Saturday 13 November 2021

Syarat Permohonan SPA [Panduan Lengkap]

Dah habis sekolah dan nak kerja terus??

Kalau boleh malas dah nak sambung belajar ni..

Ye laa kos belajar sekarang pon..

Boleh tahan tinggi kan..

 

Haa bagi korang yang nak kerja …

Dengan menggunakan sijil PT3..

Sijil SPM..

Korang tahu tak boleh mohon..

Untuk kerja dengan kerajaan tau..

 


Bagi yang dah ada diploma..

Yang dah ada degree tu..

Tapi masih tercari-cari kerja..

Dan berkeinginan nak kerja dengan kerajaan..

Jangan risau..

Korang pon boleh mohon..

 

Sebelum korang nak buat permohonan tu..

Pastikan korang semak la dulu..

Syarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)…

Mereka  ni la yang akan menguruskan..

Pengambilan jawatan kosong kerajaan tau..

 

Yang ni mereka telah menyediakan satu system online…

Yang dikenali sebagai SPA9…

Dalam system ni..

Korang boleh semak syarat kelayakan jawatan..

Dan korang boleh mohon je jawatan kosong..

Mengikut kelayakan korang..

 

Tapi tak pe..

Kali ni saya memang nak kongsi kan..

Apa syarat kelayakan permohonan SPA9 2021 Terkini..

 

Jom saya kongsi kan….

 

 

Syarat kelayakan permohonan SPA #1

Kategori permohonan…

Bagi korang yang belum tahu..

Permohonan jawatan SPA ni..

Secara umumnya terabahagi kepada..

Beberapa kategori..

 

Antaranya ialah…

1.      Lepasan PMR/PT3

2.      Lepasan SPM

3.      Lepasan Stpm

4.      Lepasan STAM

5.      Latihan Separa Perubatan

6.      Orang Kurang Upaya

7.      Diploma

8.      Ijazah / Sarjana / PHD

 

 

Pertama..

Lepasan PMR/PT3..

Korang yang hanya memiliki kelayakan PMR/PT3…

Korang kena tahu jawatan apa..

Yang dikhususkan atau layak untuk korang..

Tapi kena tengok juga syarat kelayakan..

Untuk Lepasan PMR/PT3 ni..

 

Antara syarat yang ditetapkan ialah.

 

Nombor satu…

Korang kena la peroleh sekurang-kurangnya Gred E..

Dalam 5 mata pelajaran..

Ini termasuk Bahasa Melayu dan Matematik..

Kalau korang dapat kurang dari E..

Untuk Bahasa Melayu dan Matematik..

Memang korang tak melepasi syarat la..

 

Nombor dua…

Bagi korang yang nak mohon..

Skim Perkhidmatan yang mensyaratkan kepujian..

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu..

Korang kenalah memperoleh..

Sekurang-kurangnya Gred C…

Dalam mata pelajaran tu..

 

 

 

Yang kedua..

Syarat kelayakan SPA lepasan SPM..

Syarat pertama..

Korang kena lulus 6 mata pelajaran..

Termasuk Bahasa Melayu..

Dengan dua daripda mata pelajaran korang dapat kepujian,,,

Dan selebihnya kena lulus..

Keputusan ni dalam 1 peperiksaan tau..

 

Yang kedua..

Korang kena lulus 6 mata pelajaran..

Termasuk Bahasa melayu..

2 mata pelajaran dapat kepujian..

Dan selebihnya korang dapat lulus..

Yang ni korang  boleh kumpul dalam 2 peperiksaan…

Dalam tempoh 3 tahun berturut tau…

Atau…

 

Yang ketiga..

Korang memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu..

Iaitu kepujian..

Dan subjek-subjek tertentu..

 

 

Yang ketiga..

Syarat kelayakan SPA lepasan STPM

 

Bagi korang yang ada sijil STPM ni..

Korang boleh guna system..

Nilai Gred Mata Pelajaran…

Sebagai penanda aras keputusan korang…

 

Jadi jawatan yang korang boleh mohon..

Lebih tinggi dari PMR/PT3 dan juga SPM..

Tapi korang tengok la..

Sama ada keputusan korang tu layak ke tak..

Dengan jawatan yang korang nak pohon tu..

 

 

 

Yang keempat..

Syarat kelayakan SPA lepasan STAM..

Untuk lepasan STAM…

Korang kena lulus sekurang-kurangnya..

4 mata pelajaran pada peringkat Moqbul..

Dalam satu peperiksaan..

Dengan kombinasi mata pelajaran berikut…

 

A.     2 mata pelajaran dalam Bahasa Arab..

1 mata pelajaan dalam bidang syariah..

Dan 1 mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

B.     1 pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

2 mata pelajaran dalam syariah..

Dan 1 mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

C.      1 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

1 mata pelajaran dalam bidang syariah..

Dan 2  mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

D.     2 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 2 mata pelajaran dalam bidang syariah..

Atau

 

E.      2 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 2  mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

F.      2 mata pelajaran dalam bidang syariah..

Dan 2  mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

G.     3 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 2  mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

H.     3 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 1 mata pelajaran dalam bidang syariah..

Atau

 

I.       1 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 3  mata pelajaran dalam bidang Usuluddin..

Atau..

 

J.       1 mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab..

Dan 3 mata pelajaran dalam bidang syariah..

Atau

 

 

Yang kelima..

Syarat kelayakan SPA Matrikulasi

 

Untuk korang yang dah lepas peringkat matrikulasi ni..

Untuk kelayakan bawah lepasan ni..

Syarat yang diambil kira ialah..

Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran…

Biasa nya akan dilihat mengikut gred..

 

Setiap gred yang korang dapat tu..

Akan diberi mata nilaian..

Semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris…

Akan diambil untuk pengiraan..

Purata Nilai Gred Semester (PGNS)..

Dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)..

 

Sini saya bagi contoh pengiraan..

Mata = Jam kredit M/P x Mata Nilaian

PNGS= Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan…

PNGK = Jumkah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan..

 

 

Yang keenam..

Syarat kelayakan SPA Diploma / Ijazah Sarjana Muda..

 

Sama macam matrikulasi..

Korang yang lepasan diploma / ijazah sarjaan muda ni..

System penilaian dilihat berdasarkan..

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)…

Ia dilaksanakan untuk mewujudkan..

Satu mekanisma untuk menilai pengetahuan..

Korang yang lepasan Universiti di Malaysia..

 

 

Syarat kelayakan permohonan SPA #2

Syarat kelayakan SPA bagi OKU…

Kategori Orang Kurang Upaya..

 

Bagi yang belum tahu..

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat…

Telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya ni..

Kepada 7 kategori utama ketidakupayaan..

 

Kategori pertama..

Kurang Upaya Pendengaran..

Ni bagi korang yang tak mendengar dengan jelas..

Dikedua-dua belah telinga..

Tanpa menggunaakn alat bantuak pendengaran..

Atau korang tak dapat dengar langsung…

Walaupun dah pakai alat bantuan pendengaran…

 

Kategori ada 4 tahap tau…

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) ( untuk orang dewasa)..

Sederhana (Moderate) – (30 - < 60 dB)..

Teruk (Severe) – ( 60 - < 90 dB)..

Sangat teruk (Profound)  - ( > 90 dB)..

 

 

Kategori kedua..

Kurang upaya penglihatan..

Ini bagi korang yang tak dapat melihat..

Atau mengalami penglihatan terhad..

Sama ada disebelah atau di kedua-dua belah mata..

Walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan…

contohnya..

cermin mata atau kanta sentuh…

 

OKU penglihatan juga dibahagi kepada…

 

Buta (Blind)..

Ni apabila penglihatan korang kurang daripada 3/60..

Pada mata yang lebih baik..

Walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihata..

Atau medan penglihatan kurang..

Daripada 10 darjah daripada fixation…

 

Penglihatan Terhad (Low Vision / Partially Sighted)

Yang ni pula..

Penglihatan korang lebih teruk daripada 6/18…

Atau lebih baik daripada 3/60..

Walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan..

Atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation…

 

 

Kategori ketiga..

Kurang Upaya Fizikal..

Yang ni pula bila korang yang OKU…

Mengalami ketidakupayaan anggota badan..

Sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota…

Di mana-mana bahagian anggota badan..

Termasuk la keadaan anggota yang tidak sempurna…

Di mana boleh menjejaskan keupayaan korang..

 

Jenis ketidakupayaan yang termasuk dalam kategori..

1.      Kerdil..

2.      Kudung tangan atau kaki atau keduanya..

3.      Kudung ibu jari tangan..

4.      Lumpuh..

5.      Spina bifida..

6.      Muscular dystrophy ..

7.      Cerebal palsy..

Bagi kekurangan yang tak menjejaskan…

Macam kudung satu jari, mempunyai jari lebih….

Tidak dikategorikan sebagai kurang upaya ya..

 

 

 

Kategori keempat..

Masalah pembelajaran..

Ni bagi korang yang mengalami..

Masalah kecerdasan otak..

Yang tidak selaras dengan usia bilogikalnya…

 

Yang tergolong dalam kategori ni ialah..

Lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual..

Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)…

Masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dysgraphia)..

Dan lewat perkembangan global…

 

 

Kategori kelima..

Kurang upaya pertuturan..

Dalam kategori ini..

Korang yang hanya mengalami masalah pertuturan..

Tetapi masih boleh mendengar..

 

 

Kategori keenam..

Kurang upaya Mental..

Baawah kategori ni..

Korang yang meghadapi penyakit mental yang teruk…

Dan telah menjalani rawatan atau..

Telah diberi diagnosis selama…

Sekurang-kurangnya 2 tahun oleh pakar psikiatri..

 

Antara jenis penyakit mental ni ialah..

Skizofrenia, Mood Disorder dan organic Mental Disorder..

Ynag serius dan kronik…

 

Kategori yang ketujuh..

Kurang Upaya Pelbagai..

Kategori ini untuk korang yang mengalami ..

Lebih daripada satu jenis ketidakupayaan..

Dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan…

Di bawah mana-mana 5 kategori lain..

Yang sedia ada..

 

Contohnya..

Seorang individu yang mengalami 2 jenis..

Ketidakupayaan dari segi penglihatan..

Dan pendengaran akan didaftarkan..

Dalam kategori kurang upaya pelbagai..

 

 

Akhir kata..

Bagi korang yang nak sangat kerja dengan kerajaan..

Korang cuba la mohon dengan SPA ni..

Banyak jugak jawatan yang korang boleh mohon..

Kalau korang rasa perkongsian saya bermanfaat boleh laa..

Kongsi dengan kawan yang lain..

Lepas ni banyak lagu yang saya nak share..

Antaranya ialah..syarat permohonan spa 9, status permohonan spa melepasi syarat, syarat umur permohonan spa, syarat permohonan jururawat spa, kenapa permohonan spa tidak melepasi syarat, syarat permohonan jawatan spa, jika permohonan spa melepasi syarat, syarat permohonan spa9, syarat permohonan spa8i, borang permohonan ubah syarat spad, syarat kelayakan permohonan spa 9, syarat kelayakan permohonan spa dan banyak lagi..

 

No comments:

Forex Signals - Best Forex Trading Signals (Updated Daily)

8:24 pm Monday,  12 February 2024   (MYT) XAUUSD SELL @ 2021.7 SL : 2023.55 TP : 2018.9 SIGNAL ALERT >> TELEGRAM PROF DUIT