Sunday 12 September 2021

[STEP BY STEP] Belajar Saham A sampai Z PERCUMA

 

Hai guys, dah baca ke article yang lepas?

Article cara-cara main saham tu.

Okay, harini saya nak share sikit pasal belajar saham.

Korang yang dah berminat dengan saham ni mesti tercari cara yang paling baik kan.

Korang nak belajar tak cara main saham yang mudah?

Nak belajar cara main saham dengan cepat?

Tapi tak tahu cara

Sini saya kongsi cara-caranya.

Perlu ke belajar untuk main saham?

Sebelum korang menceburi saham ni,

Korang perlulah belajar saham dengan mendalam.

Kalau Korang nak tahu, Belajar saham ni adalah langkah pertama.

Ini dapat membantu Korang peroleh untung yang besar.

Baca : 11 Jenis Perniagaan Modal Kecil (Masyukk)

Korang juga dapat menghindari kerugian.

Ramai yang join saham , tapi tidak mempunyai ilmu yang cukup.

Tidak tahu cara memulakan bidang saham ni.

Ini lah yang menjadi salah satu punca kenapa ramai yang mengalami kerugian

Untuk Berjaya dalam saham ni,

Korang kena la tahu apa itu saham, apa langkah awal,

Dan jugak kaedah paling cepat untuk belajar saham.

  Baca : Cara Bisnes Di Rumah Buat RM2000 Sebulan

Kalau korang nak tahu,

Banyak cara-cara yang cepat dan mudah untuk belajar saham ni.

Korang tak perlu keluarkan duit yang banyak pon,

Kalau nak tahu,

Baca la article saya ni sampai habis tau!!.

Kali ni juga saya akan kongsi macam mana nak menguasai ilmu dan pelaburan saham.

  Baca : Cara Tengok Youtube Dapat Duit RM100 Sehari

Belajar Saham #1

Sebab belajar saham

Korang nak tahu tak sebab perlu belajar main saham ni.

Sini saya nak kongsi beberapa sebab yang menarik:

1.      Pendapatan sampingan

Saham sebagai pendapatan sampingan?

Pernah tak korang dah kering duit sebelum hujung bulan?

Mesti pernah kan?

 Baca : Peluang Perniagaan RM100 Sehari (Modal Kecil)

Tapi korang tak tahu apa yamg korang nak buat

Nak meniaga tiada modal, tiada masa.

So, apa lagi, korang boleh la berjinak dengan saham ni.

Saham adalah salah satu platform yang mudah untuk buat duit.

Korang pun tak perlu luang masa yang lama.

Yang penting korang jadi pelabur di masa pertengahan

 Baca : 10 Bisnes Modal Kecil Paling Untung

Bukan sebagai short term (jangka pendek)

Ye la, main saham kena ikut trend.

Kalau korang main sekejap, tak sempat la nak dapat keuntungan tu.

  Baca : 10+ Idea Bisnes Makanan Viral (Senarai Penuh)

2.      Mudah

Kenapa belajar saham ni mudah.

korang nak tahu kenapa saya cakap mudah,

Sebab banyak inisiatif atau pun cara untuk korang “master” dalam saham.

Salah satunya korang boleh belajar dengan hanya membaca

Korang jugak boleh menonton mana-mana video di you tube.

Kunci kejayaan dalam saham ni ialah:

 Baca : 4 Petua Wajib Nak Buat Bisnes Online

Ø  Selepas korang belajar ilmu analisa teknikal.

Kalau korang tak tahu maksud ilmu analias ni boleh baca article saya yang lepas tau.

Kat situ saya ada terangkan maksud ni.

Ø  Korang juga boleh mempelajari fundamental analisa iaitu KESABARAN.

Kesabaran ni boleh bantu korang mengaut keuntungan dalam saham.

  Baca : Semua Tentang LOAN ASB [Panduan Lengkap]

3.      Tiada ketetapan Modal

Korang tahu kan, untuk main saham,

Tiada ketetapan modal yang ditetapkan.

Kalau korang tidak pernah belajar pasal saham,

 Baca : Cara Claim E Dompet RM50 - [Panduan Lengkap]

Mesti korang fikir untuk main saham ni perlu modal yang besar kan?

Ha, perkara asas tentang saham pon korang sudah salah.

Kalau korang ada Rm 2-3 ribu, korang dah boleh join saham tau.

Ini sudah cukup untuk mulakan ssaham contra atau swing.

Korang tak perlu nak tunggu duit/modal korang sampai sejuta.

Tidak perlu modal yang besar okay.

 Baca : 10 Youtuber Malaysia Terkaya - Senarai Lengkap

Sebab tu penting nya korang belajar pasal saham ni.

Ilmu asas sangat-sangat lah penting.

Terutama bagi korang yang baru berjinak dengan saham.

 Baca : 7 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan - Betul-Betul Padu!

4.      Ilmu berpanjangan.

Apa yang dimaksudkan ilmu berpanjangan ni?

Korang pernah terfikir tak untuk turunkan ilmu ni kepada keluarga?

Ye lah, korang dah Berjaya dalam bidang saham.

Takkan korang nak sia-sia kan ilmu korang.

Inilah yang dimaksudkan dengan ilmu berpanjangan.

Baca : Aplikasi Buat Duit RM100 Sehari - SERIUS JADI

Ilmu ni korang dah kumpul bertahun-tahun kan.

Kalau korang kurang ilmu,

Pasti korang kurang kenutungan.

Dan saya yakin korang tidak berminat untuk meneruskan saham kan.

Apatah lagi nak mengajar ahli keluarga.

  Baca : Cara Dapat E Tunai Rakyat RM30 - Panduan Lengkap

5.      Mengawal emosi.

Belajar saham dengan mengawal emosi?

Ha, macam mana tu ye?

Okay, dalam dunia saham ni kan,

Apa yang penting adalah disiplin dan emosi.

Dalam saham ni, korang boleh belajar mengawal emosi.

Sebelum ni korang suka berbuat kerja dengan terburu-buru kan?

Selepas korang menceburi saham ni, kalau akan belajar

Macam mana nak berfikir secara rasional.

 Baca : Cara Tebus E Wallet RM50 - Panduan Lengkap

6.      Komuniti professional

Korang tahu ke apa maksud komuniti professional ni?

Haa, korang pernah tak bekerja/duduk sekali dengan orang atasan?

Misalnya, CEO, COO, Manager,

Ha, dalam saham ni, korang tidak ada level-level position ni.

Semua sama sahaja.

Dalam masa sama, tanpa sedar korang berkawan dengan mereka ini.

Ada juga yang mengajar CEO, COO, Manager.

Hebat bukan.

Sebab itu saya tekan kan ilmu asas saham ini amat penting.

Sekali koramg faham, cekap membaca saham,

Automatic korang boelh memperoleh keuntungan.

Walaupun korang bukan lah CEO, COO, Manager.

 

 

 

7.      Tiada persaingan

Saham ini boleh saya katakana atas individu itu sendiri.

Apa maksudnya?

Korang kena tahu yang saham ini berbeza dengan perniagaan tau.

Kalau perniagaan, korang kena berhadapan dengan persaingan.

Persaingan dengan orang lain yang menjual produk yang sama

Menjual servis yang sama.

Tapi untuk saham ini, ia bergantung kepada ilmu korang.

Lagi banyak ilmu, lagi banyak pengalaman,

Lagi mudah untuk korang mendapat keuntungan.

Di samping korang juga boleh mengurangkan kerugian.

Terdapat satu persaingan dalam saham ni,

Ianya adalah emosi korang sendiri.

Macam saya cerita kat atas tu.

Sebab tu penting untuk korang kawal emosi.

Untuk pastikan korang membuat keputusan yang tepat.

 

8.      Tabungan masa depan/keluarga

Boleh ke main saham ni sebagai tabungan?

Banyak ke keuntungan sampai boleh buat tabungan?

Korang, satu je, kalau korang nak cuba sesuatu,

Korang kena lah yakin, kena ada target.

Tapi yang penting kena ada ilmu tau.

Happy tak korang, mula-mula hanya untuk pendapatan sampingan.

Sekali korang dapat membuat tabungan masa depan.

Tetapi, kornag kena SABAR tau.

Keuntungan saham ni memerlukan masa.

Masa untuk faham trend-trend saham.

Lebih-lebih lagi bagi korang yang baru.

 

 

 

Belajar Saham #2

Kelebihan  belajar saham

Ada banyak kepentingan atau pun faedah belajar saham ni.

Dalam article lepas saya ada kongsi beberapa kepentingan cara main saham.

Tapi, Kali ni saya nak kongsi dengan lebih lagi tentang kelebihan belajar saham.

1.      Kerja sampingan/ part time.

Bagi korang yang dah ada kerja hakiki,

Korang tak perlu pon berhenti kerja.

Korang boleh buat saham ni secara part time je.

Macam sebelum ni, saya ada cerita,

Korang tak perlu cek setiap hari,

Cukuplah dua kali sebulan.

Korang jug atak perlu tergesa-gesa untuk beli saham.

Korang belajar/analisa bila ada masa free.

Contohnya pasa waktu malam ataupun hujung minggu.

Setelah korang yakin, kornag boleh je beli saham tu secara online.

Pakai handphone pon boleh.

 

2.      Mudah cair.

Korang tau kan maksud cair ni.

Mudah dicair kan ni maksudnye korang boleh jual bila-bila je.

Kalau korang rasa jual tu boleh bagi keuntungan,

Jangan buang masa. Jual je.

Macam mana nak jual?

So, kalau korang nak jual, korang boleh je buat cara yang sama

Macam korang beli saham tu.

Boleh buat bila-bila dengan pakai handphone.

Mudahkan.

 Tapi kalau korang tak belajar saham,

Mungkin ianya merumitkan sikit untuk korang.

Korang mungkin akan amik masa untuk faham langkah-langkah ni.

 

3.      Bebas membuat keputusan sendiri.

Korang kan dah tahu langkah-langkah jual beli saham.

Korang pon dah faham macam mana nak baca trend-trend saham.

So, setiap keputusan yang korang buat tu, atas diri korang.

Maksudnye , korang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Seronok kan.

Ye la, kalau kerja hakiki , korang mana boleh buat keputusan

Sesuka hati korang.

Mesti kena tanya pendapat bos korang dulu kan.

Tapi, saham ni tak payah.

Korang buat je keputusan sendiri tapi jangan emosi pulak.

Buat keputusan dengan rasional.

Jangan terburu-buru.

Kalau tak faham , baru la korang tanya pendapat lain.

 

4.      Keuntungan tidak dikenakan cukai.

Wow..betul ke?

Kalau untung beribu pon tak kena cukai ke?

Korang percaya tak.

Bestkan, dapat untung bersih.

Korang nak tahu kenapa saham tak dikenakan cukai?

kerana ianya adalah keuntungan modal (Capital Gain tax).

Keuntungan modal kat Malaysia ni yang di kenakan cukai,

Cuma membabitkan jual beli hartanah.

So, tak kira lah berapa keutungan korang,

Keuntungan tu tak memang hak korang je!!

Seronok kan, kerja pon bila-bila pon boleh.

Takda paksaan. Pastu dapat untung bersih tanpa cukai.

 

 

5.      Untung tiada batasan

Tadi untung tanpa dikenakan cukai.

Ni untung tiada batasan.

Apa pulak tu?

Haa korang, sini nak bagitahu.

Korang ada melabur dalam unit amanah?

Kalau ada, korang mesti perasan.

Keuntungan akan diumumkan oleh unit amanah tersebutkan.

Tapi, kalau untuk saham ni,

Kalau korang ada ilmu yang betul,

Untung yang korang akan dapat tu memang tiada batasan.

Tak mustahil jugak untuk korang dapat 100% keuntungan.

Tapi tak mustahil jugak korang boleh rugi 100%.

Semua benda boleh berlaku.

Itu lah penting nya ilmu saham tau.

Korang boleh elak daripada berlaku kerugian ni.

Kalau tak cukup ilmu, korang boleh banyakkan lagi usaha.

Usaha untuk lebih banyak belajar dari orang yang dah Berjaya misalnya.

 

6.      Tidak rumit, patuh syariah dan selamat.

Menarik kan guys!!

Macam 3 dalam 1 pulak kan.

Mudah. Mudah sebab jual beli boelh buat

Melalui handphone je.

Kat mana-mana & bila-bila masa je.

Korang tak perlu dah jumpa remisier macam dulu-dulu.

Jimat masa kan.

Betul ke saham ni patuh syariah?

Ada ramai yang kata haram.

Korang nak tahu tak, beratus dah syarikat yang patuh syariah.

Sayrikat-syarikat ni dah tersenarai dalam Bursa Saham.

Kalau korang nak tahu,

Urus niaga saham merupakan aktiviti yang diselia oleh

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Saham.

 

7.      Keuntungan boleh dizakatkan.

Biar betul keuntungan saham boelh dizakatkan?

Kan saya dah bagitau kat atas tu,

Ada syarikat yang mematuhi syariah.

Maksudnya tak semua saham tu haram.

Korang kena la pandai pilih syarikat tau.

Kornang jugak boleh asingkan pengiraan zakat kepada 2 kumpulan:

Ø  Saham yang dimiliki melebihi setahun

Ø  Saham yang dijual beli untuk kurang daripada setahun.

 

 

Belajar Saham #3

Apa yang korang perlu tahu untuk belajar saham ni?

Untuk kali ni saya nak terangkan maksud-maksud istilah

Yang saya guna pada article lepas

Kenapa nak terangkan?

Sebab isitilah ni lah yang korang kena faham.

Lebih-lebih lagi untuk faham tentang saham ni.

Ni saya listkan istilah tu dan sedikit penerangannya:

a.      Akaun CDS

Akaun ni kornag wajib buat untuk main saham tau.

Korang jangan risau, nak bukak akaun ni perlu RM10 je.

Kalau tak de akaun ni, korang tak boleh la urusan jual beli saham.

Korang boleh bukak akaun ni kat mana-mana bank pelaburan.

CDS ni ada dua jenis akau n tau:

1.      CDS Islamik

2.      Konvensional.

Untuk islamik, korang boleh buat transaksi patuh syariah je tau.

b.     Remisier

Dah banyak kali kan korang jumpa perkataan ni.

Korang tau tak maksud remisier tu apa?

Remisier ni ejen berleden dari syarikat broker.

Senang kata orang tengah la.

Antara pelabur dengan syarikat broker.

Remisier ni hanya boleh beri klien informasi.

Dorang tak boleh mempengaruhi keputusan korang tau.

Dorang akan dapat la komisen untuk setiap transaksi yang doing kendali tu.

c.      Candlestick

Korang nak tahu tak,

Antara ilmu penting pelaburan saham ni,

Adalah korang boleh buat analisa menggunakan teknik candlestick.

Teknik ni korang boleh tahu harga saham.

Selain tu, gambaran psikologi tentang sebarang kemungkinan.

Maksudnya, korang boleh agakla apa akan berlaku.

d.     ROI (return on investment)

Korang, ROI ni maksud nya pulangan pelaburan.

ukuran prestasi terhadap keberkesanan sesuatau pelaburan.

Macam mana kita nak tahu pelaburan tu okay ke tak.

Korang boleh je kira sendiri.

Korang bahagikan pulangan pelaburan dengan kos pelaburan

Darab 100 untuk dapatkan peratus

            (Pulangan pelaburan/kos pelaburan x 100)= ? %

 

e.     Investor vs Trader

Kedua-dua ni adalah pelabur saham dan menjana keuntungan.

Keuntungan mestilah melalui pasaran saham.

Trader: membeli dan menjual saham dalam masa singkat

 & membuat analisis secara teknikal

Investor: menyimpan saham lebih lama menggunakan kaedah fundamental.

So, korang nak jadi trader ke investor?

Kalau korang nak dapat pendapatan yang cepat tapi modal

& untung tak besar korang boleh jadi trader.

Tapi, kalau korang nak menggandakan asset, korang jadi lah investor.

 

f.      Saham patuh syariah

Macam mana saham patuh syariah ni kan.

Apa beza dengan konvensional.

Ok, untuk saham ni, terdapat Majlis Penasihat Syariah (MPS)

MPS akan sentiasa memantau aktiviti perniagaan syarikat

Mereka juga kakan menyediakan senarai Sekuriti Patuh Syariah.

Ini adalah untuk pastikan korang melabur dalam saham patuh syariah.

Tapi, apa-apa korang kena pastikan masa daftar CDS tu,

Korang daftar yang patuh syariah tau.

 

Belajar Saham #4

Belajar main saham dengan mudah dan cepat

Korang dah tahu cara belajar dengan betul kan.

Kelebihan-kelebihan main saham

Sekarang saya nak kongsikan macam mana nak belajar saaham dengan mudah & cepat.

Ø  Korang kena lah kenal jenis-jenis saham dalam pasaran tu

Sini saya bagi contoh:

a.      Saham Berwaharwajaran Besar (Blue Chip)

b.      Saham Pendapatan (Income Stock)

c.      Saham Spekulasi (Specualtive Stock)

d.      Saham Pertumbuhan (Growth Stock)

e.      Saham bermusim(Cyclical Stock)

f.       Saham Bertahan (Defensive Stock)

 

Ø  Belajar ilmu saham

Yang ni dah banyak kali saya tekankan.

Korang nak tahu tak, kalau korang nak melabur dalam jangka pendek,

Analisis teknikal perlu korang titip beratkan,

Lebih lagi pada harga saham.

Terdapat 2 analisa dalam pelaburan saham ni.

a.      Fundamental analysis (analisis menyeluruh)

Analisis ni diguanakan untuk korang kaji

-latar belakang syarikat menggunakan faktor ekonomi.

-diperolehi melalui penyata kewangan, sumber berita

 Dan statistic industry syarikat tersebut.

Fundamental ni sesuai untuk kornag yang nak melabur

Untuk jangka masa yang panjang.

Contoh konsep ni :

Return of Equity, Return on Asset & Discounted cash flow.

b.      Technical Analysis (Analisa teknikal)

Analisa ni mengkaji pergerakan harga saham menggunakan carta.

Biasa nya melalui carta dan graf saham sahaja.

Analisis ni kalau korang nak tahu, sesuai uumtuk pelaburan jangka pendek.

Contohnya, Trendline, Reversal Pattern & Overbought.

 

Ø  Sediakan portfolio pelaburan.

Portfolio ni digunakan untuk diveersifikasi & mengurangkan risiko.

Ada beberapa jenis portfolio yang dicadangkan pakar.

Korang tahu kenapa perlu pelbagai jenis portfolio ni?

Kalau kornag susun portfolio ni merangkumi pelbagai sector,

Korang dapat jadi pelabur yang berdaya tahan.

Maksudnya, jika 1 sektoe dapat kesan. Pelaburan sector lain masih tidak terjejas.

Sini saya share jenis portfolio.

Ø  Growth Portfolio (Portfolio Pertumbuhan)

Portfolio yang dijangka berkembang lebih cepat dalam pasaran.

Ia juga membawa risiko plaing besar.

Ø  Income Portfolio (Portfolio pendapatan)

Portfolio yang diharapkan menghasilkan pendapatan.

Ia membawa risiko yang kecik.

Ø  Conservative portfolio (Portfolio konservatif)

Tertumpu pada pertumbuhan

Ianya membawa lebih banayk risiko berbanding pendapatan.

Korang kena pastikan situasi dan matlamat kewangan

Kerana merupakan tugas pertama dalam membina portfolio ni.

Pertama, pertimbangkan usia dan masa korang untuk kembangkan saham ni.

Selain tu, korang kena pertimbangkan jumlah modal

Dan juga keperluan pendapatan masa depan.

Ø  Kenali 2 jenis keuntungan saham.

Korenag kena tahu, terdaapt dua jenis keuntungan saham ni

Pertama Capital Gain

Yang ni, pelabur membeli pada harga murah & jual pada harga tinggi.

Kedua, keuntungan dividen.

Biasa yang ni, syarikat akan bagi jika peroleh keuntungan.

So, korang kena tahu , ni ditentukan oleh prestasi syarikat tu.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas dan meluangkan masa untuk mempelajari istilah dan memahami pasaran sebelum membuat pelaburan besar, pelabur seharusnya dapat menjana kewangan melalui pelaburan saham.

Kuncinya adalah dengan meluangkan masa untuk belajar cara main saham yang menyeluruh dan mulakan dengan pelaburan kecil untuk mengurangkan risiko. Selain itu, pelabur harus terus mencari lebih banyak bimbingan dan nasihat pakar untuk meningkatkan strategi.

Akhir Kata

Kalau korang baru nak berjinak dengan saham ni,

Bolehlah ikut langkah-langkah yang di atas.

Okay, kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh lah share pada rakan tau.

Kot la kawan-kawan korang pon berminat dengan saham ni.

 Harap tulisan saya ni dapat membantu anda semua ya.

Next time, kami nak tulis pasal cara bermain saham dengan modal kecil, cara main saham Malaysia,

Belajar saham percuma, cara main saham octafx, cara amin saham forex, cara main saham online, cara main saham ddnk,

Stay tuned tau.

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT