sahaja ETF.

Kalau dekat bursa sekarang korang boleh beli 50 saham patuh syariah dari negara Amerika.

Namanya US50 KLSE, haa try google.

ETF ni selamat sikit, sebab kalau saham macam KLSE US50 tu, ibarat korang beli ekonomi amerika syarikat.

Dan banyak lagi negara yang korang boleh beli sahamnya dan buat aset korang.

Kami suka beli saham sebab kami memang peminat nombor satu pendapatan pasif!

Kami suka buat dan tinggal, setup and forget. 

Sebab tu kami suka tulis blog, macam blog Prof Duit ni.

Kami tulis content yang bagus, dan kami tinggal je blog ni dirank di Google sampai dapat trafik ribu riban.

Kalau korang tengah baca entri ni, kemungkinan besar saya dah tak ingat saya pernah tulis artikel ni pun haha.

Kembali pada topik tadi, yang bestnya saham ni, korang tak payah la pening kepala hadap penyewa, nak kena tengok penyewa, pilih penyewa supaya dapat penyewa dari syurga.

Tak nak dapat penyewa dari neraka, yelah kan rumah hancur, sewa tak bayar nanti.

Sebab tu, cara pasif yang paling best adalah dengan saham. 

Tapi kalau korang ada cash yang banyak boleh lah rasa duit dividen tu.

Kalau contoh kami tadi, RM50 je sebulan, 10 tahun lagi, entah-entah dah jadi macam RM5 je.

Sebab masa tahun 1971 dulu, Presiden Nixon dari Amerika, dia ubah duit kertas kita satu dunia kepada currency atau matawang.

Masalah utama currency ni, ianya sudah tidak dikaitkan dengan piawai emas.

Maknanya kerajaan boleh print duit sesuka hati, tidak berdasarkan jumlah emas sesebuah negara tu.

Dan currency semua di piawai menggunakan US dollar sebagai reference.

Dan juga, currency ni di design supaya hilang nilainya dari $1 hinggan $0.05 dalam masa 40 tahun.

Lagi lama korang simpan duit cash lagi korang dijamin akan hilang duit.

Samalah kalau simpan di bank, guna savings account. 

Simpan cash untuk guna je.

Selebihnya letak di instrumen yang boleh beri return lebih tinggi dari 3%, iaitu minimum return untuk lawan inflasi.

Contoh saham patuh syariah?

Kebanyakan saham di Bursa Malaysia adalah patuh syariah.

Contohnya, Nestle, Petronas dagang, Ajinomoto.

Syarikat ni semuanya patuh syariah. 

Kalau korang pergi dekat Mplus online, syarikat ni ada mark * dekat hujung code.

Ini tanda saham-saham ni patuh syariah.

Boleh dapatkan panduan lengkap pelaburan saham dengan klik banner kat bawah ni ya.


Akhir Kata

Next time, kami nak share pasal pelaburan saham patuh syariah, pelaburan saham maybank, pelaburan saham menurut pandangan islam, pelaburan saham malaysia, pelaburan saham serendah rm10, pelaburan saham ddnk, pelaburan saham online, pelaburan saham bank islam, pelaburan saham rhb, apa itu pelaburan saham, asas pelaburan saham, panduan lengkap pelaburan saham, buku pelaburan saham, panduan lengkap pelaburan saham pdf, buku pelaburan saham pdf, pakar pelaburan saham, cara memulakan pelaburan saham, risiko pelaburan saham, hukum pelaburan saham, pelaburan amanah saham dan pelaburan di bursa saham malaysia.

Minta korang share artikel ni, dan baca artikel kami yang lain juga ya.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...