Monday 11 January 2021

Cara Dropship Shopee - RM3,049+ Sebulan - Step By Step Guide

Korang tengah cari cara nak dropship di Shopee ke? 

Kalau korang nak tahu cara kami dropship shopee sampai jana income RM3k sebulan, baca entri ni sampai habis.

Banyak kali dengar pasal shopee ni, tapi tak tahu nak mula dekat mana?

Kali ni, kami nak bongkarkan korang cara macam mana kami jana pendapatan konsisten sebanyak RM3049 sebulan.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Kami hanya ambil masa selama 3 bulan untuk dapatkan income sebanyak ni. Cantik tak muka I. Awww.

Dah lah cantik, bisnes masyuk lak tu. Haha, nanti PM I ye..Muahhxx


Kalau korang tak percaya, boleh tengok bukti Excell kami ni. Syok kan, income kami memang macam ni.

Kalau korang tengok bisnes kami ni dah cecah RM3,000 sebulan! Kalau korang nilaikan aset kami ni, sebenarnya bernilai RM720,000!

Ya bisnes kami ni bernilai sebanyak tu.

Kenapa? Sebab bayangkan korang ada ASB RM200,000. Korang akan dapat dividen setahun dalam 5% kan. So dapatlah dalam RM10,000 setahun.

Bahagi 12, korang dapat RM833 sebulan. Itu kalau ASB RM200k bersamaan RM833 sebulan.

So, cashflow bisnes kami RM3,000 sebulan bersamaan nilaian aset RM720k!

Paham ke idok?



Kami tak sembang ya, kami buat bisnes betul. Kalau korang tengok dekat data kami tadi, income kami sebulan sebanyak RM3000+.

Banyak tak?

Haa, kalau korang nak tahu macam mana kami buat, kami mulakan dengan upload produk di Shopee je.

Acah-acah je pada mulanya.

Tapi kami sedar, yang dari blogging tunggu masa setahun baru nampak hasil, baik kami jual di Shopee.

Kami nampak peluang, sebab masa tu kami nampak orang jual Hoodie di Shopee sangat lah murah.

RM15 dah boleh dapat hoodie?



Ini pelik, so kami pun terfikir kalau kami boleh jual pada harga RM40, masih relevan.

Kami pun sanggup bayar RM40 untuk hoodie dan baju sejuk.

Kalau RM15 untuk hoodie tu tersangatlah undervalue.

Tapi lepas tu kami buat kajian lagi, berapa cost per click untuk iklan di Shopee ni?

Kami terkejut lagi, sangat murah. Hanya 7 sen per klik!

7 sen per klik ni adalah iklan Facebook pada tahun 2010 guys!

Sekarang korang letaklah minimum bid 7 sen di Facebook, tak bergerak punyalah iklan korang tu.

Tapi shopee masih murah iklannya.

So, kami pun ambil peluang lah, jual hoodie ni, RM15 beli di shopee dan list semula produk dengan harga RM40!

Kami dapat untung RM25 selepas kos-kos lain.

Dan kos iklan yang kami dapat selalunya hanyalah RM5 untuk 1 sale.

So kami untung RM20 bersih. Ya! Iklan dah la customer yang bayarkan, kami rolling semula duit, reinvest untung dan buat iklan dekat produk lain, kasut pula lepas ni.

Sebelum kami cerita panjang lebar, korang yang nak tahu lanjut cara kami bisness shopee ni, kami ada cerita semuanya dalam ebook bisness shopee ni.

Boleh klik banner kat bawah ni untuk bina bisnes korang sampai RM3,000+ sebulan.

Untuk setiap produk yang kami jual, kami akan upload beberapa produk. Dalam 20-30 produk akan kami upload kalau kami nak jual hoodie.

Sama lah dengan barang lain.

Kami gunakan teknik dropship shopee yang kami buat sendiri. Maka terbitlah ilmu dropship shopee ke shopee yang korang pernah dengar sehingga kini.

Ianya sangat mudah dibuat dan sama-sama untung. Kalau korang dropship nak gunakan produk listing orang lain, pastikan korang minta kebenaran.

Tapi selalunya seller tu akan beri sahaja kebenaran kalau korang nak jual semula barang diorang.

Sebab korang dapat sale dari shopee dropship ni, dan seller/supplier korang pun dapat sale.

Dan pelanggan pun happy sebab dapat beli dengan harga yang masih selesa dan relevan.

Bezanya, supplier korang tak tanggung kos iklan. Korang yang tanggung kos iklan.

Yang mana sebenarnya customer korang yang tanggu sebab korang dah mark up sekali harga barang untuk bayar kos iklan.

Memang cantik bisnes model ni. Tapi ianya tak berapa dicadangkan oleh shopee sebab agak memanipulasi harga barang.

Tapi selagi masih boleh buat, apa salahnya guys, It is FREE money, pada kami lah.

Dekat Prof Duit ni, kami nak huraikan cara macam mana nak dropship shopee ke shopee ni, tanpa gunakan modal korang.

Dari pengalaman kami, untuk mulakan bisnes tanpa modal ni, sampai satu tahap, korang kena gunakan duit korang jugak.

Sebab nak dahulukan ship barang, dan bila pelanggan dapat barang, barulah korang akan dibayar oleh Shopee.

So, untuk pastikan barang dapat pada pelanggan, korang kena order dulu dengan supplier, masukkan detail pelanggan korang dan tunggu barang sampai.

Bila customer klik 'Order Received" barulah payment tu akan release ke korang selepas 3 hari.

Untuk tempoh masa tu, korang perlukan capital untuk rolling modal. Dan kami nak bongkar macam mana korang jaga cashflow bisnes ni, walaupun kena dahulukan modal.

Apa cara kami guna untuk sustain capital supaya dapat bisnes dropship ni sampai tak ada order customer yang delay?

Kami dapat ship semua item on time tanpa gunakan modal kami.

So, jawapannya adalah Credit Card!

Haa, bila korang dah tahu berapa conversion rate iklan shopee korang tu, korang dah boleh mula buat hutang untuk bisnes.

Jangan risau ya, ni hutang baik! Nampak macam tak elok berhutang, tapi hakikatnya, ni adalah satu cara nak grow bisnes korang tanpa guna modal yang korang ada.

Sebab payment tu dah dapat kat kita pun, cuma Shopee akan on hold payment tu, sampai customer kita dapat barang.

So, kalau korang labur dengan berhutang kredit, korang sebenarnya membuat pelaburan yang sudah terjamin keuntungannya.

Gunakan credit card korang dulu, dalam 15 ke 20 hari bila payment masuk, bayar semula kredit kad tu.

Dan slow-slow setelkan hutang korang, tapi agak berisiko lah.

Kami tak kisah, sebab kami memang expert dalam mulakan bisnes tanpa modal, lagi-lagi dropship shopee ni.

Walaupun ianya nampak bahaya, tapi sebenarnya selamat digunakan.

Katalah korang kena interest dekat credit card korang, kalau ada baki RM1000 masa hujung bulan tu, korang kena caj RM20. So, korang akan korbankan sikit profit RM20 tu dan bayar interest guna profit korang.

Tapi sale dan untung bersih korang dah RM3000 sebulan. Tak rasa la pulak interest tu.

Tapi pastikan korang jaga betul-betul cashflow untuk mulakan bisnes dropship shopee ni.

Kami dah berpengalaman lama dalam bisnes online dan kami tahu cara nak track semua duit keluar masuk.

Macam dalam Excel file yang kami tunjuk tu.

Bila mula-mula shopee store korang baru nak naik, takde sold lagi kan.

Masa tu korang akan nampak conversion sedikit rendah.

Kekadang akan rugi sikit, tapi bila sold dah banyak, korang dah ada sosial proof.

Masa tu lah kami bedal iklan gila-gila punya.

Secara purata, untung kami berkadar langsung dengan kos iklan yang kami belanjakan. Katalah kami spend RM200 hari tu, kami dapat untung bersih RM200 lah lebih kurang.

So, bila korang dah sampai tahap ni, korang kena fikirkan cara supaya korang boleh spend iklan sebanyak-banyaknya!

Kami tambah seberapa banyak produk yang boleh, dan kami pastikan akaun ads kami sentiasa penuh dengan topup.

Supaya setiap saat iklan kami dapat bid ruang iklan di search result shopee tu.

Kekadang ada masa orang tak beriklan, dengan beriklan secara berterusan, kekadang kami dapat menang bid ketika orang tak beriklan.

Sebab tu kami maintain je CPC 7 sen per klik, dan kami akan cuba spend iklan sebanyak yang mungkin.

Dengan memastikan conversion rate iklan ke pembeli tu kekal maintain. Ini namanya horizontal scaling.

Grow bisnes secara mendatar! Dengan tambahkan lagi produk banyak-banyak untuk target keyword yang berlainan.

Akan sampai satu masa tu, bila iklan korang dapat banyak klik dan banyak sale, shopee akan lebihkan iklan korang berbanding iklan orang yang lain yang tak berapa buat jualan.

So, masa tu lah korang akan nampak vertical scaling. Grow bisnes korang secara menegak, yang mana iklan-iklan korang akan jalan dengan lajunya.

Masa ni, sale korang jangan cakap lah, memang berdesing saja handphone korang dengan notifikasi dari shopee.

Dapat payment confirmation dari pembeli. Haha, perasaan yang tak dapat digambarkan.

Rasa boleh jadi jutawan.

Sebab tu kami sangat galakkan korang bisnes dropship shopee ni. Sangat senang buat duit.

Iklan korang yang RM200 sehari tu, semuanya customer yang bayarkan sebenarnya, dan korang akan makan untung atas angin je.

Dari segi produk pula, kami akan buat jadual, sekurang-kurangnya upload 5 produk sehari selama 3 bulan!

Itu rutin kami, kami sekarang sudah cecah 300 produk di store kami, dan akan kami tambah beratus-ratus lagi.

Kalau tak silap kita boleh upload produk sampai 3000!

Bayangkan kalau hanya dengan produk 300 tu, kami dah jana income bersih RM3,000++ sebulan.

Kalaulah kami ada 3000 produk, macam mana meletupnya bisnes kami ni.

Untuk masa sekarang, kami perlukan masa sejam sehari untuk setelkan semua order customer, untuk layan PM dengan lemah lembut, untuk dapatkan rating tinggi, shipment rate tinggi.

Supaya kami dapat status Preferred Seller.

Kalau korang boleh buat dropship shopee ni sampai preferred seller, shopee akan letak produk korang di bahagian atas search result.

So, korang boleh dapat lebih banyak reach dan klik, korang pulak dapat badge  preferred seller tu nanti.

Dengan badge tu, korang akan dapat beri coins dekat pembeli, so, conversion rate lagi lah tinggi.

Cuba korang darabkan tadi. 300 produk, ambil masa sejam sehari dan hasilnya RM3,000 sebulan.

Kalau kami ada 3000 produk, akan ambil masa 10 jam sehari dan income kami akan cecah RM30,000 sebulan!

Merecik bak hang. Tapi ingat, 10 jam sehari, kerja full time la macam tu.

Okay lah kan berbaloi ke tak income banyak tu, nak bandingkan dengan kerja korang tu.

Pada saya memang sangat berbaloi, dah macam kerja offshore kan. dah macam gaji CEO syarikat kan haha.

Memang masyuk lah, tapi kena ingat, korang kena growkan bisnes ni slow-slow.

Labur semula untung dalam bisnes untuk cepat bisnes korang kembang.

Dropship shopee ni memang boleh mula tanpa modal, tapi bila korang nak grow dengan cepat, korang kena start beriklan dahulu.

Ada modal, korang kena gunakan untuk order ke pelanggan dan bila sampai satu masa yang mana korang tak mampu maintain cashflow tu, korang perlu guna kad kredit dan juga pusingan modal yang besar untuk bisnes ni pergi ke tahap yang tinggi.

Macam mana pula kalau kes dropship shopee buang harga? Korang jangan layan benda tu semua.

Kami dari dulu main mark up je untung berapa banyak kami nak, ramai sahaja customer berpusu-pusu berikan wallet mereka.

Kami tak join kalau yang ada pegang mazhab buang harga ni.

Kami menggunakan pengalaman luas kami berniaga ni.

Dan kami dapati, harga bukan masalah utama. Selalunya kami akan kira macam ni.

Katalah, supplier kami offer harga RM15 untuk satu barang tu, let's say baju ke, hoodie ke, kasut ke.

Dan kami akan tambah RM5 untuk pos dan RM10 untuk untung kami.

dah jadi RM30 kan. Ini trik yang best ni.

Kami akan blendkan nombor 2 dengan 9! Supaya item tu nampak murah.

Kalau contoh tadi RM30, kami akan jual RM32.99!

Lepastu kami akan letak harga asal dengan nombor 5. Kami akan letak harga asal RM55 untuk kes tadi.

Dan buat discount promotion.

Lepas tu korang letak lah bundle deal, letak je 1% discount kalau beli lebih dari 1.

Dan grupkan kasut dengan kasut-kasut yang lain, meja dengan meja lain, baju dengan baju lain.

Nanti, kalau orang pergi produk page tu, mereka nampak kasut cantik, scroll bawah nampak rating, response rate korang cantik sebab rajin PM customer.

Dan nampak pulak bundle deal tu. Dah lah trafik korang tu tengah nak beli kasut, korang sajikan pula dengan kasut-kasut lain yang cantik, siap diskaun pulak.

Memang akan ramai yang beli lebih dari 1 tau nanti.

Dan korang penuhkan pula section bawah tu dengan set category 'Top Pick'.

So pusing-pusing, customer akan nampak barang korang ni banyak dan best nak shopping dengan korang!

Okay lah, hubby panggil, ehem.

Good luck la korang ya! Kalau nak belajar lagi detail, dapatkan panduan bisnes shopee ni, kami dah share semua dalam ni. Klik banner bawah ni.

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT