[RM5,000+ Sebulan] Cara Dropship Shopee Yang Betul
Pernah terfikir tak, nak jadi dropship?
Tapi tak tahu nak jadi dropship untuk
produk apa?
Tak tahu macam mana nak mula??
Korang mesti pernah dengar kan..
Pasal Dropship shopee Malaysia…
Best ke jadi dropship shopee Malaysia??
Korang nak tahu…
Antara kelebihan jadi dropship shopee
Malaysia..
Korang akan mempunyai kebebasan..
Untuk bertukar-tukar produk…
Jadi..
Korang tak perlu pening..
Nak cari cara macam mana nak habiskan stok
sedia ada..
Kalau produk yang korang jual tu..
Tak ada pembeli misalnya..
Tak pon jualan korang suam-suam kuku je..
Korang boleh tukar jadi dropship untuk
produk lain tau..
Best kan jadi dropship shopee Malaysia ni..
Tapi dalam masa sama korang kena ingat
tau..
Tak semua produk sesuai..
Untuk dropship di shopee…
Korang nak tahu kenapa??
Ini kerana salah pilih produk..
Jadi korang kena laa pandai..
Untuk memilih produk yang sesuai…
Korang tak boleh main ambil je produk yang
korang suka…
Kenalah ada cara pemilihan produk tu..
Sini saya kongsi beberapa perkara..
Mengenai dropship shopee Malaysia ni..
Dropship Shopee #1
Ciri-ciri produk dropship shopee
Malaysia…
Cara yang paling mudah…
Ialah korang jual produk yang terbukti..
Mempunyai jualan yang tinggi…
Kalau korang nak tahu..
Julaan produk yang tinggi ni…
Cukup untuk bagi atau tunjuk kat korang…
Bahawa produk tu tengah hot..
Dan mendapat permintaan ramai pelanggan…
Sini saya share kat korang semua…
Produk yang sesuai untuk korang jual ya..
Pertama..
Mempunyai
rating empat star ke atas…
Kalau korang pernah lihat kat laman shopee…
Pasti korang tahu kan pasal star ni..
Star ni biasanya diberi oleh pelanggan..
Ini menunjukkan produk tu..
Tengah hot atau sebaliknya..
Sebagai dropship shopee..
Ini sangat membantu korang..
Jadi..
Korang boleh laa pilih..
Produk-produk yang korang nak jual tu..
Hanya berdasarkan star ni..
Korang boleh laa elakkan..
Menjual produk-produk yang mempunyai..
Bintang yang rendah..
Bukan apa..
Sudah tentu produk tu..
Bukan antara yang dicari oleh pelanggan…
Ciri
yang kedua..
Mempunyai
100 unit jualan ke atas..
Untuk
setiap bulan..
Selain dari mempunyai rating empat star..
Jumlah jualan bulanan juga..
Menjadi ciri-ciri utama..
Dalam
pemilihan produk dropship shopee Malaysia tau..
Korang juga kena pastikan,,,
Produk yang korang nak pilih tu…
Mempunyai jualan minimum 100 unit..
Untuk setiap bulan tau..
Haa kenapa kena 100 unit tu??
Ni untuk korang terus bertahan sebagai
dropship…
Korang kena tahu..
Ada produk hanya rancak jualannya..
Pada permulaan sahaja…
Selepas 3-4 bulan…
Jualan produk tu mula berkurang..
Jadi masa tengah hangat tu..
Korang try laa pulun untuk dapat keuntungan..
Lagi satu..
Setiap produk ni ada kitaran hidup mereka…
Apa maksud kitaran hidup produk tu???
Produk yang hot pada tahun lepas…
Belum tentu akan hot pada tahun ni…
Biasanya akan tergantung pada keadaan
semasa…
Dropship Shopee #2
Macam mana cara buat dropship
menerusi shopee?
Korang dah tahu ke…
Macam mana nak buat bisnes di shopee…
Dengan cara buat dropship ni??
Sini saya kongsi kan…
Simple je caranya….
Pertama…
Berdaftar
dengan seller secara terus di shopee…
Untuk menjadi dropship shopee ni…
Korang boleh je daftar terus..
Dengan mana-mana seller yang ada di shopee
tu..
Kalau korang tak nak direct dengan seller..
Atau nak dapat untung yang lebih..
Korang boleh je cari mana-mana permborong..
Atau bisnes orang lain yang tawarkan..
Peluang untuk buat dropship..
Pilih je mana yang korang nak..
Untuk dapatkan seller, pemborong ni…
Korang boleh je ke laman web shopping
online lain..
Contohnya..
Lazada…
Ali Baba…
Taobao…
Dan macam-macam lagi…
Korang daftar je dengan peniaga (seller)…
Yang tawarkan dropship tu…
Lepastu korang buatla promosi…
Dan boleh dapatkan pelanggan korang tu..
Bila dah ada yang beli produk dengan
korang…
Seller tu akan beri korang komisen wang..
Atau korang akan diberikan baucer..
Atau apa-apa hadiah khas..
Macam mana nak daftar dengan seller tu
kan??
Tak susah pon sebenarnya..
Korang pergi je kat kedai mereka tu..
Biasa nya mereka akan tulislaa…
Deskripsi bisnes mereka…
Dan tawarkan peluang untuk buat dropship…
Korang hanya perlu hubungi mereka…
Dan buat pendaftaran..
Untuk pendaftaran pula…
Biasanya korang kena bayar sekali sahaja…
Jumlah bayaran yang dikenakan..
Hanya serendah RM50 sahaja…
Untuk jadi egen dropship..
Cara
yang kedua..
Bina
kedai shopee sendiri…
Bagi korang yang tak suka berurusan..
Dengan penjual atau pemborong..
Korang boleh la ikut cara ni..
Di mana korang boleh buat kedai shopee
sendiri..
Untuk cara ni…
Korang kena upload sendiri..
Gambar produk yang korang nak jual tu..
Gambar-gambar ni korang boleh ambil…
Daripada mana-mana seller di shopee..
Kemudian…
Korang boleh tetapkan harga..
Biasanya lebih tinggi sedikit..
Berbanding dengan harga produk di kedai
asal..
Kalau korang nak tahu..
Ini adalah kaedah konvensional..
Biasa digunakan dalam mana –mana ..
Program dropship tau..
Di mana korang akan dapat untung…
Dengan perbezaan dari harga asal..
Untuk cara ini..
Korang kena pastikan korang dah letak
alamat pelanggan..
Yang membeli di kedai shopee korang tu..
Di ruangan alamat seller korang…
Pada item atau barangan yang sama…
Jangan pula pelanggan di kedai korang beli
jam…
Tapi korang bayar item beg pula di seller
korang….
Sebab tu timbul masalah..
Di mana pelanggan beli baju warna hitam..
Tapi dapat baju warna putih..
Dan ada juga yang tak dapat baju..
Tapi dapat seluar…
Ini salah satu risiko yang korang perlu..
Perhatikan betul-betul…
Bila nak buat dropship ni tau…
Untuk kedua-dua cara ni..
Korang tak perlu simpan stok tau…
Tapi di shopee ni..
Korang kena ada seddikit modal..
Dalam RM500 supaya korang boleh beroperasi…
Ini kerana…
Sebagai dropship korang kena bayar…
Terlebih dahulu kepada seller yang korang
pilih tu…
Dan bayaran hasil pembelian..
Dari pelanggan hanya akan dilepaskan..
Oleh pihak shopee bila pelanggan dah dapat
produk..
Dropship Shopee #3
Macam mana nak pilih supplier
dropship..
Biasanya bila korang dah nekad..
Nak buat dropship ni…
Masalah yang akan timbul ialah…
Macam mana nak cari supplier dropship ni…
Sudah tentu korang nak cari supplier..
Yang menepati cita rasa korang kan..
Kalau korang nak tahu..
Peratusan kejayaan bisnes dropship ni…
Banyak bergantung pada..
Siapa supplier dropship korang..
Biasalah..
Supplier yang bagus akan bantu korang..
Meningkatkan lagi sales korang tu…
Dan kalau korang pilih supplier yang kurang
bagus..
Ia akan menjadi salah satu..
Daripada punca kegagalan..
Bisnes dropship korang tu..
Jadi..
Kali ni saya akan kongsikan…
Cara macam mana korang nak pilih…
Supplier dropship..
Pertama..
Memudahkan
masa penghantaran…
Sangat untung tau kalau korang…
Jumpa supplier yang tak memerlukan korang..
Untuk melakukan penghantaran…
Tapi..
Mereka yang melakukan untuk korang..
Jadi…
Korang perlu memeriksa dulu tau..
Masa yang diambil oleh supplier tu..
Untuk melakukan penghantaran (delivery)..
Tapi..
Korang kena hati-hati dalam pemilihan
supplier ni..
Korang boleh bayangkan..
Korang dah jadi dropship yang sebaiknya..
Dan memenuhi permintaan pelanggan korang…
Tapi spoil pada bahagian penghantaran…
Di mana supplier korang tu..
Lambat hantar barang kepada pelanggan
korang..
Korang kena tahu..
Yang akan menanggung feedback buruk ni..
Ialah korang sendiri tau..
Pelanggan tak akan menyalahkan supplier…
Jadi jangan ambil mudah pasal perkara ni..
Untuk mengelak kan perkara ni..
Daripada berlaku…
Korang kena laa ambil atau tahu..
Beberapa langkah berjaga..
Pertama…
Ketahui
latar belakang supplier dropship…
Kalau korang tak tahu macam mana..
Nak tahu latar belakang dropship yang
korang nak pilih tu…
Korang boleh je tanya pada dropship yang
lain..
Mungkin mereka pernah bekerjasama dengan
supplier tu..
Sebelum memilih juga..
Korang perlu dapatkan feedback..
Daripada seramai mungkin dropship lain..
Ni untuk pastikan korang..
Tidak tersalah dalam memilih supplier tau..
Untuk dapat kan supplier yang baik dan
bagus..
Korang kena pastikan..
Supplier tu serius dan komited dalam bisnes
mereka..
Korang juga kena pilih supplier yang..
Melayan semua orang bawahan sama penting…
Tanpa mengira sama ada korang ni…
Stokis ataupon dropship mereka..
Yang
kedua..
Polisi
yang ditetapkan oleh supplier…
Antara polisi yang korang kena tahu ialah..
Seperti hal-hal pemulangan…
Kerosakan dan penukaran produk..
Yang ni antara yang perlu dititik beratkan
tau...
Bukan apa..
Kalau dari awal lagi..
Korang dah tahu mengenai polisi ni..
Korang boleh mengelak dari sebarang risiko
tau..
Kemungkinan risiko-risiko ni..
Boleh merugikan korang..
Kalau boleh kan…
Korang tanya la siap-siap supplier korang
tu..
Jika berlaku sebarang masalah..
Apa tindakan daripada mereka…
Ini boleh membantu korang untuk membuat
keputusan…
Dan juga tindakan yang akan diambil..
Jika berlaku masalah tersebut..
Yang
ketiga..
Mana
nak cari supplier dropship ni??
Bila korang dah tahu kriteria macam mana…
Yang korang nak untuk supplier tu..
Korang mesti dah tahu kan..
Kat mana korang boleh cari supplier tu kan…
Sini saya share beberapa tempat yang korang
boleh cuba…
Google..
Contohnya Dropship baju. Dropship tudung..
Media sosial..
Contohnya Facebook, instagram…
Yang
keempat..
Platform
yang paling sesuai untuk produk dropship?
Korang kena tahu..
Pemilihan platform untuk korang jual..
Sangat penting tau…
Sebab ini akan menentukan..
Kejayaan bisnes dropship korang tu….
Shopee ni banyak sangat kelebihannya tau..
Lebih lagi untuk korang yang nak jadi
dropship ni..
Dropship Shopee #4
Kelebihan buat Dropshopping
shopee..
Kat atas tadi saya dah share..
Jadi dropship shopee..
Tapi korang kena ada modal sebelum jadi
dropship kan..
Tapi kali ni saya nak share..
Cara buat dropship..
Tapi tak perlu modal..
Ada cara tau kalau korang nak tahu..
Macam seller yang dah untung..
Empat ke lima angka sebulan di shopee tu..
Pertama…
Percuma…
Siapa je yang tak suka kan..
Bila bisnes tapi tak payah keluar modal..
Untung sangat bagi korang ..
Yang buat bisnes dropshipping ni shopee
malaysia ni..
Korang hanya perlu laburkan ialah..
Masa je tau..
Masa untuk korang belajar..
Pasal system shopee…
Dan cari produk..
Untuk masukkan dalam kedai korang tu…
Yang
kedua..
System
online mudah..
Bagi korang yang tak berapa mahir..
Atau yang mudah pening…
Apabila nak kena hadap benda berkaitan
teknikal ni..
Contohnya teknologi digital ni..
Korang gerenti akan suka dengan shopee…
Nak tahu kenapa??
Ini sebab system shopee ni ..
Sangat la mesra pengguna..
Korang hanya perlu klik start selling…
Setup maklumat kedai..
Contohnya..
Nama, deskripsi, gambar dan logo kedai…
Tambah produk…
Set kaedah penghantaran..
Dan korang terus boleh mula menjual…
Mudah kan!!
Yang
ketiga…
Tumpuan
pengguna untuk berbelanja..
Siapa je zaman sekarang..
Yang tak bebelanja secara online..
Lebih lagi dengan menggunakan platform
shopee ni..
Macam-macam korang boleh dapat..
Dalam akaun shopee ni..
Tambahan pula..
Berbeza dengan media sosial…
Korang perlu ambil banyak masa…
Untuk melayan kehendak..
Dan juga soalah pelanggan tu..
Yang
keempat…
Mesra
pengguna..
Bukan sahaja memudahkan seller…
Applikasi shopee ni juga menyenangkan..
Dan mesra pengguna tau..
Interface yang menarik..
Selain flow system yang mudah difahami..
Antara sebab pembeli lebih suka aps shopee..
Sekali dah guna …
Jarang yang pergi dan mencari..
Ruang pembelian yang lain..
Selain pelbagai promosi..
Yang dibuat setiap bulan..
Shopee ini juga menawarkan pelbagai …
Keistimewaan lain lagi..
Contohnya…
Baucar diskaun…
Baucar free shipping..
Tawaran cashback coins dan sebagainya…
Ini yang membuatkan pelanggan…
Seronon membeli belah di shopee..
Yang
kelima..
Cara
pembayaran mudah..
Cara pembayaran yang dibuat oleh shopee…
Dapat membantu pengguna elak dari di scam..
Pembayaran shopee juga..
Selain dihubungkan terus dengan..
Sistem online bank utama dalam Negara..
Kaedah pembayaran menggunakan ShopeePay…
Dan juga Spay later juga disediakan ..
Bagi pengguna yang lebih suka guna tunai..
Mereka boleh buat pembayaran..
Melalui kedai runcit tau..
Contohnya 7-eleven…
Dan juga KK Mart..
Atau pon COD (Cash onn Delivery)…
Jangan risau..
Proses transaksi begini..
Memberi keselesaan..
Rasa selamat dan percaya yang tinggi …
Kepada para pengguna..
Ini menyebabkan mereka ..
Nak membeli lagi dan lagi..
Yang
keenam..
Customer
bayar on time..
Bayaran yang dibuat di shopee ni…
Akan dikreditkan ke akaun seller..
Pada masanya…
Iaitu ikut jadual (setiap rabu)..
Seller boleh mengeluarkan wang tu,,,
Pada bila-bila masa je tau..
Melalui shopee wallet..
Dengan cara ni kan…
korang akan mendapat jaminan daripada..
Backout buyer…
Ataupon non-serious buyer..
Jadi..
Tak ada lagi la situasi..
Di mana korang kena layan segala soalan…
Tapi belum tentu produk korang aka dibeli..
Yang
ketujuh..
Jimatkan
masa seller dan buyer..
Korang kena tahu..
System shopee ni akan menguruskan..
Segala hal semasa proses jual beli tau..
Korang akan ada lebih masa untuk hal-hal
lain…
Masa terluang ni juga..
Korang boleh isi dengan menambah follower..
Si kedai masing-masing…
Merangka sesi promosi contohnya..
Pembeli juga tak perlu laa..
Tunggu korang hantar maklumat pasal produk…
Maklumat pembayaran dan sebagainya…
Tapu sebaliknya..
Kalau pembeli nak penjual yang berkualiti…
Mereka boleh terus mencari korang tau..
Korang digelar ‘preferred seller’…
Yang
kelapan…
Tiada
tawar menawar..
Yang ni pasti korang suka kan…
Ye la tiada lagi sesi tawar-menawar..
Antara korang dan juga pembeli…
Bila pelanggan nak beli produk korang..
Mereka perlu klik sahaja produk tu…
Checkout dan bayar..
Pada harga yang tertulis tu…
Memang tak ada la ruang..
Untuk mereka nak minta pengurangan harga…
Kecuali la korang beri baucar diskaun…
Atau promosi khusus..
Kalau mereka nak juga..
Mereka boleh tebus coins..
Yang mereka ada..
Dropship Shopee #4
Tips-tips penting untuk Berjaya
dalam dropship..
Tips ni sangat penting tau..
Lebih lagi untuk korang yang baru nak mula…
Jadi dropship…
Yang dah jadi dropship tapi…
Masih belum dapat keuntungan yang banyak..
Pon boleh baca tips-tips ni tau..
Sini saya kogsikan..
Pertama..
Jangan
bersaing dengan harga sendiri..
Korang
tahu tak…
Kesalahan yang paling biasa dalam bisnes
dropship ni,,,
Bila korang bersaing atas dasar harga
semata..
Kalau korang rasa..
Dengan bermain harga ni..
Boleh buat korang berbeza dengan pesaing..
Yang ni korang silap tau..
Mereka juga mampu buat benda yang sama..
Korang kena tahu..
Satu-satunya perniagaan yang boleh
berperang dengan harga ni..
Adalah peruncit gorilla iaitu Walmart..
Yang ni korang akan dapat..
Harga borong terbaik pada produk tertentu..
Tapi…
Yang ni korang kena beli produk..
Dengan sejumlah yang besar tau..
Untuk pengetahuan korang..
Harga ini memang laa penting..
Tapi yang lain juga penting..
Contohnya pengetahuan dan kepakaran produk…
Pembungkusan, penghantaran percuma dan
lain-lain…
Yang
kedua..
Jual
produk yang virla dan popular…
Sebelum memilih mana-mana produk..
Korang kena pastikan produk tu..
Sudah berada di pasaran sekurangnya setahun
tau..
Yang ni penting untuk korang..
Cari produk yang popular yang dijual oleh
supplier…
Sebab produk popular ni..
Mempunyai keberangkalian untuk dibeli
pelanggan…
Adalah tinggi..
Korang juga kena peka tau..
Dengan trend masyarakat Malaysia ni..
Barang yang korang nak jual tu..
Kenalah ada testimony yang banyak ..
Baru lah pelanggan akan yakin dengan produk
tu..
Barang yang bermusim juga..
Boleh jadi jackpot tau untuk korang…
Sebab permintaan yang ramai..
Dalam tempoh tertentu..
Untuk produk evergreen pula..
Mungkin jualannya tak la sekencang produk
trending..
Kalau nak tahu contoh produk evergreen..
Macam produk kecantikan diri tu..
Yang
ketiga..
Pemilihan
pembekal bisnes dropship…
Supplier yang berpotensi dan boleh
dipercayai..
Adalah penting dalam bisnes dropship ni..
Antara ciri supplier yang berpontensi…
Ialah…
Memiliki kedai atau syarikat sendiri..
Dan juga menyimpan stok barangan yang
banyak..
Korang juga boleh selidik..
Dan dapatkan feedback dari agen dropship..
Dari agen supplier tersebut..
Tanya laa tentang latar belakang supplier
tu..
Sama ada servis ditawarkan okey ataupon
tidak..
Korang juga kena tahu..
Supplier tu tawarkan harga produk yang
murah..
Atau harga kilang…
Kalau harga kilang..
Korang pasti akan mendapat keuntungan..
Yang berlipat kali ganda..
Yang
keempat..
Tumpukan
hanya satu produk dan pembekal..
Bagi korang yang baru nak start bisnes ni…
Korang boleh cuba promosi satu produk
sahaja…
Dan juga satu pembekal..
Untuk membolehkan korang mampu..
Menguruskan
bisnes dropship tu..
Kalau korang ada banyak produk dan
pembekal…
Korang pasti akan hadapi kesukaran..
Untuk menguruskan bisnes tu..
Dengan hanya fokus dengan satu produk..
Korang pasti akan tahu potensi pembeli…
Dengan lebih jelas…
Begitu juga dengan supplier..
Untuk korang mencari seller atau brand…
Yang buka peluang untuk jadi dropship ni..
Korang boleh je cari di facebook…
Yang
kelima..
Cuba
dahulu produk sebelum dijual..
Untuk mengetahui tahap kualiti..
Sesuatu produk yang korang pilih..
Korang boleh laa cuba dahulu..
Kalau korang rasa produk tu..
Memang betul-betul berkualiti..
Barulah cuba jual produk tu..
Kepada orang ramai…
Selain tu..
Korang yang jual sesuatu produk ni..
Kena lah tahu secara detail tentang produk
tu..
Nanti senang la untuk korang..
Kalau ada pelanggan yang bertanya..
Untuk lebih mudah..
Korang boleh je mula jual..
Produk-produk yang korang minat..
Ni boleh memudahkan korang untuk jual..
Dan juga promot produk tu..
Yang
keenam..
Belajar
ilmu pemasaran dan jualan online..
Kejayaan korang dalam bisnes ni..
Sebenarnya boleh diukur..
Sejauh mana usaha gigih korang..
Untuk dapatkan pembeli..
Walaupun korang menjadi dropship shopee..
Banyak cara tau korang boleh buat..
Untuk promot produk yang korang jual tu..
Contohnya..
Korang boleh buat shopee live…
Bagi yang kurang mahir..
Atau kurang ilmu tentang pemasaran ni..
Korang kena la rajin belajar..
Banyak je orang yang buka kelas..
Yang tulis buku..
Mengenai cara nak jadi dropship shopee ni..
Semuanya terpulang kepada korang je tau..
Akhir kata..
Kalau korang nak Berjaya dalam bisnes ni…
Apa yang korang kena lakukan ialah action…
Korang kena laa mula..
Kalau tak memang tak akan ke mana la impian
korang tu..
Tetap kan keazaman dan matlamat korang ..
Yang penting sikap ingin belajar harus
diterapkan.
Kalau korang rasa perkongsian saya kali ni
bermanfaat..
Boleh la kongsi dengan kawan korang ..
Lepas ni banyak lagi yang saya nak kongsi..
Antaranya ialah..senarai dropship shopee,
auto shopee tipu, pengalaman dropship di shopee, dropship shopee china,
dropship Malaysia, shopee supplier Malaysia, dropship shopee tanpa modal,
pengalaman dropship kumoten dan banyak lagi..
Stay tuned!!!!
Comments