Wednesday 15 September 2021

Cara Daftar SSM Online (Panduan Lengkap)

Hi korang!!

Sebelum ni kitorang dah janji nak kongsi pasal cara nak daftar SSM kan.

Kalini kitorang nak kongsi cara mudah dan cepat.

Korang tak perlu nak buang masa tau.

Ada ke yang tertanya-tanya?

Kena pergi ke pejabat SSM ke?

Atau boleh buat secara online je.

Jom kitorang kongsi.

 


Bagaimana cara nak daftar SSM #1

Syarat-syarat Pendaftaran Perniagaan

 Baca : 11 Jenis Perniagaan Modal Kecil (Masyukk)

Sebelum korang nak daftar perniagaan,

Korang kena tahu apa syarat-syaratnya.

Syarat ni penting.

Bukan apa, kalau korang tak melepasi syarat-syarat tu,

Korang tak boleh mendaftar.

Sini kitorang kongsi syarat-syarat asas sebelum mendaftar.

  Baca : Cara Bisnes Di Rumah Buat RM2000 Sebulan

Pertama, Perniagaan korang kena beroperasi di Malaysia Barat

(semenanjung Malaysia & Wilayah persekutuan).

Syarat ni sebenarnya ikut Akta Perniagaan 1956 tu.

Ni boleh kata syarat paling penting la.

  Baca : Cara Tengok Youtube Dapat Duit RM100 Sehari

Kedua, jenis perniagaan.

Yang ni, korang kena tahu tau,

Ape jenis perniagan yang korang jalan kan tu.

Contoh nya, korang buat perniagaan sendiri,

(perniagaan milikan tunggal),

Korang kena la daftar lesen persendirian.

 Baca : Peluang Perniagaan RM100 Sehari (Modal Kecil)

Korang jangan salah daftar jenis lain pulak.

Kalau korang ada rakan kongsi,

Kena tahu samada perniagaan tu

Jenis apa. Contohnya , SDB BHD atau BHD.

Jenis perniagaan ni saya dah kongsi secara detail dalam article yang lepas.

Untuk lebih detail pasal jenis perniagan ni korang boleh

Rujuk pada article ‘Apa itu SSM’ tau.

  Baca : 10 Bisnes Modal Kecil Paling Untung

Pendaftaran ni ada syarat WAJIB jugak tau.

Yang paling penting korang adalah warganegara atau penduduk tetap.

Warga asing maaf ya.

Korang tak boleh mendaftar.

Had umur juga ditetapkan.

Hanya untuk korang yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Adik-adik yang tak cukup umur tu,

Kena tunggu dulu tau.

 Baca : 10+ Idea Bisnes Makanan Viral (Senarai Penuh)

Dah cukup umur baru pergi daftar okay.

Lagi satu, untuk mendaftar ni,

Pemilik atau rakan konsi sahaja tau yang dibenarkan.

Korang tak boleh wakilkan orang lain ye.

  Baca : 4 Petua Wajib Nak Buat Bisnes Online

Antara syarat lain pulak:

Korang boleh perbaharu ‘renew’,

Dalam masa 1 tahun.

Maksudnya lesen tu boleh hidup selama setahun.

Kalau korang ada duit lebih dan takut terlupa tarikh setahun tu,

Korang boleh je buat terus selama 5 tahun.

  Baca : Semua Tentang LOAN ASB [Panduan Lengkap]

Korang kena pastikan jenis perniagaan yang korang daftar tu,

Mematuhi undang-undang tau,

Selain tu, ikut keselamatan persekutuan,

Ketenteraman awam atau prinsip moral.

Maksudnya, perniagaan ynag korang jalankan tu,

Tak menyelahi undang-undang tau.

Contohnya, pemerdagangan manusia.

Jelas-jelas salah kan.

  Baca : Cara Claim E Dompet RM50 - [Panduan Lengkap]

Bagaimana cara nak daftar SSM #2

Prosedur Pendaftaran perniagaan baru.

Korang nak tahu prosedur atau cara nak daftar perniagaan ni.

Sini kitorang kongsikan.

  Baca : 10 Youtuber Malaysia Terkaya - Senarai Lengkap

Pertama,

Korang kena buat permohonan secara atas talain (online).

Mudah je,

Korang taip je [email protected]

Lepas dah masuk wesite ni,

Korang kena daftar secara online dulu ya.

Lepas dah daftar online,

Korang kena pergi ke pejabat SSM berdekatan tau.

Korang perlu ke sana untuk pengesahan identiti pemilik.

Nak pastikan sama ada betul ke tak,

Korang yang mendaftar atau bukan.

Ini jugak untuk keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz online

Sekali tu je korang kena ke SSM tau.

 Baca : 7 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan - Betul-Betul Padu!

Tapi korang kena tahu,

Masa pergi ke pejabat SSM tu,

Korang kena bawak dokumen-dokumen tau.

Dokumen ni kornag kena upload dari system ezbiz.

Antara dokumen tu:

-Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

-Surat kebenaran/pengesahan agensi (jika ada)

-Jika jenis/aktiviti perniagaan yang didaftarkan

perlu kelulusan agensi berkenaan

 Baca : Aplikasi Buat Duit RM100 Sehari - SERIUS JADI

Sebelum daftar tu,

korang kena fikir nama untuk perniagaan korang.

Tak boleh tau guna nama sembarangan.

Ada 2 jenis nama yang boleh digunakan.

1.     Nama Tred.

Maksud nama tred ni,

Korang cipta sendiri.

Contohnya, Anggun Construction

 Baca : Cara Dapat E Tunai Rakyat RM30 - Panduan Lengkap

Restoran Maju.

2.     Nama sendiri.

Korang guna nama sendiri.

Ikut nama dalam kad pengenalan tu.

Contohnya, Ali bin Abu.

Tapi, korang kena la pilih nama,

Yang sesuai dengan perniagaan korang la.

Tak menyalahi undang-undang.

 Baca : Cara Tebus E Wallet RM50 - Panduan Lengkap

Kalau korang ada beberapa cawangan,

Korang kena pastikan,

Alamat perniagaan korang tu tak boleh sama tau.

Kena guna alamat yang lain.

 

Bila kornag daftar perniagaan ni,

Beberapa proses perlu korang patuhi tau.

 

Untuk korang yang nak daftar pakai Tred name,

Korang boleh daftar sebagai pemilikan tunggal,

Korang jugak boleh daftar perkongsian tak lebih 20 orang.

Untuk perniagaan perkongsian,

Korang tak boleh guna nama sendiri,

Tak boleh guna nama seperti di kad pengenalan.

(Mykad @ MyPR).

 

Korang yang daftar Perniagaan perkongsian,

Semua rakan kongsi,

Akan menerima notis.

Notis-notis ni berkaitan pendaftaran baru yang dilakukan rakan kongsi,

Semua rakan kongsi, perlu buat pengesahan di portal Ezbiz Online.

Selepas pngesahan dibuat oleh rakan kongsi,

Baru pembayaran boleh dibuat dan dihantar untuk diproses.

 

Korang yang ada rakan kongsi,

Kena pastikan semua rakan kongsi korang,

Sudah aktif sebagai pengguna ID Ezbiz.

Kalau ada salah seorang belum aktif Ezbiz,

Kornag tidak boleh mendaftarkan perniagaan korang.

 

Fi Pendaftaran

Korang mesti tertanya tentang harga perndaftaran kan.

Di sini korang nak kongsikan Fi Pendaftaran.

Mahal ke murah ye?

 

Untuk korang yang baru nak berniaga,

Yuran pendaftaran perniagaan baru ,

Hanya RM60 setahun.

Ini untuk perniagaan tunggal atau

Perkongsian menggunakan nama tred.

 

RM30 bagi perniagaan tunggal menggunakan nama sendiri.

Seperti di kad pengenalan.

Korang kena tambah RM5,

Untuk setiap cawangan jika ada.

 

Untuk mendapat maklumat perniagaan,

Korang kena bayar RM10.

 

 

 

 

Panduan AM

Kitorang jugak nak kongsikan panduan AM.

Pandaun AM ni,

Sedikit sebanyak dapat menambahh info untuk korang.

 

Bagi korang yang yang dah ada perniagaan,

Tetapi tidak mendaftarkan perniagaan,

Korang tahukan ini satu kesalahan.

Kesalahan ini di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP1956).

Korang boleh disabitkan dengan kesalahan.

Antaranya,

Korang dikenakan denda tidak melebihi RM50000.

Korang juga boleh dipenjara tidak melebihi 2 tahun.

Atau keduanya.

 

Korang tahu ke tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan?

Sebagai pemilik perniagaan ni,

Korang kena dapatkan lesen perniagaan/ premis,

Selain tu, koramg jugak kena mintak permit atau surat kebenaran

Daripada pihak berkuasa tempatan.

Agensi berkaitan jenis atau aktiviti perniagaan korang,

Walaupun korang dah daftar perniagaan koranr dengan SSM.

 

Bagaimana cara nak daftar SSM #3

Cara daftar online.

Korang nak tahu, SSM ni boleh didaftar secara online.

Nak tahu cara daftar online.

Tapi, sebelum korang nak mendaftar SSM secara online,

Korang kena ada Akaun pengguna Ezbiz terlebih dahulu.

Sini saya kongsi apa syarat untuk mendaftar akaun Ezbiz ni.

 

Syarat Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz

Kalau korang nak tahu,

Syarat ni berada di bawah peruntukan seksyen 22A.

Akta Pendaftaran Perniagaan (APP 1956).

 

Korang segbagai pemohon yang nak daftar lesen ni,

Kena la daftar sebagai pengguna perkhidamatan Ezbiz dulu ye.

 

Korang ataupun rakan kongsi,

Perlulah warganegara.

Ada Mykad atau My PR.

Dan mestilah berumur 18 tahun ke atas tau.

 

Dah cukup syarat kat  atas tu,

Korang bileh buat permohonaan secara atas talian.

Korang tekan je link ni: https://ezbiz.ssm.com.my

Kalau tak berapa faham,

Korang boleh rujuk Tatacara Mendaftar Pengguna Ezbiz

 

Selepas kornag dah Berjaya daftar sebagai pegguna Ezbiz online tu,

Korang pergi ke pejabat SSM tau.

Untuk pengesahan identiti pemilik.

Bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online.

Macam kitorang cerita kat atas tu.

 

Dekat pejabat SSM tu,

Korang kena sedikan alamat email korang yang aktif,

Dan juga ni HP.

Ini untuk memudahkan pihak SSM.

Kalau dorang nak hubungi korang kan.

 

Korang tahu tak,

Pihak SSM telah mengecualikan Fi ni tau.

Kalau korang daftar online ni,

Ini untuk menggalakkan kornag semua menggunaka  perkhidmatan ni.

 

Dah settle daftar online.

Sini kitorang nak kongsi,

Panduan AM.

Panduan ni penting tau,

Lebih lagi untuk korang yang kali pertama daftar Ezbiz ni.

 

Lepas dah ada akaun Ezbiz ni,

Korang jangan sesekali kongsi kata laluan kepada orang lain.

Walaupun pekerja kornag tau.

Ini untuk memastikan keselamatan maklumat perniagaan korang.

Selain untuk mengelak seseorang salah guna akaun korang tu.

 

Korang sebagai pengguna Ezbiz ni

Perlu memamtuhi terma & syarat tau.

Selain tu, korang tak salah guna perkhidamtan ni.

Kalau tak,

Pihak SSM boleh mengambil tindakan ke atas korang.

Antara tindakan yang akan diambil:

Menggantung atau membatalkan perkhidmatan akaun korang tu.

Rugi la kan.

Korang dah Berjaya daftar,

Tapi sebabkan tak ikut terma dan syarat,

Tak pasal kena macam ni.

 

Bagaimana cara nak daftar SSM #4

Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan.

Korang tau, nama perniagaan ni sangat penting.

Ia merupakan gaya @ tajuk.

Ada jugak yang kata,

Sesetengah nama boleh bawa’ong’ kat perniagaan.

Tak tahu laa betul ke tak kan.

 

Jadi, kitorang nak kongsi la

Nama-nama perniagaan yang dibernarkan dan tak dibenarkan

Mengikut undang-undang.

 

Nama perniagaan boleh dikategoriakan kepada 2 jenis:

Nama sendiri.

Macam kitorang dah certia kat atas tu la,

Nama yang sama dalam kad pengenalan korang tu.

Kalau korang guna nama sendiri ni,

Korang tak perlu semak untuk kelulusan dah.

Kira macam automatik lulus la gitu.

Contoh nya, Siti Hajar

Chow Mei mei,

Muthu A/L Samu

 

Nama Tred.

Nama tred ni nama yang korang cadangkan.

Maksudnya, nama yang takde kaitan dengan nama korang,

Tapi, untuk guna nama ni,

Korang perlu dapat kelulusan dulu tau.

Kelulusan ni melalui Pendaftarn Perniagaan SSM terlebih dahulu.

Contoh nama tred ni,

Kedai Dobi Merah,

Restoran Mak Minah,

ASD Anggun Enterprise.

 

Ha, nama dah pilih,

Korang mesti nak tahu,

 

Apa prosedur nak mohon nama perniagaan ni kan.

Mudah je sebenarnya

Kalau korang ikut langkah yang betul

Untuk mohon nama perniagaan ni,

Korang kena isi borang PNA42 tau.

Korang isi je dengan betul dan lengkap.

 

Misal kata nama yang korang nak mohon tu,

Perlu kelulusan-kelulusan YB Menteri,

Korang kena la lengkakpkan semua maklumat,

Selain tu lampirkan dokumen sokongan.

Baru la senang nak dapat kelulusan tu.

Panduan Pertimbangan Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan.

 

Korang yang nak letak nama perniagaan yang unik-unik tu,

Kitorang cadangkan korang semua untuk baca apa panduan nya.

Ialah, kan dah setuju nak letak nama tu,

Sekali tak lepas.

Kalau dari awak kornag dah tahu apa yang tak boleh,

Senang laa kerja korang kan.

 

Yang paling penting sebelum mendaftar nama perniagaan tu,

Nama yang korang pilih tu mestilah tidak bertentangan dengan:

Ø  Perlembagaan

Ø  Undang-undang

Ø  Tidak mempunyai unsur negative.

 

Korang tahu ke nama perniagaan

yang macam mana Melanggar undang-undang tu?

 

Dalam kaedah 15,

kaedah –kaedah Pendaftarn Perniagaan (Perkara 5),

dorang ada terang lebih terperinci tau.

Korang boleh refer sana.

 

Yang kedua, Warta Kerajaan Bil. 716 Akta Syarikat 1965 (LIhat perkara 6).

 

Ketiga, Peruntukan undang-undang lain,

mengenai laranganpenggunaan perkataan tertentu

tanpa kebenaran pihak mentadbir & mengawalselia undang-undang berkenaan.

Prinsip-prinsip menamakan Perniagaan.

Korang kena tahu tau,

Prinsip-prinsip nak nama kan perniagaan ni.

Terdapat beberapa prinsip.

Sini kitorang kongsikan senaraikan.

 

Korang kena pastikan penggunaan bahasa dan ejaan nama tu betul okay.

Nama yang korang pilih tu,

hendaklah menggunakan laras Bahasa dan juga ejaan yang betul.

Korang dibenarkan tau campur bahasa melayau dan bahasa inggeris untuk nama perniagaan tu.

Tu pon kaalu nama tu,

Menggambarkan jenis perniagaan

Laras bahasa yang betul.

Laras bahasa ni maksudnya

Kedudukan perkataan tu.

Contohnya; Kedai Dobi Power bukan Power Kedai Dobi.

 

Kalau korang nak letak nama,

Yang bukan dari bahasa melayau atau bahasa inggeris,

Contoh korang reka je nama tu,

Ia dibenarkan.

Tapi, korang kena jelaskan maksud atau asal usul perkataan tu.

 

 

Nama yang tidak terlalu umum.

Korang, Nama yang tidak terlalu umum ni,

Maksudnya mempunyai identiti.

Perkataan yang korang guna tu comman (biasa).

Atau pon korang pakai aktiviti.

Contohnya, Technology Resources.

 

Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah di daftarkan

Atau dalam simpanan.

Korang tak boleh tau,

Guna nama sama macam perniagaan orag lain.

Walaupun korang guna symbol yang boleh membezakan

Perniagaan korang dengan orang lain tu.

Contohnya, korang guna dan, and, &.

Nama perniagaan orang tu Abu dan Ali.

Koramg pon daftar nama Abu & Ali.

Ha, macam ni tak boleh ye.

 

Tadi symbol kan,

Korang kena tahu,

Perkataan yang mempunyai maksud yang sama pon tak boleh tau.

Contohnya, dah ada perniagaan nama Builder,

Kornag daftar Build.

Imbuhan pon tak boleh jugak ye,

Imbuhan ni kitorang bagi contoh mudah ye.

Contohnya, dah ada peniagaan yang daftar nama ABC Services,

Tapi korang daftar ABC Service.

Beza tak ada s je kat belakang.

Pon tak boleh ye.

 

Kalau penmbahan ayat maksud yang sama pon tak boleh ya.

Contohnya, perkataan new dengan baru.

Contoh: Golden Dynamic Trading = New Golden Dynamic Trading

 Perusahaan Dinamik = Perusahaan Dinamik Baru

Jadi tak boleh ye.

Korang tak boleh sewenangnya tambah perkataan tu ye.

 

Yang tadi kitorang bagi contoh nama yang sama kan.

Kali ni kitorang nak bagi contoh,

Nama perniagaan seakan sama,

Tapi dianggap berbeza ya.

 

Jika, nama tu mempunyai perbezaan huruf atau susun kata

Contohnya, Blue Star Trading tidak sama dengan Star Blue Trading

Setiabudi Maju Services tidak sama dengan Setiabudi Jaya Sevices.

Sekali baca macam samakan?

Tapi ini dibenarkan.

 

Korang kena pastikan nama perniagaan korang tu,

Bukan nama yang kurang sopan,

Menghina,

Atau mengelirukan Dari segi identity dan objek.

Kalau boleh,

Elakkan nama perniagaan korang,

Daripada mengandungi unsur lucah,

Atau dianggap menghina @ mencerca.

 

Selain tu, korang kena pilih nama yang jelas.

Maksudnya, nama korang melambangkan jenis peniagaan.

Contohnya, korang bukak restoran,

Korang daftar la nama Restoran Maju.

Jangan pulak korang meniaga pakaian,

Tapi letak nama perniagaan Restoran Maju.

Tu boleh buat orang keliru tau.

Korang ni jual makanan ke pakaian.

 

Korang juga perlu mematuhi,

Prinsip-prinsip umum yang lain tau.

Antaranya:

Nama perniagaan korang tu ,

Berkaitan dengan keagamaan.

Nama-nama macam ni tak dibenarkan tau.

Contoh kitorang boleh bagi,

Alqudus Lord Shri Shiva Resources Great God Enterprise.

 

Selain daripada agama,

Korang tidak boleh guna nama seseorang,

Contohnya tokoh terkenal.

Kalau korang nak jugak,

Korang kena mintak kebenaran tokoh tu dulu la.

Kalau dorang dah meninggal,

Korang kena minta izin daripada waris terdekat.

Contohnya, hang tuah, Cheng Ho, Ibnu Sina.

Mana-mana ynag nak guna nama yang berkaitan

Badan berkanun,

Syarikat atau ageensi kerajaan,

Nama pengajian tinggi ke,

Nama singkatanagensi kerjaaan persekutuan , negeri,

Atapun syarikat milik kerajaan (GLC),

TIDAK DIBENARKAN YE!!

Contohnya: SSM, JPA, JPM, UiTM, UTM.

 

Perkataan yang dikawal,

Atau dihadkan penggunaan kerana kepentingan awam,

Juga tidak dibenarkan.

Contohnya, 1 Malaysia, Wawasan 2020.

 

Nama yang ada kaitan denagn aktiviti,

yang dikawal oleh agensi kerajaaan

@ sesuatu profession,

Pon tidak dibenarkan tau.

Contoh: arkitek, Jurutera, Doktor.

Tak ke pelik nama perniagaan korang Doktor Enterprise.

 

Kalau korang yang jenis suka dengan symbol,

Nama pernigaan pon nak letak symbol,

Korang kena tahu,

Ada 5 je symbol yang dibenarkan tau.

Yang ni boleh baca balik yang bahagian symbol kat atas tu.

 

Yang berminat dengan nombor tu,

Haa, korang boleh letak je nombor ni dekat nama perniagaan korang.

Contohnya, 123 Maju Enterprise

 

Korang yang berminat nak letak nama Malaysia atau negeri,

Tidak boleh ya.

Kalau ada kepentingan kerajaan Persekutuan atau Negeri,

Dan mendapat persetujuan dari pihak tu,

Baru boleh guna,

Contohnya, Malaysia Handcraft Center.

Atikah Songket Terengganu.

 

Gabungan nama atau perkataan yang diwartakan,

Juga tidak dibenarkan ya.

Kalau nak, korang kena mintak kebenaran YB Menteri,

Contohnya, DanaRakyat.

 

Selain tu,

Nama perniagaan korang tu,

Kena diikuti dengan keterangan perniagaan tau.

Contohnya, Teluk Intan marketing Ipoh Sweet & Candy Store.

 

Bagi korang yang nak guna balik nama perniagaan

yang dah luput atau tamat,

ianya dibenarkan.

Tapi,

Kenalah selepas 12 bulan dari tarikh tamat atau luput tarikh perniagaan korang

Yang sekarang.

Tapi ,

Melalui Borang C,

Korang dibenarkan tanpa had

Jika perniagaan telah tamat.

 

Bagaimana cara nak daftar SSM #4

Daftar SSM bagi orang OKU?

Untuk daftar perniagaan untuk golongan OKU ni berbeza ke?

Ke ikut langkah yang sama sahaja?

Mesti ada ynag tertanya-tanya kan.

Sini kitorang kongsikan ya.

Harap dapat membantu memudahkan urusan korang ya.

 

Panduan pendaftaran perniagaan melalaui

Skim 1 Orang Kurang Upaya 1 Perniagaan (S1O1P)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Pada 23 oktober 2012,

Korang yang dalam golongan OKU,

Yang ingin mendaftar perniagaan Di bawah suruhanjaya Syarikat (SSM) ni,

Korang dikecualikan Fi Pendaftaran & Pembaharuan tau.

Semua ni ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Untuk pengetahuan korang,

Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P),

Dilaksanakan sehingga kini tau.

 

Untuk skim ni,

Korang diberikan pengecualian pendaftaran & pembaharuan perniagaan

Selama satu tahun.

Antara pengecualian yang diberikan adalah:

Korang yang daftar perniagaan milikan tunggal,

Yang mengguna kan nama sendiri sama dengan kad pengenalan tu

Pengecualian sebanyak RM30 setahun.

 

Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian,

Yang menggunakan nama tred,

Diberi pengecualian RM60 setahun.

 

Korang nak tahu apa kelayakan untuk skim ni.

 

Pertamanya korang kena berumur 18 tahun dan ke atas.

Korang yang OKU,

Telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysai.

Sebelum ni korang belum pernah mendaftar perniagaan & pembahaaruan

Menggunakan Skim ni.

Kiranya ni kali pertama korang mohon la.

Korang juga boleh pilih,

Samada nak daftar persendirian atau perkongsian.

Tapi, rakan kongsi kornag po,

Terdiri dari OKU sahaja.

 

Untuk memohon Skim ni,

Korang boleh buat secara atas talian,

Sama macam sebelum ni.

Pergi ke website [email protected]

Korang kena berdaftar sebagai pengguna Ezbiz online dulu.

Proses dia sama je.

Lepas daftar online tu,

Korang kena pergi ke pejabat SSM.

Untuk pengesahan identiti pemilik

Bagi tujuan keselamatan pengguna Perkhidmatan Ezbiz Online.

Untuk lebih lanjut,

Kornag boleh rujuk Tatacara Pengguna Ezbiz Mendaftar Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P).

 

Masa korang ke pejabat SSM tu kan,

Korang kena lampirkan dokumen-dokumen sokongan.

Seperti,

Salinan kad pengenalan depan & belakang (Mykad)

Dan juga Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM.

 

Bagaimana cara nak daftar SSM #5

Apakah tanggungjawab pemilik perniagaan.

Korang dah sedia ke nak berniaga ni.

Kalau dah bersedia,

Korang tahu ke apakah tanggungjawab

Sebagai pemilik perniagaan ni.

Untuk menjadi peniaga yang Berjaya,

Korang kena ada ilmu tau.

 

Sini kitorang senaraikan tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan.

 

Pertama sekali,

Korang sebagai pemilik,

Kenalah mendaftar perniagaan korang,

dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan,

dengan Mengemukakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A).

 

kedua,

kalau korang nak Memperbaharui pendaftaran perniagaan,

pastikan dalam tempoh 30 hari Sebelum tarikh tamat pendaftaran,

Atau pembaharuan terdahulu dengan,

Mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1).

 

Kalau korang nak ubah butir perniagaan korang,

Kornag kena daftar perubahan tu dalam tempoh 30 hari tau.

Contoh 30 harini, dari tarikh berlakunya perubahan alamat utama,

Jenis perniagaan, alamat cawangan & maklumat pemilik.

Korang kena kemukakan,

Borang Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B).

 

 

Bagi korang yang dah tak nak teruskan perniagaan,

Korang jugak kena bagitahu penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari.

30 hari ni dari tarikh penamatan operasi perniagaan.

Untuk kematian,

Dalam masa 4 bulan dari kematian.

Korang kena kemukakan,

Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C).

 

Korang juga kena mempamerkan,

Sijil Pendaftaran Perniagaan,

yang mudah dilihat di premis perniagaan utama atau cawangan.

 

Meletakkan papan tanda,

Papan tanda ni kena laa

mempamerkan nama perniagaan,

korang kena letak di luar premis perniagaan,

untuk korang yang ada lebih dari satu premis perniagaan,

korang boleh letak di luar setiap tempat perniagaan tu.

 

Korang kena pamer tau nama perniagaan dan nombor sijil pendaftaran,

Dikepala surat, invois bil dan lain-lain dokumen.

 

 

Kena dapatkan lessen, permit atau surat kebenaran sewajarnya.

Ini korang kena mintak dengan pihak berkuasa .

Bergantung jenis perniagaan yang memerlukan kelulusan sebelum dijalankan

walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.

 

Akhir Kata

 

 

Okay, kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh lah share pada rakan.

Info ini sangat berguna bagi korang yang mahu memulakan perniagaan.

Bagi yang sudah berniaga korang dinasihatkan untuk mendaftar perniagaan

Korang sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

Next time, kami nak tulis pasal cara daftar SSM, apa itu ssm e info, contoh ssm, apa itu sijil ssm, kebaikan dan keburukan daftar ssm, ssm online, ssm untuk apa.

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT