Friday 12 November 2021

Cara Dropship Malaysia - Kami Buat RM180,000+ Dari Dropship

Korang berminat ke nak jadi dropship..

Ye la ramai yang kata jadi dropship ni best…

Bisnes dropship ni kalau nak tahu..

Boleh dimulakan tanpa keluar modal tau…

 

Bagi yang tak tahu apa tu bisnes dropship..

Bisnes ni korang akan jual produk ..

Tanpa simpan stok tau..

Sini saya ringkaskan..

 


1.      Korang buat promosi produk..

2.      Korang akan terima order dari buyer..

3.      Korang akan forward order tu ke supplier…

4.      Korang akan terima bayaran dan bayar ke supplier..

5.      Supplier akan bungkus dan hantar ke buyer..

6.      Buyer akan terima produk..

 

Macam mana dapat keuntungan..

Dengan bisnes dropship ni??

Sini saya tunjuk cara penjualan…

Melalui system dropship…

 

Harga barang supplier jual RM95….

Harga untuk agen dropship RM75..

 

Masa korang nak buat promosi tu..

Korang boleh letak harga RM95 tu..

Pelanggan akan bank in kat korang RM95 + RM8 (pos)..

 

Tapi korang akan bank in ke supplier RM75 + RM8 (pos)..

Dari sini korang dah dapat untung RM21..

Mudah kan buat keuntungan dengan bisnes dropship ni…

 

Bayangkan kalau dalam sehari..

Korang boleh dapat 2 3 order….

Bagi yang baru bermula…

Korang boleh laa buat target..

Dalam sebulan jual 100 produk..

 

Korang fokusla dulu satu produk..

Jangan baru mula..

Tapi dah jual 5 6 produk..

Bukan apa..

Takut korang tak boleh nak handle..

Dan akan menimbulkan masalah..

 

 

Dropship Malaysia #1

Jenis bisnes dropship di Malaysia….

Korang dah tahu kan maksud dropship..

Macam mana nak dapatkan keuntungan..

Dengan bisnes dropship ni kan..

 

Bagi korang yang berminat..

Pasti korang tertanya-tanya kan..

Platform dropship Malaysia..

Yang mana korang boleh cuba..

 

Tak pe sini saya senaraikan..

Beberapa platform untuk bisnes dropship ni..

Sama ada pembekal atau pemborong…

Seperti pakaian, kasut, beg, aksesori dan sebagainya..

 

Untuk platform ni..

Kebanyakan tidak dikenakan yuran tau..

Jom saya kongsikan!!!

 

Pertama..

Kumoten…

Pernah dengar tak kumoten ni??

Kalau korang nak tahu..

Kumoten ni adalah satu syarikat dropship..

Yang berkembang pesat dan terkemuka..

Di Malaysia dan Asia tenggara..

 

Kumoten ni diasaskan oleh beberapa..

Professional  mahir dan dikendalikan..

Oleh pasukan pengurusan,,

Dari pelbagai bidang..

Bukan calang-calang tau syarikat ni..

 

Tapi..

Korang kena tau yang syarikat ni..

Sedikit berbeza daripada syarikat dropship baisa..

Kumoten ni menawarkan pengeluar..

Untuk buat dropship dengan laman web lain..

Tak de laa terikat dengan mereka sahaja..

 

Kumoten ni juga bertindak…

Sebagai Laman web dropship..

Sebagai platform untuk syarikat dropship lain..

 

Antara kelebihan terbesar kumoten ni…

Mereka ada pelbagai jenis barang..

Ni korang boleh tengok dalam katalog mereka la…

Barang ni dari pelbagai pengeluar tau..

Macam fesyen, produk kesihatan dan kecantikan…

Barangan rumah, alatan sukan dan banyak lagi..

 

Kalau dah jadi agen dropship kumoten ni..

Korang hanya perlu pilih item..

Yang korang nak daari katalog mereka…

Dan jual prosuk tu secara atas talian je..

 

Sebagai dropshipper…

Korang tak perlu nak beli item terlebih dahulu..

Dan tak perlu nak simpan stok pon..

Yang  korang kena buat ialah..

Ambil gambar dan salin deskripsi produk tu..

Ke dalam media sosial korang sendiri..

Lepas tu korang dah boleh promot produk tu..

Senangkan??

 

Kalau korang berminat nak jadi agen dropship mereka..

Korang boleh laa kje laman web mereka tu..

Kumoten.com

 

 

 

Yang kedua..

Twenty3…

Korang pasti pernah dengar jenama ni kan..

Twenty3 ni antara jenama terkenal di dunia tau..

Tapi sekarang…

Ia menyediakan peluang dropship..

Untuk usahawan baru di Malaysia…

 

Sekarang Twenty3 dikenali sebagai..

Salah satu pembekal pakaian dropship..

Terbesar di Malaysia tau..

Mereka ni menyediakan pelbagai jenis pakain wanita..

Dan menjualnya dengan harga yang rendah…

 

Untuk korang yang nak jadi agen dropship mereka…

Korang tak perlu risau tau..

Cara nak perkenalkan produk mereka..

Ini kerana jenama Twenty3 ni sudah terkenal..

Lebih lagi dalam kalangan penggemar fesyen..

 

Mereka juga mengiklankan jenama ni..

Dalam media antarabangsa…

Seperti Elle dan Harper’s…

Bazaar dan juga di pentas kuala Lumpur Fashion Week..

Selama 3 tahun berturut..

 

Sekarang..

Pelanggan Twenty3 ni sudah mencapai 50000 orang…

Dari lebih 20 buah negara..

 

Tak macam jenama lain…

Untuk jenama ni..

Mereka beri kawalan penuh tau..

Ke atas harga jualan korang tu..

Maksudnya korang tak boleh  sewenangnya…

Nak cuba naikkan harga atau nak turunkan harga..

 

Yang ketiga..

Happy 2U…

Yang ni merupaakn sebuag e-dagang…

Yang dah berkembang pesat tau..

Platform ni menawarkan produk kasut terkini…

 

Sehingga sekarang..

Terdapat lebih daripada 500 reka bentuk kasut..

Di laman web ni…

Daripada sandal hinggalah pelbagai jenis kasut..

 

 Platform e-dagang ni ditubuhkan sejak 2009 lagi..

Jadi sehingga sekarang ni..

Mereka dah beroperasi selama 12 tahun tau…

Sebagai kilang kasut terus untuk mengedar..

 

HAPPY2U ni menawarkan service dropship..

Percuma je kepada ahli Basic..

Tapi..

Kalau korang nak daftar sebagi ahli Platinum..

Dan juga Diamond..

Korang akan dapat diskaun yang lebih tinggi tau..

 

Bagi korang yang dah jadi agen dropship mereka ni..

Korang kena tahu yang HAPPY2U ni akan..

Bagi sokongan fleksibel tau..

Untuk memenuhi keperluann bisnes korang tu..

 

Contohnya melabel…

Pembungkusan semula dan juga penghantaran barang…

Jimat dan mudah kan!!!

 

 

Yang keempat..

BusanaDropship.com..

Yang ni kalau korang tak tahu..

Boleh dikatakan sebagai program dropship busana..

No 1 tau di Malaysia..

 

Platform atas talian ni..

Telah menyediakan peluang perniagaan..

Untuk korang sebagai dropshipper..

Korang boleh dapatkan pelbagai produk fesyen..

Daripada pelbagai jenama terkemuka di Malaysia tau..

 

BusanaDropship.com ni juga..

Banyak membat kolaborasi dengan jenama terkenal..

Dari artis popular..

Seperti Emma Maembong, iBawal, Ellezada Adam Corie..

Dan banyak lagi..

 

Untuk menjadi agen droship mereka..

Korang dikenakan bayaran ahli..

Sebanyak RM30 setahun..

Banyak tau bimbingan dan tunjuk ajar..

Yang akan mereka share dengan korang tau..

Tentang Cara nak pasarkan produk secara atas talian…

 

Untuk platform ni..

Margin keuntungan bagi agen yang berdaftar…

Adalah sangat tinggi tau..

Antara peratusan keuntungan ialah..

Antara 15% hingga 30%...

 

 

Yang kelima…

KNT Marketing…

Sama macam yang kat atass..

KNT Marketing juga merupakan..

Sebuah kedai e-dagang..

Yang lebih tertumpu kepada..

Penjualan produk bayi dan Ibu..

 

Program dropship yang dikenali..

Sebagai Dropship KNT ni..

Telah diperkenalkan mereka sejak 2009 lagi..

Sekarang mereka dah ada beribu ejen dropship tau..

 

Tak macam yang lain..

Korang tahu tak KNT ni menggunakan system..

Topup atau kredit…

Jadi sebagai ejen..

Korang kena tambah nilai akaun KNT..

 

Ni berdasarkan jenis ahli..

Yang korang daftar tu..

Sama ada Bronze, Silver atau Gold..

 

Jadi…

Dengan setiap pembelian tu..

Mereka akan tolak..

Dari jumlah kredit yang korang ada tu laa…

 

System ni sebenarnya dibuat..

Untuk menjimatkan masa..

Bila ada pelanggan nak beli produk tu…

Korang hanya perlu buat pesanan sekali gus je..

Tak perlu nak tunggu pelanggan buat pembayaran dulu..

 

 

Korang juga hanya perlu copy…

Semua detail deskripsi dan juga gambar produk..

Yang ada dalam laman web tu je..

Dan masukkan dalam akaun korang…

Mudah kan!!

 

Untuk keuntungan pula..

KNT akan beri komisen jika korang..

Dapat capai sasaran jualan setiap bulan tau..

 

 

 

 

Dropship Malaysia #2

Macam mana nak jadi dropship online??

Bagi korang yang nak start bisnes online..

Korang boleh start jadi dropship jugak..

Bisnes dropship online ni memang best tau..

Dalam masa sehari je..

Korang dah boleh ada satu bisnes online yang berpotensi..

 

Sekarang ni dah ramai..

Usahawan online yang jana income ratusan ribu…

Dengan hanya buat bisnes dropship online je..

Biasanya untuk bisnes ni..

Hanya melibatkan tiga pihak je..

1.      Penjual (dropshipper)

2.      Pembekal (supplier)

3.      Pembeli

 

Bila dah start bisnes  ni..

Korang promot dan handle customer je..

Tak perlu simpan apa-apa produk..

Macam saya dah share kat atas la…

Semua akan diuruskan oleh pembekal..

 

 

Apa yang best buat bisnes dropship ni?

Antara yang best ialah..

 

Pertama…

Modal permulaan yang rendah..

Untuk bisnes dropship online ni..

Amat sesuai untuk korang yang..

Ada masalah kekurangan modal..

Tapi nak cuba cari side income..

Dengan berniaga..

 

Nak buat dropship ni..

Korang kena ada modal permulaan..

Tapi sikit je laa…

Sebabnya korang kan tak perlu ada stok..

 

Cuma korang kena sediakan sedikit duit..

Untuk yuran ..

Sebab ada juga supplier yang..

Mengenakan yiran ahli..

 

Bagi korang yang ada modal lebih tu..

Boleh je guna duit tu..

Untuk tujuan pemasaran dan iklan..

Produk korang nak jual tu..

 

 

Yang kedua..

Boleh buat bila-bila masa sahaja..

Kalau korang yang dah ada keje hakiki..

Atau pelajar atau suri rumah..

Bisnes ini sangat sesuai tau..

 

Ini kerana..

Korang tak perlu risau dah hal berkaitan..

Macam mana nak buat produk..

Dekat mana nak simpan stok…

Dan juga penghantaran tempahan pelanggan..

Sebab supplier akan buat semua ni..

Untuk korang tau..

 

Tapi..

Kalau korang boleh fokus..

Dan lebih kan masa untuk bisnes dropship ni..

Itu lebih bagus..

Korang boleh laa Tarik lebih ramai pelanggan..

 

 

Yang ketiga..

Boleh buat di mana sahaja..

Korang kan buat bisnes ni secara online..

Tak perlu ada ofis atau premis khas..

Untuk bisnes korang tu..

 

Yang korang perlu ada hanyalah..

Laptop dan juga internet yang laju..

Lokasi pon tak terhad..

Kat mana-mana pon boleh..

Selagi korang boleh access internet..

 

Pelanggan pon korang boleh cari..

Dari serata dunia tu..

Dunia hujung jari kan sekarang ni..

Ada cara promosi yang hebat..

Pasti tak aka nada masalah untuk korang..

 

 

Yang keempat..

Fokus pada aktiviti pemasaran dan jualan sahaja..

Sebagai dropshipper online ni…

Korang hanya perlu fokus..

Cara untuk cari dan jual produk sahaja..

 

Hal-hal lain akan diuruskan oleh pembekal..

Dari proses awal hingga proses penghantaran..

 

Jadi masa-masa yang korang ada tu..

Korang boleh la cuba mahirkan diri..

Dengan ilmu pemasaran dan jualan..

Produk korang di internet..

 

Korang juga boleh cuba masuk…

Mana-mana kelas pemasaran online…

Tak pon kalau rajin..

Korang boleh explore dan belajar melalui Google dan Youtube..

 

 

 

Dropship Malaysia #3

Langkah untuk mula bisnes dropship…

 

Langkah-langkah untuk mula bisnes ni amat penting..

Ni untuk pastikan bisnes korang ni maju..

Dan juga dikenali ramai..

Jom saya kongsi langkah..

Macam mana nak mulakan bisnes dropship..

 

 

Langkah pertama..

Tentukan niche korang..

Niche ni bagi yang tak faham..

Boleh dianggap bidang..

Kategori atau pon market..

 

Jadi untuk tentukan niche korang ni..

Bermaksud korang kena pilihlaa..

Apa jenis market yang korang nak buat..

 

Contoh yang saya boleh bagi ialah…

Kalau korang dengar niche baby..

Maksudnya bidang yang serve market..

Dan produk berkenaan baby..

 

Niche ni sangat penting tau..

Kalau niche yang korang pilih tu tepat…

Ia dapat bantu bisnes korang dengan mudah..

 

Macam mana nak tahu niche tu tepat untuk korang??

Ni korang kena tanya diri korang laa..

Jenis perniagaan apa yang korang nak..

Produk apa yang korang suka..

Dan nak pasarkan…

 

Sebagai panduan..

Korang cari laa niche yang korang minat…

Ada kepakaran, pengalaman dan paling penting..

Produk tu ada demand..

 

Tapi kalau minat semata tak cukup tau..

Sebab kalau niche tu tak ada demand…

Kemungkinan untuk Berjaya tu susah..

 

Korang tahu ke ..

Macam mana nak tahu produk tu ada demand ke tak??

Korang boleh je cek kat Google Trend..

Masukkan keyword untuk niche tu..

Akan keluar laa trend untuk 5 tahun kebelakang..

 

 

Jadi..

Korang kena laa pertimbangkan niche ni..

Supaya korang dapat keuntungan yang tinggi..

Dan bisnes korang dikenali ramai..

 

 

Langkah kedua..

Pilih produk hot yang berpotensi..

Lepas dah pilih niche mana yang korang nak…

Korang boleh laa start cari produk..

Yang hot dan berpotensi dalam niche tu..

 

Terdapat banyak cara tau..

Untuk cari produk-produk ni..

Korang boleh cari yang percuma..

Nak jimat masa pergi je ke tools berbayar..

Seperti SaleSource atau Sell The Trend..

 

Kalau korang nak yang percuma pula..

Korang boleh je browse dalam marketplace Malaysia..

Seperti Lazada, Shopee atau Lelong..

 

Shopee ni adalah sebuah..

Platform e-commerce marketplace terbesar Malaysia..

Kebanyakan seller akan buat program dropship..

Bersama mereka ini..

 

Kalau korang nak jual produk..

Pada pelanggan antarabangsa..

Korang boleh tengok..

Dalam marketplace besar..

Seperti Amazon atau Ebay..

 

Korang boleh je cari..

Sekurang-kurangnya 10 produk..

Yang korang rasa boleh pergi..

Dan juga berpotensi..

 

 

 

Langkah ketiga..

Cari supplier untuk produk tersebut..

 

Dah ada produk yang nak jual..

Korang cari laa supplier..

Yang boleh ambil korang ..

Untuk jual produk mereka tu..

 

Ada  banyak tempat untuk korang..

Cari supplier ni..

Kat Malaysia ni korang boleh ke…

Marketplace yang terkenal..

Seperti Shopee, Kumoten, KNT Marketing..

 

Sebagai contoh..

Bila korang dah jumpa produk..

Yang korang nak jual tu..

Korang boleh je terus contact supplier tu…

Menggunakan chat dalam marletplace Shopee ..

Bagitahu je yang korang berminat..

Nak jual produk mereka sebagai dropshipper..

 

Untuk lebih mudah..

Korang senaraikan 3 orang supplier berbeza..

Dan bina hubungan baik dengan mereka..

Untuk menjamin kelangsungan bisnes korang kelak..

 

Langkah keempat..

Bina web e-commerce sebagai kedai online..

Sebagai peniaga online..

Korang wajib tau ada website menjual ni..

Website ni umpama premis atau kedai..

Korang di dunia online laa…

 

Kalau korang ada website..

Pelanggan akan lebih yakin dengan bisnes korang..

Dan lebih yakin untuk membeli dengan korang..

Supplier juga akan mudah..

Nak bekerjasama dengan korang..

 

Tapi..

Korang jangan main buat je website tu..

Korang kena la buat satu website..

Yang direka khas untuk menjual…

Dan mempunyai fungsi..

Untuk urus jualan online..

 

Website untuk bisnes ni la..

Dipanggil web e-commerce…

 

Kalau korang tak tahu macam mana nak buat..

Atau tak ada kemahiran..

Korang boleh je guna platform berbayar..

Contohnya Shopify..

 

Shopify ni syarikat penyedia e-commerce laa…

Syariakt ni dari kanada..

Dan sangat terkenal dalam kalangan..

Dropship e-commerce antarabangsa..

 

Shopify ni sangat mudah dan mesra pelanggan..

Korang perlu masa dalam 30 minit je..

Dah siap tau satu erb e-commerce yang professional..

Lengkap sekali pengurusan jualan..

Dan juga pemasaran online..

 

Kalau korang ada modal lebih..

Boleh je upah orang buatkan..

Biasanya untuk 1 web e-commerce tu..

Berharga RM1500 dan ke atas..

Bergantung pada jumlah produk..

Dan fungsi yang korang nak tu..

 

 

Yang kelima…

Promot kedai dan produk pada pelanggan..

Kan dah ada web e-commerce tu..

Korang tunggu apa lagi!!!

Sekarang laa masanya untuk korang Tarik..

Pelanggan masuk ke kedai korang tu..

 

Korang fikirla apa teknik ataupon..

Strategi pemasaran yang korang nak guna…

Secara atas talian ya..

 

Tapi..

Untuk permulaan kan..

Korang boleh fokus dekat platform pengiklanan..

Berbayar datri facebook..

 

Nak tahu kenapa facebook??

Sebabnya mudah tau iklan dari facebook ni..

Sangat effektif dan mesra pengguna..

 

Dengan pangakalan data pengguna yang besar…

Korang boleh paparkan iklan bisnes tu..

Pada orang yang korang inginkan…

Dengan lebih tepat, pantas..

Dan kalau korang mahir…

Benda boleh menguntungkan tau..

 

Tapi disebabkan terlalu ramai..

Yang dah mula dalam bisnes ni…

Korang kena la lebih kreatif..

Dan tingkatkan kemahiran ..

 

Macam mana nak jaadi lebih kreatif dan berkemahiran??

Jangan risau…

Facebook juga menyediakan program percuma..

Untuk korang belajar tentang iklan mi..

Korang search je facebook blueprint..

 

 

Langkah keenam..

Mudah kan pelanggan untuk berhubung..

Semua dah settle…

Tapi korang kena pastikan…

Web korang tu ada menyediakan tempat chat..

Untuk bakal pelanggan ..

Ataupun pelanggan berhubung dengan korang..

 

Memang gaya pelanggan Malaysia…

Gemar untuk chat dengan penjual..

Sebelum membeli..

Kadang benda yang dorang tanya tu..

Korang dah tulis siap-siap..

Di dalam deskripsi produk..

 

Kebanyakan mereka bukan tak faham..

Tapi ini disebabkan rasa kurang yakin..

Mereka terhadap bisnes korang tu..

 

Jadi..

Korang kena pastikan web e-commerce korang tu..

Ada fungsi chatting..

Mudahla mereka nak berhubung dengan korang ..

 

 

 

 

 

Dropship Malaysia #4

Tips-tips penting untuk Berjaya dalam dropship..

 

Tips ni sangat penting tau..

Lebih lagi untuk korang yang baru nak mula…

Jadi dropship…

Yang dah jadi dropship tapi…

Masih belum dapat keuntungan yang banyak..

Pon boleh baca tips-tips ni tau..

Sini saya kogsikan..

 

Pertama..

Jangan bersaing dengan harga sendiri..

Korang  tahu tak…

Kesalahan yang paling biasa dalam bisnes dropship ni,,,

Bila korang bersaing atas dasar harga semata..

 

Kalau korang rasa..

Dengan bermain harga ni..

Boleh buat korang berbeza dengan pesaing..

Yang ni korang silap tau..

Mereka juga mampu buat benda yang sama..

 

Korang kena tahu..

Satu-satunya perniagaan yang boleh berperang dengan harga ni..

Adalah peruncit gorilla iaitu Walmart..

Yang ni korang akan dapat..

Harga borong terbaik pada produk tertentu..

 

Tapi…

Yang ni korang kena beli produk..

Dengan sejumlah yang besar tau..

Untuk pengetahuan korang..

Harga ini memang laa penting..

Tapi yang lain juga penting..

Contohnya pengetahuan dan kepakaran produk…

Pembungkusan, penghantaran percuma dan lain-lain…

 

 

 

Yang kedua..

Belajar ilmu pemasaran dan jualan online..

Kejayaan korang dalam bisnes ni..

Sebenarnya boleh diukur..

Sejauh mana usaha gigih korang..

Untuk dapatkan pembeli..

 

Walaupun korang menjadi dropship shopee..

Banyak cara tau korang boleh buat..

Untuk promot produk yang korang jual tu..

 

Contohnya..

Korang boleh buat shopee live…

Bagi yang kurang mahir..

Atau kurang ilmu tentang pemasaran ni..

Korang kena la rajin belajar..

 

Banyak je orang yang buka kelas..

Yang tulis buku..

Mengenai cara nak jadi dropship shopee ni..

Semuanya terpulang kepada korang je tau..

 

 

Yang ketiga

Jual produk yang virla dan popular…

Sebelum memilih mana-mana produk..

Korang kena pastikan produk tu..

Sudah berada di pasaran sekurangnya setahun tau..

 

Yang ni penting untuk korang..

Cari produk yang popular yang dijual oleh supplier…

Sebab produk popular ni..

Mempunyai keberangkalian untuk dibeli pelanggan…

Adalah tinggi..

 

Korang juga kena peka tau..

Dengan trend masyarakat Malaysia ni..

Barang yang korang nak jual tu..

Kenalah ada testimony yang banyak ..

Baru lah pelanggan akan yakin dengan produk tu..

 

Barang yang bermusim juga..

Boleh jadi jackpot tau untuk korang…

Sebab permintaan yang ramai..

Dalam tempoh tertentu..

 

Untuk produk evergreen pula..

Mungkin jualannya tak la sekencang produk trending..

Kalau nak tahu contoh produk evergreen..

Macam produk kecantikan diri tu..

 

 

Yang keempat..

Cuba dahulu produk sebelum dijual..

Untuk mengetahui tahap kualiti..

Sesuatu produk yang korang pilih..

Korang boleh laa cuba dahulu..

 

Kalau korang rasa produk tu..

Memang betul-betul berkualiti..

Barulah cuba jual produk tu..

Kepada orang ramai…

 

Selain tu..

Korang yang jual sesuatu produk ni..

Kena lah tahu secara detail tentang produk tu..

Nanti senang la untuk korang..

Kalau ada pelanggan yang bertanya..

 

Untuk lebih mudah..

Korang boleh je mula jual..

Produk-produk yang korang minat..

Ni boleh memudahkan korang untuk jual..

Dan juga promot produk tu..

 

 

Yang kelima

Pemilihan pembekal bisnes dropship…

Supplier yang berpotensi dan boleh dipercayai..

Adalah penting dalam bisnes dropship ni..

Antara ciri supplier yang berpontensi…

Ialah…

Memiliki kedai atau syarikat sendiri..

Dan juga menyimpan stok barangan yang banyak..

 

Korang juga boleh selidik..

Dan dapatkan feedback dari agen dropship..

Dari agen supplier tersebut..

Tanya laa tentang latar belakang supplier tu..

Sama ada servis ditawarkan okey ataupon tidak..

 

Korang juga kena tahu..

Supplier tu tawarkan harga produk yang murah..

Atau harga kilang…

Kalau harga kilang..

Korang pasti akan mendapat keuntungan..

Yang berlipat kali ganda..

 

 

Yang keenam..

Tumpukan hanya satu produk dan pembekal..

Bagi korang yang baru nak start bisnes ni…

Korang boleh cuba promosi satu produk sahaja…

Dan juga satu pembekal..

Untuk membolehkan korang mampu..

Menguruskan  bisnes dropship tu..

 

Kalau korang ada banyak produk dan pembekal…

Korang pasti akan hadapi kesukaran..

Untuk menguruskan bisnes tu..

 

Dengan hanya fokus dengan satu produk..

Korang pasti akan tahu potensi pembeli…

Dengan lebih jelas…

Begitu juga dengan supplier..

 

Untuk korang mencari seller atau brand…

Yang buka peluang untuk jadi dropship ni..

Korang boleh je cari di facebook…

 

 

 

 

Dropship Malaysia #5

Senarai Dropshipping Malaysia..

 

Senarai kat atas tu saya bagi yang agak berjenama laa..

Tapi bagi korang yang nak buat dropship..

Produk lain pon boleh..

Sini saya bagi senarai produk..

Yang biasa mendapat permintaan ramai..

 

1.      Whizet (Fesyen wanita)…

2.      Online Baby Wear (Barangan baby)..

3.      Shopee

4.      Hasnuri (Baju perempuan)..

5.      Dropship Malaya..

6.      Jam May May (Jam)..

7.      A fashion Story (Aksesoti Wanita)

8.      Ali Dropship..

9.      Dropship murah..

10.   KBeauty..

11.   Moonbaya..

12.   Majalah..

13.   I-Borong..

Dan banyak lagi tau..

 

Akhir kata..

Kalau korang rasa perkongsian saya kali ni bermanfaat..

Boleh la kongsi dengan kawan korang ..

Lepas ni banyak lagi yang saya nak kongsi..

Antaranya ialah syarikat dropship di Malaysia, perniagaan dropship di Malaysia, business dropship di Malaysia, cara dropship di shopee Malaysia, cara menjadi dropship di shopee Malaysia, dropship baju korea murah di Malaysia, produk dropship paling laris di Malaysia, cara dropship di lazada Malaysia, dropship makanan di Malaysia, senarai dropship di Malaysia, dropship terbaik di Malaysia, dropship yang menguntungkan di Malaysia, dropship murah di Malaysia , dropship online di Malaysia dan banyak lagi..

 

1 comment:

Anonymous said...

hi..berminat nak join dropship saya..jom! produk mudah sangat jual dan komisyen best .wsp 0166371460

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT