Tuesday 2 February 2021

Kerja Malam Part Time - RM7,500 Sebulan

Kalau korang tengah cari kerja malam part time yang boleh dapat RM30 sehari, kami rasa sedikit sedih.

Entri ni tak tipu ya, ada kerja malam part time yang korang boleh dapat income melebihi RM7,500 sebulan tau!

Sebab kami di Prof Duit tak berapa cadangkan anda cari kerja part time waktu malam ni, dengan makan gaji juga!

Baca : (Menjadi) Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 Yang Betul

Ya lah korang mesti kerja siang jugak kan, so siang tu korang dah kerja untuk duit.

Kalau korang cari lagi kerja malam-malam, korang kerja untuk duit lagi belah malam.

Apa yang kami cadangkan untuk korang buat adalah mula bisnes korang. Bisnes ni boleh buat tanpa modal!

Baca : App Buat Duit Dalam 24 Jam - App Ni Paling Senang Buat Duit

Katalah korang siang dah kerja, mungkin dapat RM1,500 gaji korang, malam korang part time kerja dapat RM30, RM30 x 20 hari korang dapat RM600.

Tapi ingat, agak wow la korang dapat duit lebih sampai 600 sebulan kan, tapi kalau malam korang kerja, ingat tak penat ke kan?

Lepas tu korang kurang masa dengan anak-anak dan family. Yang paling tak best, korang tak kerja tak dapat duit dah!

Korang akan dapat income tambahan sahaja, dan korang tak dapat ubah nasib korang!

Selagi mana korang masih di quadran pekerja, korang susah nak kaya.

Apa yang kami nak korang buat? Kami lagi suka kalau ramai anak bangsa kita yang mula berniaga.

Berniaga di internet ni tak perlukan modal pun. Mari kami ajarkan.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Ada beberapa kerja part time yang kami sangat suka korang buat. Kebanyakan kerja part time ni adalah bermodalkan masa korang sahaja.

Anda perlu peruntukkan sehari dalam 1 hingga 2 jam selama 6 bulan hingga 1 tahun, dan korang mampu ubah nasib korang nanti.

Kerja Malam Part Time #1

Mula Blogging

Haa, kami sangat cadangkan anda berblogging! Sebab korang perlukan kerja part time yang setup sekali dan tinggal, duit masuk berulang kali.

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Blogging ini adalah antara cara paling murah untuk korang mula bina bisnes. Pilih niche yang korang minat nak tulis.

Lepas tu korang tulis 1 artikel yang panjangnya 1500 hingga 2000 patah perkataan selama 3 bulan.

Korang akan dapat 90 artikel! Beri masa selama 6 bulan ke 12 bulan untuk Google rank artikel korang.

Ingat! Content dan isi blog korang tu kenalah added value di internet. Kalau buat content yang sama je dengan blogger lain, susah nak dapat trafik yang banyak.

Mula dengan blogspot atau wordpress yang free dulu pun boleh.

Sekali korang tulis, nanti bertahun-tahun korang dapat trafik. Kami yakin kalau korang tulis artikel dalam 90 tu, korang akan dapat trafik dalam 10,000 pageviews sebulan selepas Google rank artikel korang 8 bulan akan datang.

So, mula sekarang, Google akan ambil masa untuk buat 'user testing'. Ada satu kajian dari oversea, mereka hubungkaitkan bilangan artikel dengan trafik yang dapat, dan juga income yang bakal korang dapat.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Kalau korang tulis 10 artikel yang bagus, biar masak di internet selama 8 bulan, korang akan dapat RM0 sebulan!

Kalau korang tulis 100 artikel yang bagus, biar masak di internet selama 8 bulan, korang akan dapat RM2,700 sebulan!

Kalau korang tulis 500 artikel yang bagus, biar masak di internet selama 8 bulan, korang akan dapat RM7.500 sebulan!

Haa, lebih kurang begitulah hubungannya. So, lagi banyak content korang buat lagi senang buat duit. Selitkan je link affiliate, dan iklan Google Adsense.

Join lah program affiliate Klikjer, Involve Asia, JVZoo, Clickbank, Getresponse dan macam-macam lagi.

Nak tahu detail lanjut, kami recommend anda belajar di banner kat bawah ni. Boleh klik banner ni.

 

Kerja Malam Part Time #2

Buat Youtube Channel

Youtube ni pun best, sebab ia adalah cara jana pendapatan yang setup and go sahaja.

Lebih kurang sama dengan blogging, korang ambil masa sikit dalam setahun untuk nampak hasil, tapi korang kena ingat, lepas setahun tu korang boleh ubah nasib korang!

Macam ada pensyarah saya masa di universiti dulu, dia buat youtube channel pasal kereta, dia dah lah ada PHD dalam turbocharger, sembang pulak pasal kereta kan. Jadi virallah youtube channel dia.

So, last saya check stats Youtube dia, dah ada 35,000 subscriber!

Dan saya check income dia di Social Blade, secara purata dia buat RM7,500 sebulan dengan iklan!

Korang perlukan smartphone korang sahaja, rakam muka korang dan upload di Youtube, beri tips-tips yang bagus dan berguna!

Nanti orang akan cari Youtube channel korang kalau korang mampu membantu selesaikan masalah orang lain.

Niche apa-apa pun boleh buat duit tau! Kalau korang ada laptop, korang boleh buat youtube channel yang tak tunjuk muka korang pun.

Korang boleh buat channel pasal 'Fastest Train in the world', 'Kompilasi lawak', 'Koleksi ceramah ustaz', 'best azan in the world', Meditation channel, dan macam-macam lagi!

Member saya buat channel susun-susun mancis dan bakar sahaja! Tapi boleh dapat view yang banyak!

Korang perlu ada sedikit keunikan sahaja.

Prof Duit ajar sikit, korang ajar anak korang mengaji tapi korang pakai topeng spiderman!

Haa, tak ke viral nanti youtube channel korang, pahala pun dapat, anak jadi pandai, dapat buat duit lagi, tak perlu tunjuk muka korang pun!

Bijak tak Prof Duit, ni idea yang kami suka masa nak mulakan buat youtube channel dulu, kami yakin korang mampu viralkan youtube channel tu dan dapat 1000 subscriber beserta 4000 jam watch time dengan teknik tu dalam masa setahun.

Lepas cecah tahap tu, korang dah boleh beriklan dengan Google Adsense, dan letak sahaja link affiliate di description video korang untuk buat duit.

Kerja Malam Part Time #3

Bisnes Shopee

Haa, yang ni kalau korang nak cepat buat duit! Tapi sedikit tak automatik berbanding blogging dan Youtube tadi.

Korang kalau mulakan shopee store, korang akan hadapi kesukaran untuk dapat pembeli, sebab korang takde sale lagi time tu.

Kalau kami jadi pembeli pun kami tak nak beli dari korang sebab korang takde mark 'Sold' lagi dekat store korang.

Kami ada strategi yang korang boleh buat untuk selesaikan masalah ni, dan kami yakin korang mampu jana pendapatan samapi RM4,000+ sebulan dengan teknik ni.

Sebab kami pun buat dan menjadi! Mula-mula korang upload 5 produk sehari. 1 hari 5 produk, 30 hari dah 150 produk!

Korang dropship dari shopee ke shopee je. Search item yang korang nak jual, contohnya 'Stroller Bayi', dan pilih local seller, top sales!

Nanti ambil supplier yang ratingnya 4.8+ ke atas, sebab nanti korang dapat tumpang rating.

Mula-mula masa start tu, korang dapat PM customer nanti, korang terus reply laju-laju, sebab shopee store yang baru, customer yang pergi store korang akan nampak 2 benda dulu.

Iaitu Number of Product dan Response Rate!

Korang naikkan dulu dua benda ni, nanti orang akan lebih mudah nak beli, jangan lupa letak Free Shipping, Diskaun, Bundle Deal dan Top Picks!

Ini semua korang kena letak, pergi dekat Marketing Centre.

Benda ni akan naikkan conversion rate korang nanti. Lepas tu buat shopee ads. Letak bid maksimum 7 sen per klik untuk Keyword Ads dan 4 sen per klik untuk Discovery Ads.

Jangan risau untuk beriklan di shopee ni. Ia sangat murah dan berbaloi.

Secara purata, kami dapat sale setiap kali iklan jalan dalam RM5 sahaja! Korang markup lah RM20 dari supplier korang dan korang dah dapat untung atas angin dalam RM15.

Lagi banyak iklan korang jalan lagi banyak sale. Sebab tu korang kena ada produk yang banyak diupload, sebab nanti iklan tak berapa jalan.

Kalau korang ada banyak produk, nanti iklan korang boleh jalan dengan murah tau!

Detail lanjut, kami dah ada step by step guide, korang follow sahaja panduan ni. Boleh klik banner bawah ni untuk belajar A sampai Z.

Kerja Malam Part Time #4

Collect Followers di Instagram

Haa, yang ni, korang hanya perlu follow dan unfollow sahaja, buat seberapa banyak yang mungkin.

Tunggu orang lain follow korang balik. Korang kena letak insentif supaya orang nak follow korang balik.

Caranya, korang buat something yang unik sikit dekat page IG korang tu. Katalah korang ni dalam niche kuruskan badan, korang boleh buat 'before after transformation', atau buat page untuk 'buat larian 100,000km dalam setahun'!

Korang dengar pun rasa nak follow kan, haa mudah sahaja nak mula bisnes di internet ni, korang perlu benda yang unik, dan orang rasa nak follow IG korang juga.

Letak gambar yang menarik, ataupun korang kalau dalam niche internet marketing, boleh beri nasihat pasal kewangan, infografik dari Robert Kiyosaki ke, semua tu korang boleh ambil dari page mat salleh, dan terjemah ke dalam bahasa melayu.

Edit pakai power point sahaja, dan reupload semula, letak logo page IG korang, lepas 2-3 bulan korang dah dapat dalam 10k followers, orang dah start perasan IG korang.

Dan akan ada orang yang berminat nak buat sponsored post atau paid post.

Macam Nora Danish tu, sekali post di IG dia dapat RM2,000. Itu sekali post tau!

Kalau sebulan dia buat 50 post, RM100,000 sebulan dia dapat! Itulah cara bisnes Instagram yang korang perlu ikut. Model bisnes yang orang kaya buat, korang kena buat juga.

Jangan dok pikir nak cari kerja malam part time yang dapat RM10-RM20 sahaja! Rugi masa korang tu.

Cari bisnes yang boleh scale! Kalau nak belajar, kami suggest anda belajar di bawah ni, boleh klik gambar ni.

Akhir Kata

Haa, best tak tips dari Prof Duit ni, kalau korang minat nak dapat tips lagi, boleh baca entri kami yang lain, share artikel ni, dan subscribe dalam emel list kami.

Next time kami nak cerita pasal kerja part time gaji hari, kerja part time gaji hari, kerja part time gaji hari kl, kerja part time kuala lumpur, kerja part time malam kl, kerja part time shah alam malam, kerja part time sabtu ahad dan kerja part time malam.

Good luck!

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT