Monday 6 December 2021

70 Idea Bisnes Online - [Senarai Lengkap]


Hai korang semua..

Pernah terfikir nak mulakan bisnes online?

Ye la sekarang kan dunia hujung jari..

Bisnes pon pakai atas talian je..

 


Pasti korang semua tahu..

Peluang dan keuntungan yang boleh diperolehi..

Dari perniagaan atas talian ni agak lumayan..

Jika korang bersungguh-sungguh..

 

Nak cuba berbisnes online..

Tapi masih tak tahu idea untuk berbisness?

Tak tahu trend bisnes semasa?

 

Jangan risau..

Kali ini saya akan kongsikan..

70 idea bisnes online…

Yang korang boleh cuba..

 

Jom saya kongiskan!!

 

70 idea bisnes online #1

Jual tudung..

Setiap kali buka facebook atau instagram..

Pasti korang akan tengok iklan..

Orang jual tudung kan..

Ada yang jenama sendiri dan ada yang jadi dropship..

Mesti banyak saingan kan..

 

Bagi korang yang nak berniaga tudung online ni..

Korang kena lah ada produk KILLER..

Produk KILLER ni buat tudung korang tu berbeza..

Dengan tudung penjual yang lain..

 

Produk ni juga boleh buat jualan korang tu..

Jadi stabil pada setiap bulan..

Korang juga boleh pelbagai kan pattern..

Dan juga warna yang boleh Tarik perhatian orang ramai..

 

Tudung ada macam-macam jenis..

Ada bawal, shawl, tudung sauk..

Kalau nak Tarik semua penggemar ni..

Korang boleh buat satu corak untuk kesemua pattern tudung…

 

Korang mesti tak sangka..

Perniagaan tudung ni boleh cecah jutaan ringgit..

Sebagai contoh tudung Fareeda..

 

 

70 idea bisnes online #2

Menjual pakaian perempuan..

Selain tudung, iklan produk ni juga..

Antara yang korang akan tengok..

Setiap kali korang buka laman sesawang kan..

 

Terdapat banyak platform online..

Yang korang boleh guna untuk jual pakaian perempuan ni..

Contohnya facebook, intsagram..

 

Kalau korang nak tahu..

Pakaian perempuan ni lebih umum..

Berbanding pakaian baju kurung contohnya..

Ada banyak rekaan pakaian masa sekarang…

Dan antara yang hot ialah jubah..

Dan pakaian muslimah berkain cotton…

 

Disebabkan orang perempuan lebih kerap membeli..

Berbanding orang lelaki…

Jadi korang tak perlu la risau…

Perniagaan barang perempuan ni..

Memang berpotensi besar..

 

 

 

70 idea bisnes online #3

Perniagaan pakaian muslimah..

Pakaian muslimah ni ada pasaranya yang tersendiri..

Ataupun lebih mudah ada niche market..

Pakaian nii biasa dicari oleh muslimah yang bertudung..

 

Untuk pastikan perniagaan niche korang ni..

Boleh buat korang Berjaya dan kaya..

Korang kena pastikan perniagaan korang tu..

Menjadi leader dalam niche tu..

 

Perniagaan ni korang boleh mulakan..

Secara kecil-kecilan (trading) dahulu…

 Dan teapkan satu konsep yang korang rasa..

Ada pemintaan yang mencukupi atau tinggi…

Lebih senang korang boleh secara online..

Tak perlu modal yang tinggi…

 

 

70 idea bisnes online #4

Jual pakaian kanak-kanak

Bagi korang yang tak pandai menjahit..

Tak perlu risau..

Korang boleh je cari dan ambil dari Negara China…

Kalau korang amek secara pukal..

Lagi murah harganya..

 

Korang mesti biasa tengok iklan di media sosial kan..

Kebanyakan buat jualan secara langsung..

Untuk menjual pakaian ni..

Korang pon boleh cuba untuk pakaian kanak-kanak ni..

 

Untuk perniagaan pakaian kanak-kanak ni..

Korang hanya perlu utamakan keselesaan..

Kemudian baru fikir pasal gaya..

Tapi sekarang kan ada banyak design..

Untuk pakaian kanak-kanak ni..

 

Permintaan untuk pakaian kanak-kanak ni..

Sangat tinggi setiap masa..

Kira nya perniagaan ni tak ada musim laa..

Ini karana ibu bapa kerap membeli..

Disebabkan proses pembesaran budak agak cepat..

 

 

70 idea bisnes online #4

Perniagaan pakaian dalam perempuan..

Ini salah satu perniagaan ..

Yang cukup besar pasarannya tau..

 

Ada pelbagai jenis pakaian perempuan..

Kalau korang betul-betul selidik tau..

 

Terdapat juga berbagai pasaran..

Untuk berbagai kumpulan sasaran yang berbeza…

Jual online pakaian dalam yang unik dan seksi..

Tentu idea yang menarik untuk korang cuba..

 

 

70 idea bisnes online #5

Perniagaan pakaian sekolah..

Bagi korang yang nak berniaga..

Jenis perniagaan ni..

Korang kena ingat perniagaan ni bermusim tau…

 

Biasanya bila tiba musim nak masuk sekolah..

Perniagaan ni akan meletup…

Dan bagi korang yang bijak..

Dapat la buat duit dengan banyak..

 

Tapi..

Perniagaan ni memerlukan modal..

Yang agak tinggi untuk buat pulangan besar..

Kalau korang tak ada modal yang besar..

Korang boleh mulakan secara kecil-kecilan…

Dan separuh masa bila tiba musimnya…

 

 

70 idea bisnes online #6

Perniagaan kasut sekolah…

Perniagaan ni lebih kurang sama lah..

Dengan perniagaan pakaian sekolah..

Perniagaan yang bermusim..

 

Tapi tidak la macam pakaian sekolah..

Kasut ni akan dibeli tidak kira musim sangat..

Leboh lagi bagi budak sekolah rendah..

Mereka kan agak lasak..

Dan memerlukan ibu bapa membeli bila perlu..

 

Jadi korang bolehla sediakan satu tawaran…

Contohnya kasut murah dan jual secara online…

 

 

70 idea bisnes online #7

Perniagaan kasut dan selipar..

Sekarang bermacam jenis kasut..

Yang popular di Negara kita…

Tak kira berjenama atau pon tidak..

Pasti akan dapat sambutan…

Jika kualiti dan patern yang dihasilkan tu okay..

 

Contohnya asadi..

Jenama yang semua orang kenal kan..

Pada awal, asadi ni dimulakan secara low profile je..

Dan kasut pon dijual dengan harga murah..

Untuk kegunaan orang ramai..

 

Kalau korang ada modal lebih..

Boleh je buat penjenamaan semula…

Kasut dan selipar korang sendiri…

 

70 idea bisnes online #8

Perniagaan pakaian sukan..

Kalau korang nak tahu..

Pakaian sukan merupakan salah satu..

Perniagaan kegemaran para usahawan kecil..

Yang mulakan perniagaan dengan system pembekalan..

 

Yang ni biasanya..

Korang akan bekalkan kepada organisasi..

Seperti sekolah..

Persatuan atau kelab sukan…

 

Korang perlu cari pembekal sahaja..

Dan order jenis pakaian sukan..

Yang macam mana korang nak jual..

 

Korang juga boleh pasarkan…

Mengikut musim sukan di Negara kita..

Contohnya sukan bole sepak..

Dan lain-lain sukan yang mendapat perhatian atau sambutan..

 

 

70 idea bisnes online #9

Perniagaan cadar dan selimut..

Perniagaan cadar dan selimut ni…

Mudah dan ada pasaran yang tinggi..

Ini kerana ia merupakan satu barang ..

Yang golongan perempuan suka beli..

 

Selain dari untuk kegunaan sendiri..

Cadar dan selimut ni juga..

Sering dijadikan hadiah..

Terutama untuk hadiah pekahwinan..

 

Jadi perniagaan ni tidak la bermusim..

Asalkan korang ada idea..

Macam mana nak tawarkan pilihan yang unik…

Korang boleh tempah design..

Yang korang rasa akan dapat sambutan…

Dan cuba pasarkan secara atas talian..

 

 

70 idea bisnes online #10

Perniagaan kain tuala..

Perniagaan ni juga lebih kurang dengan cadar dan selimut..

Permintaan nya tidak kira musim..

Dan bokeh dijadikan sebgai hadiah..

Dan juga doorgift…

 

Tuala kan ada banyak jenis dan juga saiz..

Korang boleh je jual pelbagai saiz tu..

Dan untuk menarik perhatian pembeli..

Korang cari la kain yang berkualiti..

Contohnya yang menyerap air..

 

 

 

70 idea bisnes online #11

Perniagaan tudung meja..

Yang ni pon satu lagi pernigaan yang mensasarkan..

Golongan perempuan sebagai pembeli..

Tudung meja ni korang boleh pilih..

Samada nak jual yang jenis plastic atau kain..

Ataupun korang jual je kedua nya sekali..

 

Kalau korang jahit sendiri..

Korang boleh je buat design yang menarik…

Dan datangkan sekali dengan pakej palstik putsinar..

Kalau dapat permintaan yang banyak..

Korang boleh outsource ke kilang..

Yang mampu keluarkan secara pukal..

 

 

70 idea bisnes online #12

Perniagaan pizza frozen..

Kalau korang boleh tengok sekarang..

Semakin ramai yang berniaga pizza di pasar malam..

Tapi..

Musim sekarang ni kan..

Masih ramai yang tak berani..

Nak keluar ditempat yang ramai orang..

 

Pizza pon dah jadi makanan biasa..

Untuk masyarakat di Negara kita..

Dan sentiasa mendapat permintaan..

Korang boleh je jual melalui online..

Tetapkan niche market korang..

Buat penghantaran dikawasan berdekatan..

 

Biasanya pizza yang mendapat permintaan…

Adalah jenis pizza amerika yang roti tebal..

Berbanding pizza itali yang lebih nipis..

Jadi korang bolehla pelbagaikan perisa..

Dan juga topping untuk menarik perhatian pelanggan..

 

 

70 idea bisnes online #13

Perniagaan murtabak frozen…

Murtabak pon lebih kurang pizza juga..

Ada berbagai jenis..

Contohnya jenis mamak…

Ada yang jenis melayu dan lain-lain lagi..

 

Untuk murtabak frozen..

Yang pernah popular ialah murtabak Singapore…

Tapi untuk murtabak ni..

Korang kena masak terlebih dahulu tau..

Dan pastikan sedap dan tahan lama..

Barulah boleh mendapat sambutan..

 

 

70 idea bisnes online #14

Chef online..

Bagi korang yang suka memasak..

Dan suka berkongsi resepi korang tu..

Boleh laa jadi chef online ni..

 

Sekarang..

Ramai chef-chef online yang menunjukkan…

Kepakaran masing-masing..

Sehingga mempunyai pengikut tersendiri…

 

Ada juga yang mendapat..

Tajaan dari produk masakan yang berjenama tau..

 

 

70 idea bisnes online #15

Pereka grafik..

Ini sangat sesuai bagi korang..

Yang ada bakat seni dan reka bentuk..

Ini mungkin pai untuk korang..

 

Korang bolehla menunjukkan..

Bakat dan tawar perkhidmatan reka bentuk grafik..

Secara atas talian..

 

Biasanya perkhidmatan atas talian ni..

Merangkumi reka bentuk web..

Reka bentuk logo..

Dan juga reka bentuk kad perniagaan…

 

Perniagaan ni antara perniagaan..

Yang mungkin akan berkembang..

Pada tahun-tahun akan datang..

Sementara terdapat beratus perniagaan..

Yang berusaha untuk muncul..

Dan masuk secara atas talian..

Jadi..

Pasti ramai yang akan mencari pereka bebas…

Atau professional untuk memberi jenama produk..

Dan syarikat mereka…

 

 

70 idea bisnes online #16

Penulis Resume…

Kalau korang ada kemahiran..

Dalam mereka template resume..

Korang boleh jadikan kepakaran ni..

Sebagai sumber perniagaan korang…

 

Ramai tau yang tahu cara nak buat resume ni..

Tapi…

Untukk  menghasilkan resume yang menarik..

Dan berkesan untuk dipilih bakal majikan..

Tidak la begitu ramai…

 

 

 

70 idea bisnes online #17

Penulis kandungan Facebook..

Bagi korang yang suka kongsi cerita..

Dan tips-tips di Facebook atau twitter..

Sehingga sering dikongsi oleh rakan-rakan..

 

Ini mungkin satu peluang untuk korang..

Untuk membina kerjaya baru secara online..

 

Ada ramai je peniaga online ni..

Memerlukan kepakaran korang ni...

Untuk bertujuan penjenamaan semula..

Atau meningkatkan traffic perniagaan mereka..

Korang boleh laa cuba ya..

 

 

 

70 idea bisnes online #17

Business coach..

Korang dah lama berkecimpung dalam perniagaan..

Dan korang rasa nak berkongsi ilmu..

Perniagaan tu melalui online…

Dengan cara ni pon..

Korang boleh menjana pendapatan tau..

 

Pernah tengok tak kelas online..

Untuk peniaga baru..

Lebih kurang macam ni laa..

Korang tak jual produk..

Cuma kongsi ilmu perniagaan..

70 idea bisnes online #18

Social media influencer..

Sekarang ni kita dapat tengok..

Ramai anak muda yang menjana pendapatan..

Sehingga ribuan ringgit..

Dengan hanya membuat review..

Di Instagram atau Youtube..

 

Tapi..

Untuk jadi influencer ni..

Korang kena la pandai bercakap…

Dan mampu meyakinkan pengikut korang tu..

 

 

 

70 idea bisnes online #19

Youtube content producer..

Selain dari jual produk atau servis..

Korang tahu tak..

Korang boleh dapat menjana pendapatan lumayan..

Daripada Youtube..

 

Dengan menghasilkan content video yang menarik..

Ia boleh di Youtube..

Kalau video tu dah mencapai sasaran penonton..

Youtube akan memberi bayaran pada korang..

 

 

 

70 idea bisnes online #19

Personal shopper…

Bagi yang tak tahu..

Ini antara bisness online Malaysia yang paling onzzz…

Ye laa..

Harga produk berjenama..

Dijual agak tinggi jika dibandingkan di luar Negara..

 

Terdapat banyak barang yang menjadi pilihan pembeli…

Antara nya ialah..

Beg tangan..

Kasut..

Jam tangan..

Peralatan dapur..

Dan banyak lahi..

 

 

 

70 idea bisnes online #20

Agen produk kecantikan atau kesihatan..

Sekarang ni memanh trend..

Produk kecantikan dan kesiahatan..

Dijual menerusi platform social media ni..

 

Pelbagai jenis jenama dan produk..

Ini menunjukkan bahawa..

Permintaan produk ini sentiasa wujud..

 

 

 

70 idea bisnes online #21

Jurujual Kenderaan..

Sebelum ni kalau nak cari kenderaan..

Korang perlu ke showroom..

Tapi sekarang tidak lagi tau..

 

Dengan kecanggihan internet..

Dan smartphone..

Urusan jual beli kereta pon..

Dah boleh dilakukan secara online…

 

 

70 idea bisnes online #22

Menjual sandwich..

Korang tahu tak..

Potensi bisness sandwich pada masa sekarang..

Sangat mendapat sambutan dari rakyat Malaysia..

Banyak jenis sandwich yang korang boleh hasilkan..

Dan menepati citarasa semua..

 

Contohnya..

Garsa kitchen..

Yang merupakan perniagaan sandwich..

Yang bermula dari rumah..

 

Mereka ini telah membuktikan..

Seseorang boleh Berjaya menjana 5 angka..

Walaupun berniaga dari rumah..

Dorang ni jual secara delivery sahaja..

Mampu berkembang dari satu kawasan…

Ke kawasan yang lain..

 

 

70 idea bisnes online #23

Menjual makanan delivery..

Dalam keadaan ekonomi macam mana sekalipon..

Perniagaan makanan adalah..

Antara perniagaann yang mendapat tempat dan sambutan…

 

Kalau kena dengan cara marketing dan teknik…

Barangan yang korang jual pasti akan laku,,,

Terutama kalau korang lakukan secara konsisten..

 

Yang ni memang sesuai untuk ibu-ibu..

Yang suri rumah tangga..

Korang boleh buat makanan delivery..

Dengan hanya memasak..

Dan menjual pada sekitar tempat tinggal korang je..

 

Kalau korang ada masalah nak hantar makanan..

Jangan risau..

Korang boleh guna perkhidmatan runner..

Untuk makanan terus kepada pelanggan anda..

 

 

 

70 idea bisnes online #24

Perniagaan Frozen atau sejuk beku..

Ni antara perniagaan yang paling menguntungkan tau…

Pernigaan ni juga berisiko rendah..

Sebabnya…

Makanan ni boleh tahan lama..

Dan tak rosak kalau tak laku dalam sehari tu..

Maksudnya..

Korang boleh jual sehingga tarikh luput dia…

 

Produk sejuk beku ni…

Korang boleh jual sendiri…

Boleh buat banyak-banyak dalam satu masa…

Lepas siap makanan tu….

Korang boleh start ambil order…

Tak de la korang kena ambil order dulu tau….

 

Lagi satu…

Korang juga boleh sewa peti dekat mana-mana pasaraya…

Ramai je pasaraya yang sediakan peti sejuk beku…

Untuk makanan frozen ni…

Ye laa…

Makanan ni kan tahan lama…

Asalkan letak dalam peti sejuk beku…

 

Terdapat pelbagai jenis tau..

Makanan sejuk beku ni..

Antara yang laku dan korang boleh jual…

Karipap…

Ketupat palas…

Roti canai..

Donut…

Pulut panggang..

Pau aneka inti..

Dan banyak lagi…

 

 

70 idea bisnes online #25

Dropship..

Ni antara pernigaan yang korang..

Boleh buat dari rumah tau..

Tak perlu sediakan kedai pon untuk perniagaan ni..

 

Kebiasaanynya..

Untuk dropship ni..

Korang tak perlu pegang produk..

 

Tapi..

Bagi yang nak pegang produk..

Pon boleh juga..

Tapi kena keluar kan modal sedikit la…

Tapi..

Modal yang rendah je tau..

 

Dropship ni kalau korang nak tahu…

Satu model dari cabang perniagaan online laa..

Janji ada internet..

Boleh jalan bisness tu…

 

Dropship ni…

Biasanya korang kena promosi..

Dan jadi ajen laa untuk produk atau servis tu..

 

Kalau nak lebih jelas..

Korang kena kumpulkan semua order..

Yang korang terima…

Pastu pelanggan akan buat bayaran(ikut harga jualan)…

Lepas tu…

Korang akan bayar ke HQ harga agen..

Dari situ laa..

Korang akan dapat untung…

Mudah kan…

 

Jadi korang tak perlu..

Keluarkan modal pon..

Stok pon tak perlu pegang..

 

Bagi yang tak tahu..

Atau tak pandai nak promosi produk tu..

Tak perlu risau..

Biasa nya HQ akan sediakan semua tu…

Antaranya…

Panduan pemasaran produk…

Informasi pasal produk tu…

Dan banyak lagi..

Korang Cuma promot je..

 

 

70 idea bisnes online #26

Jadi seller di Shopee..

Yang ni paling direkemen tau..

Lebih lagi kalau korang nak jadi..

Penjual di shopee ataupun lazada..

 

Kalau nak lebih mudah..

Korang boleh je jadi seller di shopee je..

Kalau di lazada..

Korang wajib kena daftar SSM..

 

Tapi..

Kalau korang nak Nampak lebih professional..

Korang boleh laa daftar SSM..

Lepas tu dah boleh jadi seller di kedua-dua platform ni..

 

Ramai je yang mula bertukar kepada platform…

Perniagaan secara online…

Berbanding dengan kedai fisikal..

 

 

70 idea bisnes online #27

Home tuisyen..

Kalau korang ada bakat mengajar..

Atau mahir dalam beberapa subjek..

Yang sedia ada di sekolah tu..

Korang bolehla try buka kelas tuisyen..

Korang buat je di rumah..

Atau pon secara atas talian..

 

Sejak covid ni kan..

Ramai pelajar-pelajar yang ketinggalan..

Dalam pejaran ni..

Ni satu peluang kepada korang laa..

 

Tapi…

Untuk berniaga secara home tuition ni..

Bukan mudah seperti yang disangka…

Banyak juga perkara yang korang kena tahu…

Sebelum memulakan bisness ni..

 

Antaranya ialah..

Bagaimana strategi pemasaran..

Strategi untuk dapatkan pelajar..

Dan meyakinkan ibubapa untuk menggunakan..

Perkhidmatan korang….

Apa persiapan yang perlu ada untuk mengajar..

Dan tips mengajar secara hebat..

Supaya pelanggan korang sentiasa..

Berminat untuk belajar dengan korang..

 

 

 

70 idea bisnes online #28

Bisness marketing..

Korang jangan risau..

Kalau tak pernah berbisness sebelum ni…

Korang boleh je buat bisness marketing ni..

 

Bisness marketing yang dimaksudkan ialah..

Servis yang sangat mudah..

Yang korang semua boleh buat di rumah..

 

Salah satu idea bisness online dari rumah..

Adalah servis share dan like post di facebook…

Ramai peniaga sekarang yang perlukan..

Engagement untuk post iklan mereka..

Inilah masanya korang bantu mereka share,,,

Iklan di group dan dapatkan like yang banyak…

Korang juga akan dibayar..

 

 

 

70 idea bisnes online #29

Menulis atau memulakan blog..

Yang ni sangat sesuai..

Bagi korang yang suka menulis artikel…

Korang bolehlaa start buat blog sendiri..

 

Korang pernah tahu tak..

Macam mana nak dapatkan keuntungan..

Melalui blog korang tu..

Saya pasti ramai yang tak tahu kan..

 

Antara caranya ialah..

Korang boleh je tolong bisness syarikat besar..

Dengan menulis artikel..

Dorang akan bayar la..

Kalau artikel yang korang tulis tu bagus..

Dan dapat respons yang baik..

 

Lepas blog korang dah dapat banyak view..

Boleh laa slow-slow tukar topic…

Contohnya masakan ke..

Fesyen..

Pelancongan..

Dan sebagainya…

Ini secara tak langsung..

Boleh meluaskan kategori pembaca blog korang tu…

 

Dah dapat pengikut atau peminat setia..

Yang beri sokongan pada blog korang tu…

Korang boleh laa..

Buat kelas ke..

Seminar ..

Untuk tambah pendapatan..

 

 

70 idea bisnes online #30

Jual kursus kemahiran atas talian…

Bagi korang yang berkemahiran..

Contohnya..

Menjahit…

Melukis…

Memasak…

Dan yakin boleh mengajar orang ..

Tentang kemahiran yang korang ada tu…

Korang boleh berkongsi dengan orang ramai tau..

 

Ramai je sekarang..

Orang yang mencari kelas-kelas kemahiran ni..

Lebih lagi bagi suri rumah..

 

Korang boleh buat secara..

Atas talia je..

Cara macam ni boleh menarik ramai pihak tau..

Ye laa..

Sekarang musim penyakit ni…

Ramai yang tak berani hadir..

Ke tempat yang ramai orang..

 

Tambahan pula…

Ramai yang lebih prefer untuk buat online…

Ni dapat jimatkan masa dan tenaga..

Korang pon tak perlu nak fikir..

Untuk cari tempat untuk ..

Buat kursus tu..

Kan dah boleh jimat..

 

Kalau korang taknak buat secara langsung…

Korang boleh je buat dalam bentuk rakaman video..

Korang jual je rakaman tu..

 

Ramai yang buat kursus kemahiran ni tau..

Antaranya ialah…

Chef macam Gordan Ramsay…

Pelakon..

Pemain sukan…

Dan banyak lagi..

Mengaji atas talian pon banyak sekarang tau..

 

Untuk platform pula..

Korang guna yang free je..

Sama macam kat ats tu..

Facebook Marketplace..

Mudah..

Dan sebagainya…

 

 

 

70 idea bisnes online #31

Jual barangan lama atau terpakai…

Trend ni pon dah di buat oleh artis-artis tau..

Ye la perniagaan ni tak perlukan korang..

Untuk keluar modal pon..

Korang pilih je barang yang korang tak nak pakai..

Janji masih elok dan baik..

Untuk dijual kepada orang ramai..

 

 

Antara barang prelove..

Yang biasa dijual ialah..

Baju terpakai..

Kasut..

Perabot rumah..

Beg..

Dan banyak lagi tau..

Ikut laa barang apa yang korang ada..

Dan korang tak nak guna dah..

 

 

70 idea bisnes online #32

Servis doorgift..

Untuk doorgift ni kan..

Korang boleh je buat sendiri..

Orang lain pon tak akan meniru produk korang tu…

Jadi orang lain tak boleh laa jual balik produk tu..

 

Doorgift ni kalau korang nak tahu..

Bukan sahaja untuk majlis kahwin je tau..

Tapi buat masa sekarang..

Boleh kat semua majlis laa…

Guna doorgift ni sebagai hadaih…

 

Contohnyaa..

Majlis hari jadi…

Majlis reunion..

Dan sebagainya..

 

 

Kebiasannya..

Ramai yang buat doorgift ni..

Dalam bentuk kraf tangan..

Gula-gula…

Kek, brownies..

Dan sebagainya..

Boleh ikut permintaan pelanggan korang jugak..

 

Kalau korang tak nak keluarkan modal yang besar..

Untuk bisness doorgift ni..

Korang boleh mulakan  dengan…

Membuat kelas..

Macam mana nak gubah doorgift tu..

Jenis-jenis doorgift..

Cara nak bungkus..

Dan pasarkan doorgift tu..

 

Dari situ..

Korang boleh la kumpul modal..

Kotla korang nak buat banyak jenis doorgift..

Dalam masa yang sama kan…

 

Kalau nak lebih bagus..

Korang buat la doorgift..

Yang ikut trend..

Baru laa dapat pelanggan yang ramai..

 

 

70 idea bisnes online #33

Perniagaan hotel atau homestay..

Bagi korang yang ada rumah…

Bisnes ni korang boleh cuba tau..

 

Negara kita kan salah satu..

Desstinasi pelancongan utama…

Terdapat pasaran la..

Untuk pengusaha hotel atau homestay di malaysia ni..

Kalau korang dah ada permit yang sah..

Korang boleh jalankan perniagaan..

Hotel atau homestay ni ..

Dalam masa yang singkat je..

 

Sejak kerajaan mengumumkan..

Kita sudah berada dalam fasa andemic ni..

Ramai yang mula mencari-cari ..

Tempat yang menarik di Malaysia..

Untuk bercuti dan meneroka keindahan Malaysia..

Ye lah kan dah boleh rentas negeri..

 

Pada masa sekarang ni laa..

Peluang untuk perusaha hotel dan juga homestay..

Memajukan perniagaan mereka..

Jadi bagi korang yang baru nak berjinak tu..

Ini lah masanya..

 

 

 

70 idea bisnes online #34

Affiliate marketing..

Korang masih tak tahu..

Apa kelebihan atau skill yang korang ada??

Atau masih tak sempat nak buat produk sendiri??

Jangan risau..

Korang masih boleh lagi melibatkan diri..

Dalam bidang perniagaan ni..

Melalui affiliate marketing..

 

Bagi yang tak tahu..

Affiliate marketing ni ialah..

Sistem pemasaran menggunakan komisen..

Maksudnya..

Setiap affiliate marketer akan dapat..

Komisen dari setiap penjualan..

 

Kalau korang dah pilih jenis perniagaa ni…

Korang kena pastikan yang korang fokus..

Kepada niche yang tekah dipilih..

Selain tu kena la kreatif..

Untuk menulis sale letter (copywriting)..

 

Jangan terlalu risau tau..

Kebanyakan affiliate produk dah siap ada sale letter..

Korang guna je yang dah disediakan tu..

 

Yang ni korang boleh jual..

Produk fizikal atau digital..

Masa korang pilih produk atau brand tu..

Pastikan korang pilih produk atau brand..

Yang dah ada reputasi yang baik..

Dan dikenali ramai..

 

Ini akan memudahkan korang..

Untuk dapatkan jualan…

Antara contoh brand di Malaysia..

Yang menawarkan affiliate marketing ni..

Ialah..

Lazada..

Digi..

Malaysia Airlines..

Dan banyak lagi..

 

Yang ni adalah contoh top niche..

Dalam affiliate marketing yang korang boleh ceburi..

Fitness and weight loss..

Self improvement..

Personal finance..

Make money on the internet…

Beauty treatments..

Gadget and technology..

Pets…

Health..

 

Antara website yang menawarkan affiliate marketing ialah..

Rakuten, CJ, ClicksBank, Involve Asia..

Dan macam-macam lagi..

 

 

 

70 idea bisnes online #35

Buka kedai atas talian..

Yang ni banyak je pilihan sekarang..

Korang boleh je buka dekat shopee..

Ataupon Lazada…

 

Bagi korang yang tak suka berurusan..

Dengan penjual atau pemborong..

Korang boleh la ikut cara ni..

 

Di mana korang boleh buat kedai shopee sendiri..

Untuk cara ni…

Korang kena upload sendiri..

Gambar produk yang korang nak jual tu..

Gambar-gambar ni korang boleh ambil…

Daripada mana-mana seller di shopee..

 

Kemudian…

Korang boleh tetapkan harga..

Biasanya lebih tinggi sedikit..

Berbanding dengan harga produk di kedai asal..

 

 

70 idea bisnes online #36

Servis gunting rambut…

Kena ada kedai ke??

Atau kena beli alatan yang mahal-mahal?

Untuk mulakan bisnes ni??

 

Tak perlu pon kalau korang tak ada modal yang besar..

Cukup korang buat servis ni..

Di mana-mana je..

Haa macam mana tu??

Jimat kos ni…

Tak payah fikir sewa dah..

Korang buat je kedai gunting rambut online..

 

Biasa kalau ada kedai..

Pelanggan akan datang ke kedai kan…

Tapi kalau macam ni..

Korang je pergi kat pelanggan tu..

Lepas dorang booking melalui online…

 

Pelanggan korang tak perlu menunggu giliran di kedai..

Yang ni confirm boleh jimat masa pelanggan..

Dan memudahkan mereka..

 

 

70 idea bisnes online #37

Menyewa equipment atau barang…

Yang ni kalau korang ada equipment..

Ataupun barang seperti..

Kamera, lighting..

Audio system, tripod dan sebagainya…

Korang boleh je buat sewa tau..

 

Kebiasaannya..

Equipment ni digunakan dalam beberapa majlis je..

Jadi ramai yang ambil inisiatif..

Dengan tidak membeli..

Tapi hanya dengan menyewa sahaja..

 

Selain equipment macam ni kan..

Bagi korang yang tak ada..

Boleh je sewa kereta..

Buku komik..

Atau apa-apa barang yang korang rasa…

Boleh disewa..

Dan dicari oleh orang ramai…

 

Bisness ni dapat untung yang besar..

Ini kerana..

Sewaan kepada korang terus tau..

Dan korang pasti mendapat pulangan yang tinggi..

 

Bagi korang yang berasa bimbang..

Mungkin akan berlaku kecurian..

Terhadap equipment atau barang tu..

Boleh je sediakan borang persetujuan..

Dan senaraikan polisi..

Dalam perjanjian tu..

 

Ada je kejadian kecurian ni..

Bila pelanggan merampas..

Dan mengambil barang sewaan ni…

Serta menghilangkan diri bila dihubungi…

 

Tapi…

Dengan adanya borang persetujuan ni..

Ini dapat melindungi hak korang..

Sebagai pemilik..

 

 

70 idea bisnes online #38

Khidmat menguruskan berat badan..

Sekarang ni..

Ramai yang mengingikan badan yang cantik..

Fizikal yang sihat..

Tapi tidak tahu cara yang berkesan..

Setakat google tu banyak je info yang keluar..

Tapi boleh ke main ikut je..

 

Bagi korang yang mahir..

Dalam pengurusan hidup yang sihat ni..

Atau pengamal makanan yang sihat ni..

Korang boleh kongsi tips..

Atau cara-cara hidup sihat..

Dan pemakanan yang sihat…

 

Korang boleh je buat online seminar…

Online class…

Secara langsung ataupun rakaman..

Berkongsi cara-cara yang betul..

 

Korang boleh je iklan kan kelas ni..

Dekat social media korang..

Contohnya Facebook..

Instagram dan lain-lain…

 

 

70 idea bisnes online #39

Sambal…

Korang perasan tak…

Memang dah jadi trend sekarang ni..

Orang keluarkan produk sambal…

Dan produk ni sangat mendapat sambutan…

 

Ye laaa…

Bagi yang bekerja…

Sambal ni sangat membantu…

Dorang tak perlu nak fikir lauk pauk..

Makan nasi putih dengan sambal je…

Mudah dan jimat masa kan..

 

Sebabtu la…

Sekarang macam-macam jenis sambal kat pasaran…

Antaranya..

Sambal bilis…

Sambal petai…

Tengok sambal Khairul tu je laa…

Perghhh…laku giler…

 

Jadi…

Korang boleh je try produk makanan ni…

Try ubah sambal tu jadi lain..

Maksudnya..

Cuba keluarkan sambal yang belum ada lagi dekat pasaran ni…

 

Tapi..

Korang kena tahu laa…

Macam mana nak buat sambal tu tahan lama…

Tanpa guna bahan pengawet tau…

Jenis packaging…

Cara nak tetapkan harga semua tu..

Cili ni kadang-kadang berubah harga..

Jadi korang kena laa tahu cara Kira kos..

 

 

70 idea bisnes online #40

Kerepek…

Selain dari biskut…

Rakyat Malaysia juga gemarkan kerepek..

Sebagai kudapan…

Kerepek ni akan dapat permintaan tinggi…

Lebih lagi pada musim perayaan..

 

Tapi..

Sebabkan rakyat Malaysia sukakan kudapan…

Kerepek ni lah antara yang dicari oleh mereka…

Dengan harga yang berpatutan…

Dan disukai semua lapisan umur..

Ini lah antara sebab..

Ia menjadi antara makanan paling laku…

 

 

70 idea bisnes online #41

Perniagaan Brownies..

Sekarang ni..

Brownies antara manisan yang mendapat sambutan..

Bermacam dekorasi brownies..

Yang di request oleh pembeli…

 

Ada yang buat brownies ni..

Sebagai kek hari jadi..

Sebagai hantaran pertunangan..

Dan juga perkahwinan..

 

Korang boleh je..

Berniaga brownies ni dari rumah..

Cara pembuatan nya pon simple je..

Dan bahan-bahan juga..

Mudah didapati..

 

70 idea bisnes online #42

Kek lapis..

Semua tahu kan..

Kek lapis ni berasal dari Sarawak…

 

Agak susak laa kalau nak membeli..

Memang ada je di semenanjung ni..

Tapi kalau dapat yang dari Sarawak lagi sedapkan..

 

Jadi..

Korang boleh la mencari pembekal dari sana..

Kalau susah korang boleh cari melalui shopee..

Dan menjadi dropship mereka…

 

Dengan kepelbagaian jenis rasa dan warna..

Ia dapat menarik perhatian pembeli tau..

 

 

70 idea bisnes online #43

Mee siput..

Tak banyak tau kedai di luar..

Yang menjual mee siput ni..

 

Kalau nak yang sedap..

Korang kena pergi ke johor…

Korang boleh ambil kesempatan ni..

Untuk jual melalui online..

 

Korang hanya perlu pastikan..

Produk atau meek orang tu fresh

Dan digoreng Setiap hari..

 

 

70 idea bisnes online #44

Menjual di Facebook secara live..

Pada masa sekarang terdapat banyak penjual..

Yang muka menjual atau mempromosi..

Produk mereka dengan menggunakan..

Rakaman live Facebook tau..

 

Korang kena tahu…

Ciri video facebook live ni..

Boleh bagi peluang yang baik…

Kepada korang untuk berinteraksi..

Dengan pelanggan…

 

Ini juga merupakan satu kaedah,,,

Yang sangat berkesan tau..

Untuk mendapatkan kepercayaan..

Dan keyakinan daripada pelanggan..

Kebanyakan pelanggan ni..

Dorang nak tahu siapa sebenarnya..

Yang menjual produk di belakang tabir..

 

 

70 idea bisnes online #45

Memulakan kedai e-commerce anda sendiri..

Kalau korang nak ada jenama produk..

Atau syarikat korang sendiri…

Korang bolehla start atau bina..

Sebuah kedai e-commerce ni..

 

Senang je kalau nak mula kedai e-commerce kat Malaysia ni..

Selain tu..

Jauh lebih murah daripada menyewa..

Atau memiliki kedai fizikal..

 

Apa yang korang perlu buat..

Cuma dapatkan nama domain..

Dan rancangan hosting..

Cari syarikat reka bentuk web…

Ini untuk bantu korang tubuhkan kedai..

Atas talian…

 

Korang tahu tak perbezaan besar…

Antara menjual di Facebook..

Dan memiliki kedai e-commerce ni…

Adalah adanya pintu masuk untuk pembayaran..

Yang dipercayai…

 

70 idea bisnes online #46

Freelancing atau virtual assistant..

Freelance job ni antara peniagaan yang sangat mudah..

Untuk dimulakan..

Kalau korang ada kemahiran tertentu..

 

Contohnya..

Fotografi, copywriting…

Buat iklan online, graphic design..

Video atau audio auting..

Korang boleh terus mulakan perniagaan ni serta merta tau..

 

Macma mana nak mula??

Mula-mula korang kenalpasti laa dulu..

Kelebihan atau skill yang korang ada..

 

Tapi untuk perniagaan jenis ni..

Korang kena ada kemahiran atau kepakaran..

Dalam bidang yang korang sediakan…

Kalau tak…

Mungkin akan memberi reputasi yang buruk..

Kepada korang sendiri..

 

Mana nak cari pelanggan??

Kalau korang nak tahu..

Cara paling senang nak cari pelanggan…

Korang buat je iklan perkhidmatan korang tu..

Melalui media sosial seperti Facebook dan instagram..

 

Pelanggan korang mungkin worldwide..

Bisness owner..

Kedai runcit atau sesiapa saja..

Yang memerlukan khidmat korang tu..

 

Bila korang dah mula dengan freelance..

Secara tak langsung..

Ia merupakann batu loncatan laa untuk korang..

Buka full time agency pulak..

 

 

70 idea bisnes online #47

Menjual kraftangan..

Untuk perniagaan kraftangan ni..

Sesiapa sahaja boleh buat..

Tak  kisah la korang ni suri rumah kee..

Mahupun pekerja full time 5-8 ke..

Asalkan korang ada skill untuk hasilkan kraftangan ni..

 

Kraftangan ni tak perlu jual kat pasar malam..

Atau pasar minggu saja tau..

Dengan adanya media sosial..

Korang boleh je jual secara atas talian..

 

 

70 idea bisnes online #48

Jual biskut raya..

Kuih raya atau biskut raya….

Korang akan dapat jumpa aneka kuih atau biskut ni…

Bila musim raya je kan…

Ramai yang cari tau…

 

Musim-musim ni..

Memang korang boleh buat duit…

Ada yang boleh dapat keuntungan berlipat ganda tau…

 

Tapi…

Sebabkan ramai yang hanya buat pada musim tu…

Korang boleh je teruskan pada waktu biasa…

Sebab biskut ni boleh makan bila-bila je…

Sebagai kudapan….

Dan pembeli pula..

Akan beli bukan pada musim raya sahaja…

Jadi…

Korang tak ada ramai pesaing sangat…

 

Untuk biskut raya ni..

Korang kena buat dalam kuantiti yang banyak…

Tapi tak ada masalah…

Sebab sekarang banyak kilang yang mengeluarkan biskut raya…

Boleh je buat tempahan dengan kilang…

Lepastu korang buat jenama sendiri…

 

 

70 idea bisnes online #49

Perniagaan pakaian bundle..

Korang mesti tahu..

Bundle niaga pengikut dan peminatnya tersendiri..

Jualan pakaian bundle secara online ini..

Sudah mendapat tempat sekarang..

 

Tapi masih tidak ramai yang membuatnya..

Jadi korang bolehla cuba..

Dan mencari pelanggan korang..

Jualan atas talian ni..

Bukan saja menjimatkan modal korang..

Malah korang boleh meluaskan lagi pasaran korang..

 

 

70 idea bisnes online #50

Peniagaan perfume online..

Perfume memang menjadi perhatian..

Tak kira dalam kalangan wanita dan juga lelaki..

 

Korang boleh la cuba perniagaan ini..

Cuba jual perfume dengan harga berpatutan dahulu..

Kalau korang ada modal lebih..

Bolehla jual perfume yang berjenama..

 

Untuk menarik perhatian pelanggan..

Korang boleh cuba jual ..

Pelbagai jenis bauan yang menjadi pilihan pelanggan..

 

 

70 idea bisnes online #51

Perniagaan minuman jus buahan..

Bermacam jenis perniagaan minuman..

Yang dijual secara online sekarang..

 

Korang boleh la jual minuman..

Yang korang rasa boleh Tarik pelanggan..

Contohnya jus buah…

 

Ini antara yang mendapat permintaan tinggi tau..

Lagi satu untuk bisnes online ni..

Minuman ni korang boleh buka order dahulu..

Sebelum menyediakan air buah tu..

 

Ini untuk pastikan kesegaran..

Air minuman yang korang jual tu..

 

 

70 idea bisnes online #52

Jual tiket  hotel…

Pernah dengar tak tentang perniagaan ni..

Tak ramai lagi yang menjual tiket hotel..

Melalui online..

 

Korang tahu tak macam mana nak beniaga ni?

Perniagaan ni lebih kurang macam korang jadi ajen laa..

Korang deal dengan pemilik hotel tu..

Korang hanya perlu buat iklan tentang hotel tu..

 

Pelanggan akan berurusan dengan korang..

Untuk buat tempahan hotel tu..

Korang akan mendapat komisyen..

Jika korang Berjaya mendapat pelanggan..

 

Untuk mendapat lebih banyak income..

Korang boleh laa deal..

Dengan beberapa hotel..

Sebab cara nak dapat pelanggan sama sahaja..

 

 

70 idea bisnes online #53

Menjual aksesori telefon…

Kebiasaanya orang akan mencari aksesari…

Untuk telefon setelah mereka membeli telefon..

 

Jadi korang boleh ambil kesempatan ni..

Dengan menjual aksesori ni..

Dengan grafik yang menarik…

Ataupun aksesori yang tahan lasak..

Pasti dapat menarik minat pelanggan…

Dan ramai yang nak membeli..

 

 

70 idea bisnes online #54

Menjual hasil seni…

Bisnes ni sangat la sesuai..

Untuk korang yang kreatif..

Dan mampu menghasilkan seni yang baik..

 

Tak kira melalui lukisan…

Membuat anyaman tikar…

Mengukir contohnya..

 

Tidak ramai lagi yang menjual..

Produk-produk seni ni melalui online..

Korang buatla produk yang unik…

Pasti dapat menarik minat ramai..

 

 

70 idea bisnes online #55

Perniagaan Pencetakan Tshirt…

Bisnes ni memang mendapat perhatian..

Dan paling penting tidak bermusim…

Pelbagai jenis pencetakan pakaian..

Yang korang boleh buat..

 

Yang paling penting..

Korang kreatif dan keluarkan design yang menarik..

Pasti ramai yang akan tertarik..

 

 

70 idea bisnes online #56

Jurugambar Stok…

Korang minat mengambil gambar..

Keindahan alam ke..

Gambar binatang..

Korang tahu tak..

Korang boleh jual hasil tangkapan korang tu..

 

Korang juga boleh menjadi jurugambar..

Dengan mendaftar hak milik tunggal..

Di bawah nama korang sendiri tau..

 

 

70 idea bisnes online #57

Servis professional…

Yang ni agak sesuai bagi korang..

Yang bekerja dan nak buat income lebih..

Ataupon korang yang nak bekerja sendiri..

 

Contohnya akauntan..

Korang boleh uruskan perniagaan ..

Yang memerlukan bantuan akauntan..

Secara sambilan..

 

Untuk korang yang tak bekerja..

Korang boleh jadi tawarkan servis ini..

Kepada beberapa syarikat dalam masa yang sama…

Jadi korang boleh menjana pendapatan yang lebih..

 

 

70 idea bisnes online #58

Perniagaan membaiki telefon dan computer..

Bagi korang yang ada kemahiran ni..

Dan tak nak keluar modal yang banyak..

Untuk membuka kedai..

 

Korang boleh tawarkan servis ini..

Secara online…

Korang boleh laa memulakan perniagaan sendiri..

Kebanyakan pelanggan..

Mereka lebih mahukan alat mereka..

Yang rosak dibaiki daripada dibuang..

 

 

70 idea bisnes online #59

Perkhidmatan kauseling…

Yang ni sesuai bagii korang..

Yang mempunyai kelayakan..

Dalam bidang psikologi atau psikiatri..

 

Dengan ini korang boleh membantu orang..

Untuk menangani masalah mereka..

Lebih lagi eaktu sekarang…

Di mana ramai yang kehilangan perkerjaan…

Perniagaan dan sebagainya..

 

Pernigaan ni bukan sahaja..

Membolehkan korang menjana pendapatan..

Malah korang juga boleh bantu…

Memperbaiki kesihatan mental klien korang..

 

 

70 idea bisnes online #60

Kelas bahasa online..

Sekarang dah jadi trend tau..

Orang belajar bahasa melalui online..

 

Disebabkan masih banyak lagi kekangan..

Berpunca dari covid 19 ni..

Masih ramai yang tidak berani membuka kelas..

Dan memilih untuk mengajar online…

 

Permintaan jugak sangat tinggi….

Jadi korang boleh la rebut peluang ni..

Yang ni okay bagi korang yang mahir..

Dalam bahasa ketiga…

Contohnya Mandarin, Arab dan perancis..

 

 

70 idea bisnes online #61

Perniagaan ajar orang bertani…

Sekarang ni makin ramai..

Yang memilih pertanian sebagai hobi..

Di masa lapang..

 

Lebih lagi bagi golongan tua…

Dan yang dah berpencen..

Namun kebanyakan mereka..

Kurang tentang ilmu bertanam ni..

 

Korang yang ada ilmu dan minat dengan pertanian  ni..

Boleh la buka perniagaan atas talian..

Untuk ajar cara-cara bertani dan menanam..

Dengan betul…

 

 

70 idea bisnes online #62

Perniagaan ajar orang beli saham atau berlabur..

Korang dah mahir tentang pelaburan..

Dan tahu teknik-teknik yang betul..

Apa kata korang buka kelas..

Untuk bimbing mereka-mereka yang baru..

 

Dalam masa sama korang bolehla..

Jana pendapatan sampingan..

Ramai yang dah mencebur dalam bidang pelaburan ni..

Tapi mereka kurang ilmu..

 

Kalau korang buka kelas..

Secara online pasti ramai yang berminat..

Korang boleh je rekod dulu..

Kalau korang kekangan masa..

Nak buat kelas secara langsung..

 

 

70 idea bisnes online #63

Perniagaan baik pulih perniagaan..

Korang pasti dapat lihat..

Banyak perniaga yang menghadapi masalah..

Dan ramai juga yang tak dapat..

Teruskan perniagaan mereka..

 

Bagi korang yang ada ilmu..

Tentang perniagaan..

Macam mana menghadapi masalah..

Macam mana nak kembangkan perniagaan..

 

Korang boleh la ambil peluang ni..

Buka satu perniagaan untuk..

Ajar para peniaga ni baik pulih ..

Dan kembangkan perniaagaan mereka..

 

 

70 idea bisnes online #64

Perniagaan sewa rumah..

Sekarang ramai penyewa yang mencari..

Rumah-rumah untuk disewa melalui online je..

Jadi korang yang buat perniagaan ni..

Ataupun nak memulakan perniagaan ni..

Amat la sesuai korang berniaga online..

 

Korang Cuma masukkan iklan..

Di mana-mana grup rumah sewa..

Letak gambar rumah korang tu..

Dan sekali dengan harga rumah tu..

 

Cari ni lagi mudah untuk korang..

Mencari pelanggan atau penyewa..

Berbanding korang pasang banner..

 

Kalau korang tak ada rumah sendiri..

Boleh je jadi ajen mana-mana syarikat hartanah..

Biasanya komisen untuk perniagaan ni agak lumayan..

 

 

70 idea bisnes online #65

Perniagaan biskut homemade..

Patern pembeli sekarang ni..

Mereka lebih suka membeli..

Biskut yang homemade..

 

Ini kerana mereka lebih yakin…

Dengan rasa dan keadaan biskut tersebut..

Korang kan akan buat..

Kalau ada order masuk..

Maksudnya korang tak simpan stok lama laa…

 

Jadi biskut tu masih baru ..

Dan rasanya pasti lebih sedap..

Berbanding dengan biskut dari kilang..

 

 

70 idea bisnes online #66

Menjual minyak angin atau minyak urut..

Setiap rumah pasti kena ada minyak ni..

Permintaan terhadap minyak ni..

Sentiasa ada dan tidak kira masa..

Terdapat banyak jenis minyak ni dipasaran..

Korang boleh pelbagai kan..

Jenis dan jenama minyak angin dan minyak urut..

Pasti dapat menarik pelanggan..

Untuk membeli dengan korang..

 

 

70 idea bisnes online #67

Perniagaan hias rumah…

Bagi korang yang minat..

Dengan menghias rumah ni..

Korang boleh cuba buka perniagaan..

Ataupun kelas oline cara nak hias rumah…

 

Sasaran korang pastinya golongan wanita…

Dan juga suri rumah tangga..

Tak ramai lagi yang buka kelas online…

Mengajar cara menghias rumah..

Korang boleh la ambil peluang ni..

 

Korang share la cara nak hias ruang tamu..

Cara nak hias bahagian dapur..

Dan sebagainya..

 

 

70 idea bisnes online #68

Perniagaan ajar orang menulis…

Yang ni lebih kurang macam kelas bahasa la..

Tapi yang ni lebih teknikal..

Di mana korang kena ajar orang menulis..

 

Bagi korang yang mahir dalam tulisan..

Selain dari tulisan rumi..

Ini lagi bagus sebenarnya..

Kebanyakan rakyat Malaysia dah mahir bahasa rumi..

 

Trend sekarang kan ramai yang nak belajar…

Tulisan Negara atau bahasa lain..

Contohnya mandarin, korea, jepun..

Pasti dapat sambutan hangat..

 

 

70 idea bisnes online #69

Pengurus media sosial..

Korang kan tahu media sosial adalah..

Alat penting untuk perniagaan..

Kalau korang mahir menggunakan media sosial ni..

Untuk aktiviti perniagaan..

Korang boleh tawarkan perkhidmatan ni..

Kepada jenama atau perniagaan…

Yang memerlukan bantuan..

Untuk menguruskan akaun media sosial mereka setiap hari..

 

Korang boleh caj mereka..

Bergantung pada seberapa besar atau kecil..

Laman web yang korang urus tu,,,

 

 

70 idea bisnes online #70

Podcasting/podcaster

Podcasting ni adalah satu lagi cara…

Yang hebat untuk korang para usahawan…

Korang boleh mulakan podcast korang sendiri…

Dan jual tempat iklan atau sertakan penaja..

Disekitar kandungan korang tu..

 

 

Akhir kata…

Terdapat banya idea untuk bisnes online ni..

Tepulang kepada minat dan kepakaran korang je..

Kalau korang ada modal besar..

Boleh la buat produk sendiri..

Kalau tak korang boleh mula jual produk orang lain dulu..

Saya harap perkongsian kali ni dapat..

Memberi idea kepada korang yang nak berniaga online..

Banyak lagi yang saya nak share lepas ni..

Stay tuend tau…

 

 

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT